Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JUARA AF2015 SUFI RASHID SAH BERGELAR SUAMI


TAHNIAH!

Juara  Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28 selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz waima bergelar suami kepada  Nurulain pagi tadi.

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018, hampir setahun yang lalu.

Atas permintaan keluarga kedua pasangan, majlis pernikahan yang berlangsung sederhana hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja. 

Upacara akad nikah bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Sufie menyediakan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 termasuk Mas kawin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.


Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan  oleh juru nikah, Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.

Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.

Majlis resepsi akan berlangsung esok malam (22 Sept) di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Menurut Sufie, dia merasakan cukup bertuah dapat mengenali isterinya sehingga dijadikan pasangan hidup.

"Saya bersyukur kerana saya dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni". 

Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

Majlis pernikahan serta persandingan telah di sediakan oleh perancang majlis Dwikarya Wedding & Event.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan