Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APA KELAINAN GERAI THAI, SIZZLING & CLAYPOT DIURUS PU RIZ DI NU SENTRAL?


Beliau baharu sahaja kembali dari mengerjakan 'Haji' dari Tanah Suci Makkah namun pendakwah bebas dan juga pelakon, Riz Ismail tidak mahu relaks dalam menjalani rutin hariannya.

Pemilik nama penuh, Haji Muhammad Haris Mohd. Ismail ini terus mengorak langkah dalam perniagaan pemakanan yang belum pun setahun jagung diceburinya setelah memperkenalkan restoran Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur kira-kira lapan bulan lalu.

Untuk 'flashback' kembali ingatan korang sila KLIK INI.

Terbaharu, Kak Fas bertemu kembali Riz yang lebih dikenali sebagai PU Riz ekoran penyertaannya dalam program realiti "Pencetus Ummah" musim ke 4.

Kali ini pertemuan berlangsung santai di medan selera pusat membeli-belah Nu Sentral berhadapan gerai makanan, Sizzling & Claypot.


Di medan selera ini, PU Riz bukan sahaja bertanggungjawab menguruskan gerai Sizzling & Claypot malah sebuah lagi gerai yang dinamakan 'Thai Cusine' di mana kedua-duanya  berada di bawah bumbung syarikat induk Desire Food Sdn Bhd.

Desire Food mempunyai pelbagai jenis premis makanan dan tiga daripadanya dipantau Riz sebagai rakan kongsi.

Seketika berada di gerai Sizzling & Claypot, Kak Fas agak rabun mata untuk memilih lebih 30 menu yang tersedia. 


Nama pun 'sizzling' dan 'claypot' ada pelbagai pilihan mee samada dicampur dengan telur, ayam, udang dan sebagainya dalam harga mampu milik antara RM10 bagi 'Claypot Chicken Rice' hingga paling mahal pun dalam RM16.90 malah sepinggan 'Special Kuey Teow' pun baru RM14.90.

Renung punya renung setiap satu menu yang tersedia di bahagian atas dan berdekatan kaunter, Kak Fas akhirnya memilih 'Special Sauce Chicken Rice with Egg' (RM14).

Sejujurnya Kak Fas ni punyai lidah Melayu... tak pandai sangat makan 'claypot & sizzling sizzling' ni haha... tetapi apabila cuba cubit sikit sikit daripada menu kawan-kawan ternyata sedap dan tekak boleh terima terutamanya hidangan seperti Sizzling Chicken Mushroom Yee Mee'. Pertama kali rasa u alls hihi....

Memandangkan kami seramai lebih kurang sebelas orang jadi masing-masing punya selera pun berlainan, jadi dapatlah cuit mencuit serba sikit.


Antara yang menjadi pilihan ialah 'Paprik Chicken Rice with Egg', 'Claypot Kung Po Seafood Rice', 'Hot & Spicy Seafood Rice," dan banyak lagilah...


Yang pasti setiap hidangan hadir panas-panas dan hiasannya pun setaraf hidangan di hotel  gayanya - cantik dan menyelerakan!

Dengan hanya empat kakitangan bertugas termasuk seorang chef terlatih, Riz memberitahu, mengendalikan gerai lebih menguntungkan daripada restoran.


"Di sini ramai yang berkunjung untuk makan apatah lagi berdekatan dengan stesen lrt dan monorel malah bagi mereka yang membeli-belah di Nu Sentral menjadikan 'food court' di aras 3 ini tempat berehat untuk menjamu selera," ujar Riz.

Berbanding restoran, Riz memberitahu perniagaan medan selera ini bermodalkan jumlah wang yang kecil tapi mampu mengaut keuntungan besar. 

Ditanya kenapa beliau memilih perniagaan makanan ini jawapannya:

Saya optimis dengan perniagaan makanan ini. Bisnes makanan ini jika betul caranya, memang boleh pergi jauh. Kalau makanan yang dijual itu sedap, pasti orang akan datang lagi untuk menjamahnya. Sekalipun perniagaan makanan ini sengit persaingannya, kehadiran dua premis medan selera di Nu Sentral ini saya percaya dapat terus memberi variasi kepada ramai orang.

“Saya lihat juga perniagaan makanan sebegini sangat stabil dan pada masa sama kita terus menjaga kualiti dengan menawarkan mutu makanan sedap serta terbaik. Biasalah dalam mana-mana perniagaan pasti ada fasa turun naik, tapi itu bukan alasan untuk terus memeluk tubuh. "

Menurut Riz yang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang undang-undang, untuk memastikan dua medan seleranya itu terus jadi pilihan, pihaknya amat mengutamakan premis yang bersih agar makanan dimasak segar dan sihat.

"Lagi pun kami memberikan pilihan kepada pelanggan. Jika mahu tukar selera dari sizzling dan claypot boleh memilih membuat pesanan di Thai Cuisine yang menyediakan pilihan makanan dari negara gajah putih itu antaranya seperti Tom Yam, ikan tiga rasa dan macam-macam lagi," tambah pelakon yang bakal dilihat penampilannya dalam filem sulongnya, "Ada Apa Dengan Dosa" di samping Wanna Ali terbitan Pencil Pictures tidak lama lagi.

Sehubungan itu, di mana sebenarnya fokus Riz... adakah  berniaga atau berlakon?

"Sudah tentulah bisnes kerana saya mahu menyambung legasi ayah yang merupakan seorang usahawan, lagi pun ia lebih menjaminkan masa depan waima berlakon sekadar hobi mengisi masa lapang. Jika ada masa saya terima, jika tidak, saya lebih utamakan bisnes. Setidak-tidaknya saya ada pendapatan setiap bulan," jawab pemuda berusia 24 tahun ini.

Mengorak langkah lebih jauh, Riz merancang untuk menyertai sistem jualan tempahan melalui online bersama 'Food Panda".

"Usaha ke arah itu sedang diusahakan kerana kami akui pesanan melalui talian semakin mendapat tempat di hati pelanggan yang sibuk dan tiada masa makan di kedai," ujarnya.


Berbicara dengan PU Riz terasa masa berlalu dengan pantas. Banyak sebenarnya yang boleh diperoleh daripadanya. Maklumlah... beliau kan seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam malah dengan mudah dan lancar melontarkan petikan ayat-ayat Al-Quran dengan terjemahannya apabila memberikan contoh.

Selain Pencetus Ummah, Riz juga pernah menyertai program pencarian pendakwah, Akademi Sahur Asia atau AKSI Asia 2017 di Jakarta yang membabitkan penyertaan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Jika korang nak berkongsi mendengar ceramahnya boleh menyertai kelasnya secara santai di restoren Food Station setiap Khamis atau malam Jumaat. Jika kelapangan beliau sendiri akan hadir bukan sekadar berceramah malah bersedia menghantar hidangan pesanan anda ke meja makannya sekali. Jangan tergoda dah ya!


Kak Fas: Mempelajari sesuatu dari PU Riz...."Alhamdullillah".


#risizmail #sizzling&claypot #thaicuisine #desirefood #puriz #pencetusummah
#nusentral










Tiada ulasan: