Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK CARI BARANGAN ELEKTRIK, KUNJUNGI TBC!

RICO Lee menyalakan mercun tanda merasmikan outlet terbaharu TBC Elektrik di Bandar Puteri Puchong baru-baru ini, Pix: Mohd Redzuan Maestro.

Baru-baru ini Kak Fas menerima satu jemputan pelancaran pembukaan rasmi sebuah gedung runcit TBC Elektrik Sdn Bhd  di kawasan sekitar Puchong daripada pasangan teman media yang Kak Fas  gelar Dragon & Anas.

Dah tentulah Kak Fas berterima kasih kepada mereka atas jemputan namun di dalam hati agak gelisah juga sebab Kak Fas ni bila bab pergi ke Puchong memang lah tak faham.

Kalau di Kuala Lumpur, Kak Fas terror haha... tahu segala seluk belok jalan pintas... seperti rakan-rakan Kak Fas kata... 'Kak Faslah wazenya'.

Tetapi bila nak ke kawasan Puchong... minta maaf kena guna 'waze'.

Dan nak dijadikan cerita Kak Fas hampir-hampir tergendala di separuh jalan apabila aplikasi waze pula meragam... kena 'update' bagai. Namun, mujurlah ada telefon bimbit kedua sebagai penyelamat.

Selepas berjaya sync talian hotspot ke telefon bimbit kedua, baharulah Kak Fas lega dapat mencari jalan ke lokasi TBC Elektrik yang beralamat di No. 398-1 & 399-1, jalan 1A/1, Bandar Baru Sungei Buloh, Selangor.


Sebaik tiba, sudah ternampak sebuah khemah merentasi separuh jalan berhampiran kedai. Jadi lega rasa bila dah ketemu hihi....

Daripada namanya TBC Elektrik sudah tentu ia sebuah kedai yang menjual barangan elektrik ya tak?

Tepat sekali hihi... pembukaan TBC Elektrik atau lebih dikenali dengan nama singkatnya TBC sahaja ini merupakan yang terbaharu.

Kini, sudah ada 11 outlet TBC yang terletak di kawasan berlainan iaitu Puchong, Bandar Sri Permaisuri, Sungai Buloh, Subang Perdana, Kajang, Bandar Baru Bangi, Setia Alam, Desa Aman Puri, Setia Utama dan Balakong. Malah TBC juga ada di Kuala Selangor.


























Selain itu, pelanggan boleh mencari produk-produk dari TBC melalui platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Menariknya, jika berkunjung ke TBC, anda tidak perlu lagi meninjau ke kedai lain untuk mencari barang elektrik berjenama kerana di sini segalanya berada di bawah satu bumbung.

Pilih sahaja jenama apa yang menjadi kegemaran. Semuanya ada - Samsung, LG, Sharp, Beko, Panasonic, Philips, Toshiba, Zanussi, Midea, Pensonic, Morgan, Electrolux, Acson, Daikin, Mitsubishi, Joven, Khind dan Haier.

Haa.. tu dia... mesti salah satu atau dua jenama itu kesukaan anda kan?

Kak Fas sendiri pun rabun mata jika nak buat pilihan dan perbandingan harga antara jenama-jenama berkenaan. Nak mahal ada nak murah pun ada. Tepuk dada tanya selera tetapi kenalah sedar kemampuan kewangan masing-masing ya!

Lebih memudahkan setiap pembelian bukan sahaja boleh dibeli secara tunai malah TBC menerima pembayaran kad kredit seperti VISA & Mastercard samada secara debit terus atau mengikut pelan ansuran mahu pun melalui potongan bayaran melalui MCash, Boost, Fave Pay, Maybank QR Pay, Union Pay, Touch N Go, AllPay, WeChat Pay, MY & CN dan GrabPay.

Dalam initiatifnya membantu golongan kurang bernasib baik, TBC tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai aktiviti melalui program CSR sebagai tanggungjawabnya terhadap komuniti.

Dengan slogan 'WeCare, WeLove",  TBC mengumumkan kerjasamanya dalam penganjuran Malam Amal Gala Jubilee Perak" yang dianjurkan oleh artis popular Cina, Desmond Liew dan Jimmy Liew pada 11 Oktober 2019 bertempat di Dewan Utama HXC, ICC Pudu, Kuala Lumpur,

Malam amal tersebut bertujuan mengumpul dana bagi dua pertubuhan iaitu Persatuan Kebajikan Wen Hua Kuala Lumpur & Selangor serta Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Anning.

"Kami mengharapkan sokongan ramai dalam bersama  memeriahkan majlis amal berkenaan, : ujar pengasas dan Pengarah Urusan TBC, Encik Rico Lee di ucapan beliau pada majlis pelancaran TBC yang berlangsung baru-baru ini.

Rico Lee mensasarkan jualan melalui TBC mampu mencapai RM100 juta dengan pembukaan outlet terbaharu ini.

Antara jemputan kehormat yang turut hadir terdiri daripada bos bos rakan niaga jenama terbabit dalam jualan TBC termasuk penyanyi jemputan, Ayu Damit dan Rehana Yunus. Turut bersama Ametta Malhotra, Mrs Classic Universe serta Miss Supermodel Universe 2019 Thaia Thin.

Selain persembahan nyanyian daripada Ayu Damit, Rehana, Desmond dan Jimmy Liew, hadirin dipersembahkan dengan pertunjukan beberapa produk jualan TBC melalui barisan model terpilih serta model cilik.

Kak Fas: Pertama kali berkunjung ke kedai TBC dan amat tertarik dengan semua produk tersedia. Selepas ini tak perlulah meninjau ke kompleks lagi untuk mencari barangan elektrik kerana TBC ada segalanya di bawah satu bumbung. Terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan