Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DEWI REMAJA 2019' KEMBALI SELEPAS KONTROVERSI



Kontroversi yang terpalit ke atas Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hani sehingga mahkotanya ditarik balik tidak menghalang pencarian Dewi Remaja 2019 diteruskan.
Namun kali ini setiap peserta khabarnya diberikan nasihat dan syarat agar tidak timbul perkara yang tidak diingini berlaku sebagaimana yang menimpa Haneesya.
Malah, bagi menambahkan kelainan, pencarian bakat anjuran bersama Remaja, salah satu jenama di bawah Nu Ideaktiv (sebelum ini dikenali dengan nama Grup Majalah Karangkraf) menetapkan setiap peserta harus melalui kategori 'Pengetahuan Am' sebagai salah satu kriteria pemarkahan peserta. 

Peratusan markah yang akan diadili oleh juri tetap, Scha Al-Yahya dan Yusry Abdul Halim meliputi – 30 peratus (personaliti), 35 peratus (bakat) dan 35 peratus (pengetahuan am).
Pada musim ke-10 ini, Scha Al-Yahya diangkat posisinya daripada pengacara yang telah dipikulnya selama tiga tahun berturut-turut kepada juri yang akan menilai 12 finalis yang terpilih. Tempat beliau digantikan oleh pengacara baharu, pelakon Amelia Henderson (kiri).


Bertemakan 'Pesonakan Bintangmu', Dewi Remaja tahun ini mendapat penyertaan dari 600 peserta (lebih dari jumlah tahun lalu seramai 457 peserta) yang hadir pada sesi uji bakat terbuka  selama empat hari pada September lalu di Shah Alam.

Mereka diadili oleh  nama-nama hebat industri di posisi juri, seperti pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi, barisan pelakon wanita popular yang sebelum ini turut pernah menjadi sebahagian dari keluarga Dewi Remaja seperti Rozita Che Wan, Anzalna Nasir, Ramona Zam Zam dan Dynaz Mokhtar serta penyanyi, pelakon dan pengarah filem hebat, Yusry Abdul Halim. 

Selepas itu, Seramai 20 orang calon peserta Dewi Remaja telah terpilih untuk saringan akhirdan seterusya hanya 12 orang sahaja yang akan memenuhi slot selaku finalis. 

Dewi Remaja bukan sahaja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal yang positif, ia juga menjadi platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu. 
Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1985, selepas 34 tahun, Dewi Remaja merupakan satu jenama yang cukup kukuh dalam industri penerbitan tanah air, yang mana kini turut sama memeriahkan industri seni negara.

Banyak nama-nama hebat dilahirkan dari program pencarian bakat anjuran Remaja salah satu jenama di bawah Nu Ideaktiv (sebelum ini dikenali dengan nama Grup Majalah Karangkraf), dan rata-rata diangkat menjadi ikon kepada ramai di luar sana.

Di antaranya termasuklah Aleeza Kassim (Dewi Remaja 1987/88), seorang model terkemuka tanah air dan di pentas peragaan jenama-jenama antarabangsa, Scha Al-Yahya (Dewi Remaja 2005/06) yang kini merupakan pelakon ‘kelas-A’ yang begitu versatil dan popular serta Noor Neelofa (Dewi Remaja 2009/10) atau lebih dikenali dengan Neelofa, seorang pengacara, pelakon, model, ahli perniagaan berjaya dan salah seorang dalam kalangan 300 individu yang tersenarai di ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2017’. 
Bermula dengan kemenangan Tengku Anis Tengku Ismail bagi edisi Dewi Remaja 1985/86 sehinggalah kepada kemenangan Raysha Rizrose bagi edisi Dewi Remaja 2014/2015, telah sembilan Dewi Remaja dimahkotakan. 

Namun begitu, seperti yang disebut awal tadi, insiden disiplin dan kontroversi yang berlaku  menyebabkan Astro selaku penganjur bersama dan Nu Ideaktiv menarik semula mahkota Dewi Remaja 2018 dari pemenang utama.

 Justeru, penganjuran tahun ini adalah untuk mencari semula gadis yang bakal dimahkotakan seterusnya diangkat sebagai ‘Dewi Remaja 2019’ dan memiliki gelaran tersebut bagi edisi yang ke-10 ini. 
Mengulas lanjut mengenai penganjuran Dewi Remaja kali ini, Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD (pix, tengah) amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama strategik bersama Nu Ideaktiv yang sudahpun memasuki edisi keempat sejak Pencarian Dewi Remaja 2009/2010. 
“Menyingkap kembali sejarah penganjuran Dewi Remaja edisi pertama lebih tiga dekad yang lalu, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan ramai nama-nama besar menerusi pertandingan ini. 
"Walaupun terpalit dengan sedikit kontroversi ketika penganjuran Dewi Remaja tahun lalu, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus mencari pemilik mahkota edisi ke-10 ini," tambah Emarina pada majlis pengumuman top 12 yang diadakan baru-baru ini.
12 finalis ‘Pencarian Dewi Remaja 2019’ yang berjaya diserap masuk adalah ANDRIANNA FERNANDEZ (19, Kuala Lumpur), SHAZA NURIMAN (24, Kuala Lumpur), NYNAA HARIZAL (23, Selangor), SHARLINA GILBERT (23, Sabah), MYRA NATASHA (24, Selangor), SYAMIRA IZZATI (22, Selangor), SAIDAH SYAHIRAH (23, Selangor), ADRIANA GHAFAR(21, Johor), SYAZA AZRA (19, Negeri Sembilan), SHATIRAH AMANDA (19, Kelantan), NINA AMIN (23, Selangor) dan AISHAH AZHAN (24, Selangor). 

Melalui paparan 8 episod (berdurasi satu jam setiap episod), program ‘Dewi Remaja 2019’ akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober 2019. Antara penajanya RedOne.

Bagi mengikuti info terbaru mengenai program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 pula, kunjungi laman webwww.remaja.my/dewi, Facebook [dewiremaja] dan Instagram [majalahremaja]. 



Kak Fas: Kesian tengok salah seorang peserta, Farzana Zainul tersungkur tiga kali di atas runway tetapi beliau tetap bangun dan tersenyum. Salute lah beb!

Baca story berkaitan DI SINI.

#majalahremaja  #dewiremaja2019 #dewiremaja #remaja

16 ulasan:

  1. wah welcome bck dewi remaja! btw prog ni mmg byk mengeluarkn artis2 yg berbakat like Scha al yahya sendiri kn so hopefully kali ni xd kontroversi lg lah hehehhe btw i tgk vid participant yg jatuh tu huhu shes really strong n brave!

    BalasPadam
  2. Yeah come back the new Dewi Remaja harap semuanya boleh bagi bagi inspirasi untuk anak muda yang boleh dicontohi. tapi kontroversi dah tercetus juga sebab salah satu mereka sampai 3 kali jatuh kecian dia.

    BalasPadam
  3. Yeay. Rawlins kagum dengan semangar Farah. Tahniah pada semua yang berjaya ke Dewi Remaja.
    BTW, cantiknya lipstick Scha!

    BalasPadam
  4. Hehehe......Dewi Remaja is back. I pun kagum dan semangat Farah. Comgrats to all that passed the audition. Stay pretty all.

    BalasPadam
  5. mmg xdapat bayang kalaudiri sendiri yang jatuh. tapi semangat that contestant mmg patut dicontohi

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing! Mcm fun je all this ! They look so pretty & confident! How I wish I could stand on that stage.

    BalasPadam
  7. Dewi remaja baru ni pun belum apa dah buat gimik drama jatuh masa catwalk tu semua maianan nak lariskan program TV jer hehehe biasalah good luck untuk semua finalist tahun ini ok...

    BalasPadam
  8. Wow, all pretty young ladies at the Dewi Remaja. Good luck to all!

    BalasPadam
  9. macam-macam drama pulak ye..ahhaa..baisa rancangan mcm ni gempak je lebih..kihkih..tapi good luck kepada semua..

    BalasPadam
  10. Dewi remaja baru 10 tahun ye? Rasa mcm lama sgt sbb neelofa Pun dari dwi remaja dulu kan. Ramai artis lahir dari program ni jgk. Hopefully judges tk salah pilih . Choose the best one

    BalasPadam
  11. Dulu Dewi Remaja ni mmg duk follow masa selalu beli majalah remaja. Masa tu kita pun Remaja lagi. Skrg dah terfollow dah hahaha

    BalasPadam
  12. Tiba2 teringat balik kisah dewi remaja tahun lepas hehe. Kontroversi sangat.Semoga selepas habis program ini mereka semua akan betul-betul menjadi dewi atau ikutan orang ramai.

    BalasPadam
  13. Cantiknya semua. Tu laa airah ada tengok video jatuh tu kesian dia

    BalasPadam
  14. Seronok jugak tengok pertandingan macam Dewi Remaja ni. Bukan sekadar pertandingan yang memandang rupa, attitude dan knowledge seseorang juga dinilai. Kiranya siapa yang menang memang beauty with brain!

    BalasPadam
  15. DULU MASA BELI MAJALAH REMAJA LAYAN JUGA DEWI REMAJA , DAH TUA2 NI TAK TAPI ASALKAN SEMUA DEWI JAGA KELAKUAN DAN ADAB INSYALLAH TAK MENANG PUN TETAP AKAN BERJAYA...

    BalasPadam
  16. lol. yg jatuh tu dewi remaja lah ingatkan kat thailand. hmm. semoga dewi remaja kali ni memang memberi inspirasi kepada remaja di luar sana.

    BalasPadam