Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALIFF SYUKRI TIDAK MAHU LAGI 'TERLAJAK LARIS'


Siapa yang tidak kenal dengan usahawan yang bergelar ‘Abang Terlajak Laris’ - Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kan?

Pengasas jenama D’Herbs ini sudah 12 tahun bergelumang dengan pengalaman pahit manis bergelar usahawan dalam industri kosmetik sebelum mampu digelar ‘jutawan’. Rasanya tak perlulah Kak Fas mengimbas masa lalunya kerana yang lebih penting perancangan masa depannya.

Sehubungan itu, dalam usahanya mahu melakukan perubahan demi mengekalkan jenama D’Herbs ke peringkat Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, Aliff Syukri mengambil langkah melakukan penjenamaan semula D’Herbs.

“Perubahan ini perlu dilakukan agar jenama D’Herbs masih relevan dan kekal menjadi jenama kosmetik tempatan No. 1 di Malaysia,” ujar Aliff Syukri pada ucapan aluannya pada majlis penjenamaan semula D’Herbs di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebagai langkah awal, D’Herbs memilih Diana Danielle sebagai Duta Produk Jus Perawan yang merupakan salah satu daripada ’killer’ produk jenama D'herbs. 

Kenapa Diana dan bukan gadis perawan sebagaimana nama produknya?

“Diana seorang pengguna bahan-bahan organik dan semula jadi, jadi amat bertepatan untuk diperkenalkan sebagai duta jus Perawan yang menggunakan herba-herba asli 100% tanpa pengawet dan diyakini sejak 12 tahun lampau. Lagi pun Diana nampak awet muda walau pun dah beranak dua,” jelas Aliff Syukri.

Menurutnya, penjenamaan semula jenama D’herbs menampilkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan. Sebanyak 20 produk daripada jualan terbaik sepanjang 12 tahun berada di pasaran dijenamakan semula dengan beberapa formulasi terbaharu supaya kualiti setiap produk dapat dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa. 

Malah dalam usaha ke arah globalisasi, Dato Seri Aliif Syukri merancang memperkenalkan modul perniagaan yang baharu dengan membuka peluang kepada stokis/pengedar untuk membuka outlet perniagaan di pusat membeli-belah ternama seluruh negara.

Katanya, pembukaan outlet perniagaan di seluruh negara ini sudah semestinya akan memberikan impak branding yang lebih besar bagi sebuah jenama kosmetik tempatan. 

“D'herbs bukan sahaja mensasarkan pengguna daripada golongan B40 seperti sebelumnya, tetapi diharapkan dengan penjenamaan semula jenama D'herbs ini dapat menarik minat golongan M40 dan T20,” tambah Aliff.

Jika dahulu, jenama D’Herbs boleh didapati di pasar malam, usahawan berusia 32 tahun ini bakal membawa kesemua produknya untuk dijual di pusat beli belah ternama.


“Saya sedar orang Malaysia suka barangan eksklusif. Ikutkan hati, saya tidak mahu meneruskan jenama D’Herbs tetapi permintaan masih tinggi. Bayangkan walau tanpa promosi besar, saya masih menjana wang hasil penjualan produk D’Herbs.

“Kalau sebelum ini saya jual produk ini di pasar malam. Kali ini saya mahu ‘lari’ sikit. Sekarang ini ramai usahawan jual kosmetik. Persaingan sangat tinggi.

“Pihak saya memperkenalkan modul perniagaan yang baharu dengan membuka peluang kepada stokis/pengedar untuk membuka outlet perniagaan di pusat beli belah. Pelan ini dijangka akan bermula enam bulan dari sekarang,” tambah Aliff yang nampak puas lagi teruja mahu jenamanya dikenali dikaunter-kaunter kosmetik setanding produik antarabangsa.

Tambah Aliff. dua lokasi pertama yang dipilih adalah di beberapa pasaraya Aeon Big dan pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya. 


Kak Fas: Percaya dengan kemampuan Aliff Syukri membawa D'Herbs ke tahap antarabangsa sebab orangnya penuh semangat dan kreatif malah terhibur dengan gelagatnya yang ceria.

#abangterlajaklarris #aliffsyukri #dherbs #jusperawan 

Tiada ulasan: