Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

1,400 TERJAH UJI BAKAT MENTOR MILENIA MUSIM KE 3

Luar biasa nampak gayanya edisi ketiga Mentor Milenia yang menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor tahun ini.

Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni ini memperlihatkan pelbagai kelainan.

Salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Selain itu, Mentor Milenia tahun ini turut menampilkan konsep dan format baharu.


Uji bakat yang telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah (3 dan 4 Ogos) dan Shah Alam (24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September) menampilkan ramai bakat muda yang mampu menjadi pelapis tempatan.

Hampir 1400 peserta telah hadir ke uji bakat, tetapi hanya 20 sahaja yang berjaya ke peringkat seterusnya sebelum para mentor memilih dua orang protege setiap seorang. 


Menurut Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia:

“Alhamdulillah, hampir 1400 peserta hadir pada uji bakat Mentor Milenia pada tahun ini dan pelbagai jenis pakej yang dipersembahkan kepada para mentor. 

"Pencarian kami di dua lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sabah dan Shah Alam amat memberansangkan dan sukar untuk kami membuat pemilihan kerana ramai yang berbakat. Ciri paling utama kami titik beratkan ialah nyanyian dan vokal yang bagus di samping penampilan para peserta yang hadir sewaktu uji bakat berlangsung. Seramai 20 orang akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya dan hanya 10 sahaja yang akan berentap di pentas Mentor Milenia.”


Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. 

Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3. 

Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM).

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan