Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TUDUNG FAREEDA KINI DIKENALI 'FRDA BY FAREEDA'

MAWAR (kiri) bersama model-model yang  menggayakan tudung terbaharu FRDA By Fareeda.

Tudung jenama FAREEDA sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Sejak 12 tahun di pasaran tempatan, siapa tidak mengenali wajah dutanya yang bermata galak menggayakan tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim yang juga isteri kepada pelakon terkenal, Fizo Omar.


Tetapi sejujurnya Kak Fas belum pernah berpeluang mendekati jenama ini sehinggalah dijemput baru-baru ini oleh Eksekutif Promosi Korporat FAREEDA, Suhaili Mohamad untuk hadir ke sidang akhbar penjenamaan semula tudung FAREEDA.

Walaupun undangan agak jauh iaitu di kilang FAREEDA di kawasan perindustrian Bangi di Seksyen 13 namun Kak Fas gagahkan untuk hadir bagi mengenali lebih dekat jenama ini.

Nasib ada waze untuk memudahkan perjalanan ke Bangi waima itu kawasan yang jarang sekali Kak Fas lalui jika tiada sebarang keperluan.

Seperti Kak Fas korang juga mesti nak tahu kan kenapa FAREEDA perlu pejenamaan semula sedangkan ia sudah 12 tahun bertapak kukuh menerajui perniagaan tudung.

Menjawab pertanyaan itu ini kata Ketua Pegawai Eksekutif  Fareeda Global Resources Sdn Bhd., Encik Andy Suhermanto:

“Kami mahu memberikan nafas baharu pada tudung FAREEDA dengan menukar labelnya kepada FRDA by FAREEDA sejajar dengan trend dan kehendak generasi baharu sekarang ini.” 

Menurut Andy yang turut diumumkan sebagai CEO baharu syarikat, pihaknya mahu memberikan pembaharuan dari segi desain agar lebih trendy, urban dan versatil sesuai digayakan golongan muda atau golongan Gen Z.

Turut hadir bersama Andy (dua dari kiri) terdiri daripada Pengarah Urusannya, Encik Aminuddin Basiron (tengah), En. Mahathir Abdu (Ketua Operasi Pemasaran & Jualan (kiri), Puan Mawar Abdul Karim (Pengarah, kanan), Puan  Faridah Zakaria (Pengasas,tiga dari kanan),  dan tetamu kehormat, Puan Sri Dayang Normala Awang Tambi (dua dari kanan) selaku Naib Pengerusi Dewan perdagangan Islam Malaysia Kuala Lumpur.

Tambah Andy, penjenamaan semula dilakukan sebagai langkah memartabatkan produk tempatan dan sehubungan itu  pihak pengurusan mempunyai pelan jangka panjang bagi menerokai pasaran global supaya Fareeda meneruskan legasinya sebagai 'trendsetter' dalam perniagaan busana muslimah khususnya hijab.

“Sebagai permulaan kami akan memasuki pasaran Brunei dan Kazakhstan terlebih dahulu,” ujar Encik Aminuddin pada persoalan tersebut.

Kenapa Kazakhstan?

“Sebab ramai di antara warga muslimah di Kazakhstan mempunyai citarasa pemakaian hijab yang sama seperti gaya tudung Fareeda dan kami yakin dapat memenuhi harapan dan citarasa mereka,” sambung Encik Mahathir Abdu pula.

FRDA by Fareeda mengeluarkan 10 koleksi dalam kategori ‘metal hook’ (cangkuk) serta ‘pinless’ dan tudung ringkas untuk si pengembara (travel) yang dihasilkan daripada kilang Fareeda sendiri.


Cangkuk tanpa kerongsang ini merupakan yang pertama dalam dunia malah tidak menggunakan pin waima koleksi 'travel' buat si pengembara ringkas dan mudah disarungkan.

Sekali lagi nampak gayanya FAREEDA mendahului inovasi rekaan hijab apabila memperkenalkan tudung bercangkuk besi yang tidak memerlukan sipemakainya menggunakan pin pada bahagian dagu

Kak Fas tertarik juga dengan desain terbaharu ini lebih-lebih lagi tanpa perlu menggunakan pin pada dagu malah pin yang digunakan untuk selit pada bahagian tepi pun ada penutupnya untuk keselamatan.

Ditanya sasaran jualan, Andy memaklumkan pihaknya berharap mampu memperoleh RM3juta bagi tempoh setengah tahun pertama apatah lagi menghampiri musim Hari Raya kelak.

“Untuk pasaran global kami sasarkan dapat memperoleh jualan sehingga RM5 juta dalam tempoh setahun,” tambah Andy.

Pendekata, penjenamaan semula dibuat untuk mengekalkan tudung FAREEDA® sebagai tudung eksklusif No. 1 di Malaysia dengan rekaan yang lebih terkini dan menarik bersesuaian dengan perubahan permintaan pasaran semasa (Changing Markets).

Sebagai melengkapkan lagi sambutan SEDEKAD FAREEDA®, satu program pencarian wajah terbaru FAREEDA® (FAREEDA® NEW LOOK SEARCH) telah dilancarkan secara rasmi. Program ini diadakan bagi mencari wajah baru yang bakal mewakili jenama, inspirasi  serta aspirasi FAREEDA®.

Ditanya kenapa tidak mahu memilih golongan artis sebagai duta, ini pula jawapan Mawar:
“Kita mahu jenama Fareeda dikenali kerana labelnya dan bukan kerana gaya atau menumpang nama seseorang artis itu. Kami lebih yakin untuk mempromosikan jenama melalui instafamous atau golongan influencer kerana merekalah antara pengguna setia hijab.”

10 koleksi terbaharu FRDA by Fareeda dijangka dilancarkan secara besar-besaran pada hujung Mac ini.

Jika Kak Fas pun tertarik dengan desain ‘metal hook’ ini maka sesuailah tagline bagi FRDA by Fareeda ini disebut ‘Hatiku Tertawan”.

Apatah lagi dengan harga mampu milik kira-kia RM130, rasanya ramai tak sabar untuk memilikinya waima dengan kain berkualiti yang dihasilkan jahitannya daripada kilang Fareeda sendiri di Bangi apa lagi yang diinginkan daripada seorang pemakai hijab yang mahukan satu ‘beauty headgear’ yang trendy pada era milienia ini.

Tahniah! buat FAREEDA atas penerokaan terbaharu dan pertama seumpamanya ini waima FRDA by Fareeda bakal meniti bibir setiap muslimah baik di dalam negara mahu pun di luar negara.

Nama label baharunya pun cantik kan?

Kak Fas: Kalau FRZA kan best ikut nama kita Fariza hahahha!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan