Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MAK LEHA' JADI ISTERI CURANG? BIAR BETIK?


SIAPA suka tonton drama '7 Hari Mencintaiku 1 dan 2" yang sudah pun mencipta fenomena dengan jumlah tontonan 12 juta sepanjang siaran kesinambungannya pada musim ke-2 bermula2 Julai hingga 17 Ogos lalu.

Malah episod terakhir '7 Hari Mencintaiku2' sahaja mampu memancing 5 juta penonton yang mahu menyaksikan apa kesudahannya kisah Mak Leha (lakonan Liza Abdullah) yang 'jahat' terhadap menantunya, Mia (Siti Saleha).


Iya la.. kisah ibu mertua dan menantu begitu menjadi realiti asam garam rumah tangga di kalangan mereka yang mengalaminya jadi sudah tentu penonton yang menghadapi masalah seumpama mahu melihat kesudahannya kisah Mak Leha dan Mia kan?


"Kami amat berterima kasih atas sokongan para penonton dari 7 Hari Mencintaiku pertama sehingga sekarang. Kami mengambil sokongan ini sebagai satu permintaan daripada peminat," ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh pada majlis parti 'Terima Kasih-7 Hari Mencintaiku 2' yang berlangsung di De Wan 1958, The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Korang mesti boleh agak ya... ucapan Khairul yang menyentuh soal permintaan dari peminat itu membawa petanda '7 Hari Mencintaiku' bakal disambung ya tak?


Memang benar, ada lagi kesinambungannya. Itu juga janji penulis novel berkenaan, Siti Rosmizah Semail dan lebih menguatkan lagi apabila satu perjanjian kerjasama (MoU) dimeterai antara TV3 dan SR One Sdn Bhd.


Melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Khairul dan Siti Rosmizahpihak TV3 mendapat hak eksklusif adaptasi novel-novel Siti Rosmizah dan juga beberapa novel terbitan di bawah SR One Sdn Bhd.


Wow! Pembaca novel-novel karya Siti Rozimizah mesti tidak sabar menanti apa lagi judul yang bakal diketengahkan.


"Kami amat bertuah dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Puan Siti Rosmizah dan karya beliau yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Garapan mantap penulis Puan Siti Rosmizah membuatkan penonton tidak senang duduk, apatah lagi dengan plot 'twist' di luar jangkaan," sambung Datuk Khairul.


Sementara itu, Puan Siti Rosmizah dalam ucapan balasnya berkata:


"Kejayaan dua karya saya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel ini yang begitu laris jadi secara dasarnya peminat- peminat novel ini telah pun sedia ada. 


"Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini. Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka. Insya-Allah atas permintaan ramai peminat-peminat drama '7 Hari Mencintaiku 3' bakal menyusul tahun hadapan. Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya."


Drama ini juga didapati tular di media sosial, setiap kali ia bersiaran. Terutamanya mengenai watak kebaikan Khuzairi (Shukri Yahya) sebagai seorang suami, dan kebencian netizen terhadap watak Nurul Ain (Wafariena Roslan) dan Mak Leha (Liza Abdullah). 


Malah, khabarnya untuk musim ke-3 kelak bakal merubah karakter Mak Leha sehingga 360 darjah apabila menjadi isteri curang. 

Wah! Biar betik? Kak Fas rasa...lagi lah Liza Abullah aka Mak Leha akan dibenci netizen.


"Benci Mak Leha  tak apa, jangan benci saya sudah," komen Liza Abdullah yang turut berharap watak yang lebih mencabar dalam musim ketiga itu kelak. 


"Biarlah selepas menonton musim ke-3, penonton akan rasa lebih kenyang," luah Liza ketika ditemui.


Dalam pada itu, drama itu turut mencetuskan harapan agar pasangan suami isteri dalam drama yang dilakonkan, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly menjadi kenyataan.


Ramai peminat yang bersetuju jika mereka benar-benar kahwin dan bercinta apatah lagi tular kisah Syazwan menghadiahkan sebentuk cincin kepada Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala.


Pun begitu, pasangan ini bertegas hubungan mereka sekadar kawan biasa dan keduanya memang suka bergurau senda.


"Saya tidak bercinta dengan Syazwan, dia memang suka mengusik saya," ujar Lala menjeling manja ke arah Syazwan.


"Saya pun tak sangka perbuatan itu menjadi tular kerana kami hanya promosikan cincin tu je," tambah Syazwan. 


Eh! Betoi ke? Kalau betul pun apa salahnya kan, masing-masing pun 'single' ya tak malah nampak sepadan pun wajah mereka.


Siapa setuju hihi!


Selain Syukri Yahya, Siti Saleha dan Liza Abdullah, '7 Hari Mencintaiku 2' turut dibintangi  Jaja Ilyes, Faye Kusairi,  Bil Azali, Jasmin Hamid dan Kazar Saisi.



#7HariMencintaiku2 #SyazwanZulkifly #WanSharmila #LizaAbdullah


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak sabar nya nak tunggu yang ke 3 pulak. Drama ni memang best bukan sebab jalan cerita je tapi sebab pelakon2 dia tu.