Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GV 2019: APA FAKTOR MAZLEELA TERSINGKIR?


Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak menonton Konsert Gegar Vaganza secara 'live' dari MBSA, Shah Alam.

Sejak program realiti Astro itu bermula pada tahun 2014 yang menyaksikan artis-artis profesional lama bertanding sesama mereka, Kak Fas sering mengikutinya dari kaca TV sahaja walau pun tidak berkesempatan ke konsert live.

Namun memasuki musim ke-6 tahun ini, Kak Fas sempat meluangkan masa ke konsert minggu kedua walau pun pada saat akhir membalas rsvp kepada Erlina Zahidi, Pembantu Naib Presiden, Kommunikasi Astro yang sentiasa menjemput Kak Fas. Terima kasih Erlina yang ceria dan mesra orangnya.

Seperti yang semua dah tahu, konsert kali ini menyaksikan penyingkiran penyanyi Mazleela sebagai peserta pertama yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza 2019.

‘Setiap yang bermula pasti akan berakhir’ - ungkapan ‘keramat’ itu dilihat seakan-akan terpalit dengan Mazleela selepas dua minggu berada di kedudukan tercorot.

Mazleela yang menyampaikan lagu ‘Apa Khabarmu Di Sana’, nyanyian asal Ramlah Ram terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat para juri yang rata-rata memberikan komen kurang memuaskan hati mereka.

"Saya akur dengan keputusan dan pendapat juri kerana kita tidak nampak kelemahan kita kecuali orang yang mendengar," ujar Mazleela ketika ditemui.

Tidak mahu kegagalan menjadi penghalang untuk terus bergiat aktif, Mazleela yang menetap di Johor berazam akan terus bernyanyi untuk memperbaiki kelemahan dan vokalnya malah bersedia menerima sebarang undangan persembahan.

"Walau pun sudah 20 tahun menyanyi tidak bermakna saya sudah bagus. Rezeki saya sampai di sini sahaja tetapi bersyukur atas peluang yang telah diberikan di pentas yang besar ini," tambah plantun lagu popularnya, "Prasangka Yang Berakhir' ini.

Beliau turut  berpendapat beberapa faktor telah menyebabkan kegagalannya mara ke pusingan seterusnya.

"Sejujurnya saya tak biasa guna monitor telinga dan secara teknikalnya pun sudah tak sama macam tahun 90-an dulu, muzik di belakang terlalu kuat dan saya boleh dengar kembali suara saya menerusi monitor bulat-bulat jadi saya rasa kekok," tambah Mazleela atau  nama penuhnya Mazlila Mazlan.

Barangkali kesihatannya yang berdepan masalah injap jantung tersumbat sejak tiga tahun lalu juga tidak memudahkan Mazleela untuk bernyanyi dalam nada tinggi.

Bertemakan ‘Cari Makan’, minggu tersebut menyaksikan kebanyakan peserta membuat persembahan dengan lagu masing-masing, manakala beberapa bintang  yang lain mempersembahkan lagu-lagu popular malar segar.

Naqiu Boboy telah diumumkan sebagai juara minggu kedua dengan markah terkumpul sebanyak 81.00 peratus. Menyampaikan lagu terkenal kumpulan seangkatan dengannya, New Boyz, Naqiu berjaya menyampaikan lagu ‘Meraung’ dengan penuh penghayatan sehinggakan juri tetapTok Ram memberi pujian melambung buat beliau. 

Dalam pada itu, bintang GV2019 dari Singapura, Hady Mirza juga dilihat cemerlang dengan lagu ‘Demi Cinta’, nyanyian asal Ezad Lazim, merekodkan markah sejumlah 77.00 peratus. Hady turut diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ pada minggu tersebut. 

Buat  Mr. Iron Man @ ‘Tony Stark Malaysia’, Sham Visa pula selesa di kedudukan ketiga menerusi lagu popular kumpulan beliau sendiri (Visa), ‘Untukmu Selamanya’ dan merekodkan markah sebanyak 73.00 peratus.

Konsert Gegar Vaganza minggu lalu juga menyaksikan beberapa kejutan terutamanya apabila bintang yang berada di kedudukan teratas di minggu pembukaan berada di antara  tiga yang terakhir pada minggu lalu! 

Jatt Ali terpaksa akur dengan markah sebanyak 54.00 peratus, meletakkan beliau di kedudukan tiga terbawah, bersama Ameer Sofarz dan Mazleela. 

Namun begitu, kelukaan beliau dilihat terubat apabila diumumkan sebagai ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ kerana memperolehi markah undian tertinggi di atas talian (online).



Konsert minggu ketiga Ahad ini (27 Oktober 2019)  mempertaruhkan tema ‘Lagu Aneh’ dan penonton boleh menjangkakan persaingan yang lebih rancak dan sengit di kalangan bintang GV2019 kerana mereka diberi tugasan untuk menyampaikan lagu-lagu yang berbeza dan di luar genre kebiasaan mereka.

Mampukah Naqiu Boboy mengekalkan persembahan nyanyian yang cemerlang dengan lagu popular nyanyian Khai Bahar berjudul ‘#123’

Bagaimana pula dengan Wann yang bakal mempersembahkan lagu ‘Asmaradana’, nyanyian asal Puan Sri Tiara Jacquelina? 

Bolehkan Jatt Ali kembali cemerlang di tangga teratas dengan ‘Awallah Dondang’ (nyanyian Noraniza Idris), atau mampukah Hady Mirza mempersembahkan lagu rock, ‘Ibu Kota Cinta’, nyanyian Def Gab C? 

Nantikan bersama, Ahad ini ya!

Kak Fas: Untuk minggu itu lagu favourite Kak Fas 'Untuk Mu Selamanya" dari Sham Visa. Bagaimana agaknya Sham nak nampak 'jantan' seperti yang disarankan Tok Ram bila Ahad ni beliau akan menyampaikan lagu Alif Aziz "Sayang Sayang". Lagi laa nampak 'sweet' tak gitu?

Apa pun jom layan lagunya dulu....

14 ulasan:

  1. Oh well, in any contest there are bound to be winners & losers. Just dun get disheartened & fight on, yeah!

    BalasPadam
  2. Naim kurang layan Gegar Vaganza. haha. Semoga ada hikmah dan adat pertandingan semua ini. hehe

    BalasPadam
  3. tak layan lagi gegar vaganva ni.. jarang tengok hihi..

    BalasPadam
  4. Adat pertandingan mesti ada kalah menang, kalah tak berti kalah buat selamanya, mungkin ada rezeki tempat lain. Kipidap!

    BalasPadam
  5. Mungkin minggu ni je rezeki Mazleela.
    Bagus jugak program GV ni, dpt bantu naikkan semula nama nama Artis yang dah mula dilupai peminat

    BalasPadam
  6. Minggu lepas Liez tak tgk pun.. ala Mazleela terkeluar ye. Tapi byk2 rancangan GV memang fav sbb artis lama yang pernah popular tahun 80/90an

    BalasPadam
  7. Takpela.. Ade rezeki lain kak mazleela nanti.. Biasalah sekrg semua baru tak mcm dulu.. Kesian dia.. Tapi suara dia sedp juga.. Semoga terus majubkak mazleela.. Esok tak sbr nak tengok.. Hehee.. Lagu jatt bawak noraniza idris tu

    BalasPadam
  8. Tengok jugak gv ni. Tapi on off tgknye. Semoga ada rezeki lain buat mazleela

    BalasPadam
  9. Saya langsung tak tengok gv ni. Sebab jarang tengok tv. Nanti nak tengok kat youtube jela

    BalasPadam
  10. Dulu suka suara dia. Tapi program ni Nina tak tengok. Nanti kita follow kat online kemudian...

    BalasPadam
  11. Ohh is this a talent show? Haven watch TV for so long I don't even know there's a program like that.

    BalasPadam
  12. Uih padu isi kandungan entry kak fas. Eheh. Mek tak tengok sangat gegar vaganza. Sekali je tengok masa mula mula hari tu. Next week nya dah tk tengok.

    BalasPadam
  13. Senang saya ambil tahu perkembangan GV ni kat sini je. Sebab saya tak layan GV ni. Takde Astro. Dari awal nampak naqiu tu yang paling menyerlah. Peminat dia pun ramai. Mazleela ni siapa la.. tak kenal langsung saya.. haha

    BalasPadam
  14. I have never heard of such program. Thanks. Looks like quite interesting.

    BalasPadam