Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZEE AVI TOLAK KOMEN ANGGAP SOKONG LGBT?

PIX dari IG Zee Avi.
Hanya tinggal satu hari lagi iaitu esok (16 September) kita akan menyambut Hari Malaysia.

Dan sebagai rakyat Malaysia, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi tidak mahu ketinggalan meraikannya dengan sebuah 'buah tangan' baharu buat negara dan juga peminatnya.

Ya... bermula esok peminat pemilik nama sebenar,  Izyan Alirahman, 33, ini bakal menyaksikan video muzik (VM) bagi single terbaharunya berjudul 'Who Are U" atau jika dialihbahasa bermaksud "Siapakah Anda'. Betul kan Zee? hihi...

Apa pun terlebih dahulu jom kita ketahui apa sebenarnya cerita di sebalik lagu dan muzik video yang menjadikan pantai di Terengganu sebagai lokasinya.

‘Who Are U’

'Who Are U' merupakan sebuah lagu perihal menjadi tegar dan berani untuk mempamerkan diri yang sebenar.  Ia adalah sebuah lagu bagi mereka yang mempunyai salah faham, mereka yang memerlukan peningkatan untuk hari-hari mereka dan yang paling penting sebuah lagu yang boleh anda nyanyikan kepada diri sendiri di hadapan cermin, lagu yang mencerminkan diri anda sendiri. Sebuah peringatan lembut tentang kita tidak perlu mengendahkan jangkaan orang lain terhadap perjalanan dan laluan hidup kita. Kerana pada akhirnya semua yang dilalui ialah untuk pembelajaran dan ia merupakan perjalanan yang tidak akan pernah berakhir. 

MUZIK VIDEO:

Video ini 100% buatan Malaysia dengan hanya menggunakan lingkaran kenalan, persahabatan dan kepercayaan. Untuk Zee Avi sendiri, beliau jelas mahu muzik video tersebut menampilkan bakat-bakat muda Malaysia, gelombang baru serta wajah Malaysia. Generasi baru Malaysia yang telah melalui pelbagai kesukaran, halangan dan dari situ muncul semangat yang kuat dan berjaya. Setiap seorang rakyat Malaysia mempunyai kisah unik tentang kehidupan masing-masing dengan pelbagai perbezaan sebagai individu. Dan sebagai masyarakat, kita juga dapat mengatasi berdepan dengan pelbagai batasan dan kesukaran yang membolehkan diri kita mekar dalam kuntum yang sebenarnya.

Muzik video ini juga mempamerkan beberapa permata terbaik di seluruh Malaysia. Setiap mereka mempunyai perjalanan mereka yang tersendiri dalam menjadi individu yang berani serta yakin dengan menjadi diri mereka sendiri. Kita sama-sama meraikan individu- individu yang merupakan rakyat Malaysia ini. Kita seharusnya berbangga dengan warna, kepercayaan, humor, pergerakan dan identiti kita yang berbeza. Inilah sebabnya, video ini akan dikeluarkan pada hari Malaysia yang jatuh pada 16 September. Sama seperti Malaysia, video ini, juga merupakan ‘special home’ untuk kita yang unik.

Jadi u alls jika mahu menontonnya pastikan anda buka MV ini esok ya.

Dalam pada itu pada sidang media yang berlangsung bersama penyanyi berasal Sarawak ini baru-baru ini, ada yang mempersoalkan apakah Zee Avi seorang penyokong LGBT apabila mempamerkan imej seperti gaya golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender itu di dalam muzik videonya?

Ini sahaja jawapan Zee:

"Saya penyokong kasih sayang. itu sahaja yang boleh saya katakan. Jika netizen nak cakap apa-apa pun, tidak mengapa. Saya hanya boleh ucapkan terima kasih kerana menghabiskan tenaga menaip perkara negatif begitu. Yang penting bagaimana kita beri reaksi kepada perkara tersebut."

Ringkas dan tegas jawapan Zee Avi malah katanya sebagai seorang penyanyi dan pemuzuk indie, beliau bebas untuk melakukan apa sahaja yang tergerak di hatinya tanpa mengambil serius komen komen negatif netizen.

Pastikan anda melayari MV terbaharu ini esok tau...16 September 2019 bermula jam 9 malam ya!

Artikel berkaitan boleh juga baca LINK INI.

Kak Fas: Nampak pendirian plantun lagu popular 'Kantoi' ini yang tegas dan independent sebagai penyanyi 'indie'.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan