Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'GEGAR VAGANZA 6' KEMBALI 'BERONTAK DALAM RENTAK'


Bermula 13 Oktober ini, pertandingan nyanyian realiti yang menampilkan barisan penyanyi profesional, ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ akan kembali dengan 13 peserta berbanding 12 peserta tahun lalu.

Mereka terdiri daripada 11 peserta solo dan masing-masing satu peserta berkumpulan dan duo. Ini menyaksikan tahun kedua 'GV' menampilkan penglibatan peserta duo dan berkumpulan, selepas format sebegini diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim lalu dengan kehadiran kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo, Billy Zulkarnain.

Korang mesti tak sabar kan nak tahu siapa otai-otai yang akan 'berontak dalam rentak' pada musim ke-enam ini?



Mereka terdiri daripada penyanyi bersuara lemak basah, Wann (Bossanova- gambar kiri);  Feeza (IUngkapan Kata Bernafas Cinta); Mazleela (Tabah), Nurfatima ("Selembut Sutera' dan Noorshila Amin yang popular dengan lagunya 'Rambu Ramba'.

Lima penyanyi solo lelaki pula terdiri daripada Roy (Ratnaku); Ameer Sofazr (Dan Bila Esok)' Hady Mirza (Angkasa), Naqui Boboy (Episod Cinta) dan Jatt 'Black Dog Bone' (Khayalan - gambar bawah).




Manakala peserta Duo/Berkumpulan terdiri daripada Kumpulan KOOL (Bebas) yang diwakili Riot serta Hairei dan Kumpulan One Nation Emcees (Anak Kampung ft Jimmy Palikat) sambil mengembalikan penyanyi Sadhi Sabhi dalam anggota kumpulan.

Mengumumkan tirai pentas utamanya untuk musim keenam yang akan kembali dibuka secara rasmi mulai 13 Oktober ini,  dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria& Ria HD berkata:

"Walaupun barisan penyanyi yang kami tampilkan di pentas ‘GV’ dari musim ke musim adalah terdiri dari mereka yang rata-ratanya berusia atau ‘lebih berpengalaman’, kami yakin, jika diberikan peluang untuk kembali beraksi di platform yang bertepatan, mereka boleh membuat ‘comeback’ dan akan diraikan semula oleh audiens industri.

"Kami merasakan bahawa ini merupakan salah satu bentuk sumbangan kami kepada industri, dengan meraikan penyanyi ‘senior’ tanah air khususnya, agar kembali diingati dan pada masa yang sama turut diperkenalkan seterusnya dijadikan contoh kepada generasi baharu."

'GV6’  masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. 


Seperti biasa, Datuk Ramli MS  mengetuai barisan juri bersama penyanyi dari Indonesia Hetty Koes Endang dan setiap minggu juga akan diundang juri jemputan.

Musim terbaharu ini merupakan kemunculan kali kedua buat Ibu Hetty selepas memegang tanggungjawab yang sama sebagai juri tetap di ‘GV4’ pada tahun 2017.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 

Untuk rekod, sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (’GV1’), Siti Nordiana (’GV2’), Azharina (’GV3’) Aishah (’GV4’) dan Noryn Aziz (’GV5’) telah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk musim-musim yang terdahulu.

Selepas lebih 6 tahun bersiaran, ‘Gegar Vaganza’ dilihat sebagai bukan sekadar program hiburan semata-mata malah pihak produksi mengangkat ‘GV’ ini sebagai satu ekosistem yang menghubungkan penyanyi khususnya pemain‘senior’ baik dari Malaysia mahupun negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Brunei dengan pentas komersial arus perdana pada hari ini yang rata-ratanya didominasikan oleh golongan muda dan millennial.

Turut tidak dinafikan, platform ‘GV’ juga dijadikan batu loncatan kepada barisan artis yang menyertainya sebagai satu lagi cabang rezeki mereka dalam meniti kehidupan seharian. 

Melihat kepada portfolio pengacaraan dan keserasian luar biasa gandingan selebriti popular; Nabil Ahmad dan Jihan Muse sekali lagi diberikan mandat yang sama untuk mengendalikan pentas utama ‘GV6’ sebagai pengacara program.

Sementara pelakon dan pelawak, Bell Ngasri bersama pengacara, Fiza Frizzy, akan ditugaskan sebagai hos ‘Gegar Vaganza Live +’ yang akan bersiaran 10 minit sebelum pentas utama dibuka pada setiap Ahad.

Manakala, pelakon, pengacara dan penyampai radio SINAR, Hefny Sahad pula bertindak sebagai hos ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk musim ini, buat julung kalinya, ‘GV’ dengan kerjasama Farm Fresh, memperkenalkan anugerah ‘GV Kongsi Rezeki’ di mana pihak penaja akan berkongsi sebahagian dari hadiah kemenangan mingguan dengan barisan penyanyi tanah air yang mengalami masalah kewangan, kesihatan dan penghidap penyakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi. 

Pihak produksi akan bekerjasama dengan SENIMAN, Yayasan Karyawan dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair bagi tujuan pemilihan penerima sumbangan.

Adabi, selaku Penaja Bersama ‘GV6’ turut bermurah hati untuk menyumbang hadiah mingguan, ‘Bintang Adabi Paling Rasa’berbentuk wang tunai dan sebuah hamper mengandungi pelbagai barangan / produk Adabi kepada bintang yang mendapat markah tertinggi.

Dalam pada itu, ‘Anugerah Cuckoo Paling Gempak’ kembali dalam Gegar Vaganza tahun ini. Setiap minggu, pemenang Anugerah Cuckoo Paling
Gempak’ akan dipilih oleh para peminat menerusi undian di laman web www.astrogempak.com.

Anugerah berkenaan akan diperkenalkan pada konsert minggup pertama dan pemenang akan diumumkan pada minggu ke-2 dan seterusnya.



Juara ‘GV6’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. 

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.
page5image106560

Rangkaian program ‘GV6’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul, ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Program kapsul ini akan bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 7 Oktober 2019.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live +’ akan disiarkan secara serentak di www.gegarvaganza.com.my ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV6’ bermula 13 Oktober 2019.

Kak Fas: Lama tidak ketemu Noorshila Amin malah dia hampir tidak mengenali Kak Fas pada mulanya. Khabarnya lama menghilang sebab tumpukan perhatian kepada bisnes namun nyanyian tetap dalam jiwanya waima mempunyai sebuah lagu single yang dinyanyikan bersama anak sulong lelakinya.

Good Luck Shila dan juga Wann yang bertahun-tahun juga tidak berjumpa sejak beliau berhijrah ke Singapura.






Tiada ulasan: