Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KVUM BANTAH UTUSAN DITUTUP, PEKERJA DIABAI!

Syarikat Utusan Melayu gulung tukar selepas 80 tahun penubuhannya!

Satu berita yang amat mengejutkan. Dan sebagai mantan wartawan selama 28 tahun di Utusan Melayu, tentu sekali Kak Fas rasa hiba.

Utusan adalah 'rumah kedua dan universiti kedua' Kak Fas. 

Banyak pengalaman pahit manis Kak Fas sepanjang bertugas di pejabat Utusan Melayu (bangunan lama) di Jalan Lima, Off Chan Sow Lin mahu pun sebelumnya di cawangan Utusan Ipoh dan kemudiannya berhijrah pula ke Print Corp berdekatan apabila ditukarkan ke bahagian Majalah.

Dan apabila Utusan dah bina bangunan baru berhadapan pejabat lama, Kak Fas turut rasa gembira walau pun tidak sempat berkhidmat dalam suasana serba baharu itu.

Kini segalanya tinggal kenangan bahkan lebih teruk lagi kenangan mengusik jiwa apabila dikejutkan dengan berita syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad akan ditutup!

Siapa sangka syarikat yang dibina pada tahun 1939 oleh pengasasnya iaitu sepupu saudara Kak Fas sendiri, Allahyarham Yusof Ishak (juga Presiden pertama Singapura) dan Bapa Kewartawanan Melayu, Abdul Rahim Kajai akan berkubur tanpa nisan.

Pada 9 Oktober lalu, satu memo dalaman yang diedarkan kepada kakitangan syarikat oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir memaklumkan,  Lembaga Pengarah Utusan pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang, sekali gus membuat keputusan menutup operasi syarikat itu.


Memorandum itu juga menyebut bahawa UHY Advisory (KL) Sdn Bhd telah dilantik sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidatori) malah tarikh akhir bekerja bagi semua  800 petugas sedia ada adalah pada hari Rabu, 9 Oktober 2019.

Dengan pemberhentian perniagaan syarikat sudah tentu sia-sialah segala hasil penat lelah, keringat dan air mata pengasas, pejuang dan mereka yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu sejak 80 tahun yang lalu.

Ironinya, syarikat yang mewakili 'suara keramat orang Melayu'mini gulung tikar secara rasmi tiga hari selepas Kongres Maruah Melayu berlangsung di Shah Alam pada 6 Oktober lepas.

Sehubungan penutupan itu, difahamkan juga, pihak pengurusan baharu hanya berminat untuk menyelamatkan lesen Utusan Malaysia dan edisi Ahadnya serta Kosmo dan edisi Ahadnya kerana kesemua 'brand' itu ada nilai ekonominya.

Manakala nasib 800 petugas yang ada tidak dimaklumkan ke mana arah tujunya waima 800 lagi yang telah mengambil VSS turut terpalit akibat kekangan kewangan.

Pendekata, seramai 1,600 orang terjejas (termasuk yang mengambil VSS), menjadikan lebih kurang 6,400 orang petugas dan anggota keluarga terjejas.

Ekoran itu, Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) bersama mantan pekerja-pekerja Utusan mengadakan sidang akhbar  di sebuah hotel di Ampang pagi tadi bagi menyuarakan kekesalahan mereka terhadap krisis yang menimpa Utusan.

Kak Fas turut hadir memberikan sokongan dan bersama-sama protes terhadap keputusan menutup syarikat Utusan.

Pada majlis sidang akhbar tersebut, barisan anggota KVUM yang ketuai Presidennya, Tan Sri Khalid Yunus (kanan), membentangkan lima resolusi antaranya menggesa Kementerian Sumber Manusia meneliti sama ada tindakan syarikat berbuat demikian mengikut lunas-lunas peruntukan Akta Pekerjaan atau sebarang akta berkaitan yang sedia ada.

"Kami khuatir ia akan menjadi precedent bagi syarikat lain mencari jalan mudah bagi menyelesaikan masalah mereka. Tindakan pemberhentian oerasi perniagaan syarikat cara ini akan menyelamatkan puluhan juta ringgit bagi pemilik baharu yang tidak perlu melalui proses VSS atau MSS (Mutual/Mandatory Separation Scheme).

Turut bersamanya, mantan Ketua Pengarang Utusan, Tan Sri Johan Jaaffar, Tan Sri Suleiman Mohamad dan barian AJK KVUM yang lainnya.


Baca DI SINI selanjutnya!



Kak Fas: Utusan tetap di hati... bangga menjadi salah seorang anggota kumpulan koir pertama yang menyanyikan lagu "Utusan Suara Keramat" lirik mantan KP Utusan, Allahyarham Tan Sri Zam (Zainuddin Maidin).

Selain itu, seronok bertemu rakan-rakan yang dah lama tidak berjumpa sejak Kak Fas meninggalkan Utusan. InSyaAllah moga bertemu lagi.
Hidup Utusan!

Tiada ulasan: