Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA DAH JATUH CINTA DENGAN.....?



"Dalam kesemua telefon pintar Vivo yang Siti gunakan, inilah yang terbaik Siti rasakan kerana ia membantu Siti mendapatkan gambar cantik apatah lagi dilengkapi dengan enam kamera sekali gus, " ujar penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai Vivo V17 Pro yang baharu sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini.

Cerita berkaitan baca DI SINI.

Ya..... V17 Pro didatangkan dengan enam kamera depan dan belakang menjadikan imej dihasilkan lebih sempurna pada harga berpatutan hanya RM1,699.


Dengan harga tersebut Kak Fas rasa memang berbaloi sebab masa Kak Fas cubanya di ruang eksperimental di majlis pelancaran yang berlangsung penuh gah di hotel ternama seperti Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Kak Fas terasa dah jatuh hati.

Sekarang ni pun Kak Fas guna Vivo 5 tetapi model yang dah empat tahun berlalu bak kata CEO Vivo Malaysia, Mike Xu ketika Kak Fas tunjukkan kepadanya.


Mana tahu lepas ini Kak Fas dapat V17 Pro pulak kan sebab Mike Xu macam angguk je bila Kak Fas kata sambil bergurau, "Can change new one? haha...
Bolehlah Kak Fas buat 'unboxing' gitu.....

Anyway, masih berpegang kepada tagline  inovatifnya, 'Shoot Beyond Limits' vivo V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan gabungan lensa 32 megapixel + 8 megapixel yang disokong oleh Selfie Softlight dan Super Night Selfie.

Seperti kata Siti yang lebih popular di sapa Tok Ti, "Siti suka selfie jadi pada bila-bila masa dengan kuasa super night mode dan selfie softlight Siti masih dapatkan gambar yang jelas bahkan dengan 'Super AMOLED Ultra Full View' pada skrin berukuran 6.44 inci, Siti boleh gambar luas tanpa perlu bergerak atau berundur untuk mencari sudut terbaik agar memuatkan semua di dalam satu frame."

Betul tu Tok Ti, dengan sudut ultra lebar ia memudahkan untuk mengambil swafoto sehingga 105 darjah.  


Pendekata, banyak lagi ciri-ciri yang mampu menarik minat Siti dan juga pengguna setia jenama Vivo untuk V17 Pro ini.

Tidak hairanlah seperti kata Mike Xu, setakat suku ketiga 2019, vivo Malaysia sudah berupaya menguasai 17 peratus pasaran telefon pintar di negara ini.

"Sejak vivo berada di pasaran Malaysia pada 2014, sebanyak 1.7 juta unit telefon pintar terjual berbanding hanya 40,000 unit pada awal kemunculannya," tambah Mike Xu.

Nak baca lagi cerita berkaitan sila KLIK SINI.

Kak Fas: Tahniah Vivo....apa lagi agaknya yang akan dilahirkan pada tahun Wawasan 2020 kelak. tentu lebih hebat kan! 


#vivomalaysia #vivov17pro #shootbeyondlimits #sitinurhaliza #ctdk 

Tiada ulasan: