Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'LET ME WIN' SIAR SECARA LANGSUNG CARI PEMENANG NISSAN ALMERA HITAM


SUNGGUH kata orang, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’, jika rezeki itu milik kita tak kemana perginya.

Begitulah yang dapat Kak Fas andaikan kepada pemenang utama sebuah kereta Nissan Almera Auto 1.5E, Shirley Ong Su Ying  pada majlis Cabutan Bertuah  dan Penyampaian Hadiah peraduan ‘AK Let Me Win” yang berlangsung  secara ‘live’ di Atrium, Avenue K petang semalam.


Hadiah pertama dan kedua dimenangi oleh dua orang wanita, How Lye Neo yang membawa pulang sebuah telefon pintar jenama iPhone 11 dan Fong Meow Lee yang memenangi sebuah telefon jenama Samsung Galaxy Note 10 (8GB+256GB0).


Wow! Tahniah kepada ketiga-tiga pemenang berkenaan, memang bertuah sangat mereka. Korang mesti menyesal kan tak shopping kat Avenue K bagi melayakkan diri bertanding di mana sesiapa yang berbelanja lebih dari RM150 (dan RM100 bagi pemegang Ahli Kad Jiran AK) di mana-mana kedai dalam AK dalam satu resit layak menyertai peraduan “AK Let Me Win” yang dianjurkan sepanjang 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.


Lebih seribu pelanggan yang layak telah dijemput melalui pemberitahun SMS untuk hadir pada majlis siaran langsung itu namun ternyata ada juga yang tidak hadir apabila nombor bertuah yang dibaca tiada pemenang yang tampil.


Tetapi yang lebih kecewa apabila pelanggan yang mempunyai bilangan nombor lebih dari satu tetapi sudah memenangi hadiah pada cabutan sagu hati tidak layak lagi memenangi hadiah utama. 


Adoi! Mesti frust giler kan… ‘kenapa lah nombor aku dicabut dulu…’ mungkin itu persoalan yang bermain dalam hati ya tak?


Tetapi tak apa lah, yang penting menang juga ya tak walau pun rezeki tidak kesampaian untuk memenangi tiga hadiah utama terutamanya kereta Nissan Almera rona hitam tu kan?


Selain tiga hadiah hebat berkenaan, 20 pelanggan yang bertuah turut membawa pulang baucer bernilai RM1,000 dari beberap penaja yang mempunyai kedai di kompleks membeli-belah AK seperti Fitness First, Fire Fitness, Sephora, Village Grocer, Max Fashion, Skechers, Leather Avenue dan New Image.



Kak Fas: Tahniah kepada semua pemenang dan juga AK kerana menganjurkan satu peraduan yang cukup mewah. Moga ada lagi supaya Kak Fas pun berpeluang lain kali untuk mencuba nasib haha… Disebabkan PKP dan COVID-19, selama itu jugalah Kak Fas tak pergi ke kompleks membeli-belah atau berbelanja melainkan ke pasar atau kedai runcit sahaja haha… InsyaAllah!



FOTO: Alias AB.




#AKAvenue #LetMeWin #Peraduan #Membeli-belah #SiaranLangsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan