Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASUS TAMPILKAN VIVOBOOK, PENUHI CITARASA GEN Y


Setiap kali hadir ke majlis pelancaran produk jenama ASUS baik telefon bimbit atau pun terbaharu ASUS VivoBook S14 / S15, seolah tuah sering menyebelahi Kak Fas.
Jika semasa telefon pintar ASUS Zenfone Zoom dilancarkan pada tawal ahun 2016 lalu, Kak Fas bertuah kerana memenangi hadiah cabutan bertuah telefon bimbit berkenaan.
Hampir 4 tahun berlalu, pada 18 September lalu, Kak Fas sekali lagi bertuah apabila nama disebut sebagai pemenang bertuah satu-satunya produk yang baharu dilancarkan iaitu S14 dan S15.
Walau pun Kak Fas dah ada lap top 'Apple' namun kemenangan komputer riba ASUS bukanlah bermakna Kak Fas tidak menghargainya.
Seronok tetapi terkejut sebenarnya kerana di antara ramai media yang hadir kad nama Kak Fas pula yang dicabut. Itulah namanya rezeki waima sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak memenangi sebarang cabutan bertuah.
Pun begitu, kata orang nak dapat barang percuma kenalah buat sesuatu. Aduh! pengacaranya pula meminta Kak Fas melakukan 'cat walk' dengan gaya tersendiri sambil membawa lap top huhu.
Terpaksalah tebalkan muka menjadi 'peragawati' amatur haha....tak apa lah sekali sekala huhu....lagi pun yang ada teman-teman media yang dikenali... ok lah... 
Apa sebenarnya yang Kak Fas menangi dan istimewanya ASUS S14 dan S15 ini?
Merupakan komputer riba terbaru daripada ASUS Malaysia antaranya rekaan yang menarik dihebatkan meliputi pengisian teknologi WIFI 6 yang baharu termasuk sistem audio daripada Harmon Kardon serta dilengkapi kamera IR.
Dengan sasaran golongan gen-Z yang mahukan gaya hidup yang lebih versatil menerusi warna-warna ceria maka ASUS memperkenalkan lima warna yang dipadankan dengan warna kontra agar nampak lebih menonjol sesuai gaya hidup masa kini.
Memang betul... belum lagi Kak Fas membukanya, anak  dirumah dah melakukan 'unboxing'  terlebih dahulu haha...

Warna-warna memukau yang ditampilkan meliputi Moss Green, Punk Pink, Transparent Silver, Gun Metal dan Colbalt Blue.

Wah! Nama-namanya pun funky gitu kan...

Dan dengan ketebalan hanya 18mm dengan berat masing-masing sekitar 1.4kg untuk S14 dan 1.8 kg untuk S15, sudah tentu ia mudah dibawa sebab ringan dan nipis.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai sepesifikasi dan sebagainya apa kata baca LINK INI.



Kak Fas: Terima kasih ASUS atas jemputan. Ramai yang tanya tak nak jual ke? Tetapi bagi Kak Fas 'rezeki' jangan ditolak jadi tiada niat untuk menjual apa yang diterima sebab ia satu kenangan indah yang perlu dihargai.

Tiada ulasan: