Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ES CLOSET RANCANG DISENARAIKAN DALAM BURSA SAHAM NASDAQ


Pernah tak anda terfikir sebuah syarikat fesyen akan disenaraikan dalam papan utama bursa saham? Bukan bursa saham tempatan pulak tu tetapi di papan utama NASDAQ, bursa saham kedua terbesar di dunia.

Wow! Malaysia boleh kan?

Itulah yang bakal diusahakan oleh syarikat fesyen tempatan, ES Closet International Berhad yang diwujudkan selepas sedekad penubuhan syarikat asalnya, ES Fashion Sdn Bhd pada tahun 2006.

Mengumumkan hasrat untuk disenaraikan di papan utama NASDAQ berkenaan, Ketua Pegawai Pemasarannya, Dr. Zyro Wong ketika ditemui pada sidang akhbar eksklusif yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, ES Fashion akan menjadi peneraju syarikat fesyen tempatan yang pertama ke lapangan perdagangan antarbangsa selepas disenaraikan pada papan bursa tersebut.

“ES Closet juga berkerjasama dengan Sharelaa, yang membawa dua jenama utama antarabangsa - Champion & Melissa - dan juga kerjasama dengan jenama Malaysia - TNTCO - sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya,” ujar Dr. Zyro Wong.

Sehubungan itu, ES Closet juga memperkenalkan MOONA & CAESEN, jenama tempatan terbaharu mereka yang menampilkan fesyen bergaya.

CAESEN diwujudkan khusus untuk pasaran Melayu dan akan berada di pasaran dari tahun 2020.

Pada majlis yang berlangsung  sederhana dan santai itu, ES Closet juga mendedahkan rancangannya untuk menyediakan aplikasi fesyen striming secara langsung yang pertama di Asia Tenggara, menggunakan pemimpin pendapat (KOL) bagi memacu jualan dengan cara yang inovatif serta menggunakan penyelesaian AI dan analisis data besar. 

Dengan cara itu ES Closet sasar untuk menembusi negara-negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina waima memperoleh bantuan pakar tempatan dan duta jenama terkemuka.

Sebagai langkah awal ES Closet dijangka menubuhkan sebuah kolej untuk melatih calon-calon berpotensi  menjadi penyiar striming profesional yang akan dikenali di seluruh rantau ini.

"Sesiapa peminat fesyen boleh menyertai program baru yang inovatif ini yang direka khas untuk memperluaskan peluang mereka dalam bidang pemasaran dan jualan fesyen," tambah Dr. Wong.

Dalam pada itu, ES Closet juga sedang dalam proses memperkenalkan NICSS, jenama pakaian inovatifnya, yang menggunakan fabrik nanoteknologi yang menjerat udara sejuk dan memindahkan haba dari badan, sesuai untuk negara-negara yang mempunyai iklim lembap. 

"Cooling Shirt" ini dijangka diperkenalkan ke pasaran  pada tahun 2020.

Dalam taklimat terperinci tentang rancangan penyenaraian syarikat itu, penasihat kumpulan untuk ES Closet, Kennay Tang menjelaskan, "untuk disenaraikan di NASDAQ bukan kerja yang mudah, tetapi kami yakin bahawa ES Closet akan mencatatkan sekurang-kuranghya USD4.00 di papan utama NASDAQ. 

Mengulas rancangan peluasan syarikat seterusnya, Ketua Pegawai Jenama Kien Tang pula berkata, "dengan koloborasi baru kami antara Sharelaa (Champion & Melissa), dan juga TNTCO, ES Closet dijangka membuka 11 kedai penjualan menjelang tahun depan serta mengembangkan e-dagang nya ke Asia Tenggara.

 "Dengan kerjasama ini, ES Closet bersedia untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi dalam masa terdekat," jelasnya.

Menutup tirai pelancaran, Encik Nicson Pua. CEO Kumpulan ES Fashion berkongsi niat syarikatnya untuk menjadi yang pertama dalam mewujudkan platform komuniti eko-sistem fesyen yang menghubungkan pembeli dan pembekal. 

"Ia akan menjadi trendsetter baru malah kami berani menaruh harapan untuk membangunkan lebih banyak rancangan yang menarik pada masa depan dan mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk menyertai kami sebagai sebahagian daripada lonjakan kami ke depan dan revolusi dalam industri fesyen".

Label-label ES CLOSET INTERNATIONAL BERHAD

SECRET - Fesyen Belia
LEBIH - Fesyen Dewasa
MOMENTZ - Pakaian Pejabat
DOLLZ - ​​Fesyen Korea Premium
MOONA - Fesyen Bergaya Terkini
CAESEN - Fesyen Melayu Bergaya Terkini
NICSS - Pakaian Inovatif (akan di keluarkan pada tahun 2020).


#esclosetinternational #esclosetfashion #nasdaq #champion&melissa #tntco #caesen #nicss #moona #dollz #momentz #lebih #secret


Tiada ulasan:

Catat Ulasan