Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ABPBH32 NOBATKAN ARTIS BAHARU, ARTIS LAMA TEWAS


Menepati ramalan, para pemenang yang mengungguli kategori utama Anugerah ABPBH32 yang berlangsung Ahad lalu dibolot barisan artis muda mengetepikan dua otai yang turut tercalon pada top 5 antaranya seperti Aishah dan Dalimawati.

Aishah, 54,  tewas kepada penyanyi angkatan pertengahan Siti Nordiana, 34, dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow yang turut bersaing dengannama penyanyi muda seperti Ara Johari, Stacy dan Wany Hasrita.


Turut tewas, pelakon Hantu Kak Limah, Dalimawati, 61, yang diketepikan oleh pelakon muda, Mira Filzah dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di sampingh Erra Fazira, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

Begitulah yang dapat disaksikan apabila format pertandingan bergantung pada 100 % undian di tangan peminat masing-masing dan bukan diadili juri profesional. Iya lah nama pun Bintang Popular ya tak... tentulah peminat masing-masing yang memilih.






















Dan tidak dinafikan sudah tentu juga nama-nama artis muda menjadi pilihan utama seperti Mira Filzah, Syafiq Kyle, Janna Nick dan Adam Lee sebagai contoh.


ADAM Lee hadir bersama Sweet Qistina.
Agar hairan juga walau pun sorakan gemuruh diberikan pada dua hero Malaya iaitu Zul Ariffin dan Remy Ishak namun mereka tidak mampu memperoleh undian tertinggi daripada peminat yang masih memihak kepada Fattah Amin pada kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.


Ada yang berpendapat barangkali kelab peminat Fatah dan isterinya bergabung tenaga untuk meletakan nama Fattah sebagai pemenang waima Fattah sudah lama tidak tampil dalam mana-mana filem terakhir ini malah wataknya tidaklah sekuat Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak atau Syafiq Kyle sekali pun.





Tetapi itulah yang dinamakan rezeki dan pilihan peminat.

Apa pun dengan tema ‘Melangkaui Sempadan’ ABPBH 32 tahun ini menyaksikan pelakon Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan undian tertinggi sebanyak 6,320,430.

Undian tersebut melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.

Wow! banyak tu.


Tahun lalu, penyanyi Wany Hasrita yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH31 hanya meraih 2,052,997.
Itu dari segi hadiah tetapi dari segi persembahan, penyanyi otai Aishah pula yang tetap unggul di pentas apabila mendapat tepukan gemurah dan 'standing ovation' kala menyampaikan dua buah lagu 'Kemaafan Dendam Yang Terindah' dan 'Kau Pergi Tanpa Pesan'.
Apa pun, ABPBH 32 yang telah berlangsung pada 22 September lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berjaya mencecah 5.8 juta penonton dengan 47.5% syer penonton! (Sumber, Nielsen Audience Measurement).


Berikut Senarrai Pemenang ABPBH32:
Kategori Utama
Bintang Paling Popular: Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah


Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Janna Nick
Pengacara TV Popular: Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)
Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella



Artis Korea Popular: BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan 


Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)



#ABPBVH32 #LOKALAH #NOKOMEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan