Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA NAK ANAK PAKAI LAMPIN GAYA ANGKASAWAN? JOM CUBA 'BAE BAE', APA ISTIMEWANYA?



SEJAK negara dilanda pandemik COVID-19 pada bulan Mac lalu, Kak Fas tidak berkesempatan untuk bersantai mahu pun melakukan ‘window shopping’ di kompleks membeli-belah ternama sekitar Kuala Lumpur.


Yang Kak Fas kunjungi hanyalah ke pasar raya membeli barangan keperluan harian dan bahan-bahan untuk memasak di rumah.


Setelah sekian lama itu dan apabila ada kelonggaran pada tempoh PKPP sekarang ini, baharulah Kak Fas tinjau seketika beberapa pusat membeli-belah di mana baru-baru  ini Kak Fas yang kebetulan berada di Shah Alam, sempat berkunjung ke i-City, Shah Alam.



Sambil menjamu mata dan berjalan-jalan, Kak Fas melintasi sebuah kiosk yang bernama ‘Aafiat Store’ dengan logo Olive House tertera di sampingnya. Kiosk ini merupakan store yang pertama dibuka Aafiat.


Seketika itu juga teringat Kak Fas kepada satu produk dari Olive House yang Kak Fas dah dua kali membelinya iaitu ‘Minyak Zaitun Olivie Plus 30’.


Walau pun agak sukar bagi Kak Fas menelannya waima terpaksa tutup hidung sebelum telan tetapi khasiatnya memang terbaik.


Minyak zaitun asli ini mengandungi 30 kali ganda antioksida yang sememangnya  baik untuk badan apatah lagi dalam menempuh tahun dicemari virus berbahaya ketika ini.


Kak Fas perhatikan ramai juga yang bertanya mengenai lampin Bae Bae.


Sebaik melangkah masuk ke ‘Aafiat Store’ banyak produk yang menarik perhatian antaranya seperti Jus Delima dan yang paling menangkap perhatian mata Kak Fas melihat produk lampin pakai buang bayi Bae Bae dan tuala wanita jenama  Flowra.


Pada salah satu produk lampin pakai buang berkenaan siap tertera gambar seorang model bayi dalam pakaian angkasawan lagi.


Wah! Menarik ni fikir hati dan timbul persoalan apa istimewanya lampin pakai buang yang bertulis ‘Space Cuties’ ni berbanding satu lagi yang ‘Ultra Dry’?


Bila ditanya dan diamati, rupanya inilah lampin pakai buang yang mendapat pengiktirafan halal pertama di dunia.


Wow! Lampin pun ada halal? Malah bukan itu sahaja, produk tuala wanita yang turut dijual di situ juga diiktiraf halal.


Kedua-dua produk keluaran syarikat Bio Integrasi Global Sdn Bhd itu sudah menerima status pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Bagus ya sekarang ni… dah ada banyak produk yang mengikut konsep halalan toyiiban walau pun dihasilkan di China.


Jenama ‘Bae Bae’ ini direka khas bagi membolehkan bayi atau kanak-kanak bergerak selesa waima bahagian pinggan lampin lembut dan nipis.


Lebih menarik lagi, ia dilengkapi dengan teknologi 3D di mana ia mampu menyerap lebih banyak cecair  selain mengelak dari kebocoran malah mampu bertahan sehingga 8-10 jam agar bayi boleh tidor nyenyak sepanjang malam.


Pendekata, diaper Bae Bae menggunakan teknologi angkasawan NASA di mana teknologi yang sama di pakai oleh suit angkasawan yang ke angkasa lepas.


Sebab itu diapers ini kena bebas kimia terlarang dan penyerapannya sangat lama memandangkan angkasawan yang berada di angkasa lepas bukan kah tak boleh pergi tandas sesuka hati hihi...


Tapi paling istimewa, selain bersih, suci dan selamat, lampin berkenaan dilengkapi dengan pengesan untuk menunjukkan samada lampin itu sudah penuh dan perlu ditukar apabila ia bertukar ke warna hijau.


Menarik kan? Bolehlah ibu ibu yang masih mempunyai anak yang memakai lampin mencubanya.  


Selain di kedai Aafiyat Store yang terpilih di seluruh negara, baik lampin pakai buang Bae Bae mahu pun Flowra turut dijual secara dalam talian di platform e-dagang pada harga dari RM45 ke atas manakala tuala wanita Flowra boleh diperoleh pada harga RM4 hingga RM7.


Kak Fas: Turut beli untuk cucu dan beli juga jus Delima untuk diri sendiri haha.



#OliveHouse #AafiatStore #LampinPakaiBuangBaeBae #TualaWanitaFlowra

8 ulasan:

Atie Zieya berkata...

tak pandai sngt about lampin sbb i tak kwen lagi, but lampin pun penting sbb ada baby jenis kulit sensitive kan..

Sis Lin berkata...

Gaya angkasawan katanya, mesti di awang-awangan kann... tapi kann sejenis Sis suka beli dan simpan pampers dan juga pantyliners hahahahaa

SalinaJohari berkata...

Tetiba teruja nak cuba sebab 1st time dengar pampers yang ada Halal Certified . Boleh la kita ke Shah Alam

Tekkaus berkata...

Wow lampin pun sudah ada yang halal? So lebih banyak pilihan untuk ibu bapa. :D

Unknown berkata...

wah, tak tahu pulak pakai lampin sekarang boleh ke angkasas haha. nice la tema dia. siap dapat tanda Halal lagi. senang nak pilih lepas ni .baby saya keluar nk cari yang ni jugak

miedaJaz berkata...

Bagusnya Lampin dan tuala wanita ada logo halal...so kita pun boleh guna tanpa was-was. Harga pun mampu milik

Izaramli berkata...

Dua-dua brand Bae Bae dengan Flowra ni Iza tak pernah dengar. Bagus jugak ada halal certified. Susah tu nak cari produk macam ni yang ada Halal. Lampin pakai buang yang space suit tu macam comel je.

Sunshine Kelly berkata...

These brands are new to me, the diapers macam angkasawan memang cute on baby.