Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR TERBAHARU DARI CARRIE


Memandikan anak kadangkala memerlukan kesabaran apatah lagi jika anak berkenaan sering menangis bila diajak mandi.

Kak Fas percaya ramai di kalangan ibu yang melalui pengalaman terpaksa mengheret anak ke bilik air untuk memandikan mereka. Ada setengah budak suka air tetapi tidak kurang juga yang takut air dan malas mandi apatah lagi jika disirami air sejuk.

Di waktu ini juga, sebagai ibu kita terpaksa mencari sesuatu barang untuk mengalihkan fokus anak agar seronok bermandi. Ada yang membawa mainan seperti itik dan seumpamanya agar anak boleh bermain sambil mandi.

Apa pun cara masing-masing yang pasti anak harus mandi kan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Sehubungan mencari jawapan kepada keseronokan kanak-kanak untuk mandi, jenama yang terkenal di kalangan anak-anak iaitu CARRIE JUNIOR tampil dengan rangkaian produk set mandian terbaharunya.

Memperkenalkan Carrie Junior Bubbly Bar, ia merupakan sabun mandi buku dengan hiasan imej 3D yang timbul pada permukaannya. Kak Fas yakin dengan imej berkenaan ia mampu menarik perhatian anak-anak untuk bermain dengan sabun berkenaan.


Hadir dalam tiga varian meliputi merah jambu, hijau dan biru dengan aroma buahan berlainan iaitu Cheeky Cherry, Groovy Grapeberry dan Double Milk, sabun buku ini merupakan sabun Gliserin.


Apa itu Gliserin?

Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semula jadi yang menjadikan sabun mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain, waima menjadikannya lebih lembut pada kulit.

Apabila menggunakannya kepada badan kanak-kanak, ia berfungsi membersih sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap.

Gliserin berkenaan juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa dan kulit nampak segar dan gebu malah menyental sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

Di samping itu, sabun ini turut dirumus khas dengan kandungan Fruito-E iaitu gabungan semula jadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Menariknya, jika anda membeli pek ini, ia turut dilengkapi dengan mainan rahsia seperti jigsaw puzzle dalam setiap kotak sabun.


Bagi mereka yang setia dengan jenama Carrie Junior ini tentu akan mengambil peluang mencuba set terbaharu ini kan?

Jika nak beli boleh sahaja berkunjung ke kedai runcit utama, pasar raya terpilih di seluruh negara.

Harganya pun mampu beli iaitu cuma RM4 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 setiap satu bagi pembelian di Sabah dan Sarawak.

ibu-ibu tidak perlu risau tau sebab sabun ini dah melalui ujian dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit. Apabila diguna bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit anak-anak you alls tau!

Jom layan video ini....pasti anak-anak suka punya! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan