Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

15 ARTIS BONGKAR KISAH PERIBADI MELALUI 'MHTHROWBACK'



ANDA
tahu tak rupanya pelakon Rita Rudiani merupakan peminat penyanyi tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza sehingga sanggup curi tengok 'Tok Ti' ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah iklan minuman popular satu ketika dahulu.

Rita mengakui sampai sekarang masih ingat peristiwa itu.


Begitulah antara yang dikongsikan Rita Rudiani dalam program terbaharu ‘Media Hiburan Throwback’ yang telah memulakan siarannya pada 24 Mac 2021 lalu di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) pada setiap hari Rabu, jam 9 malam.


Selain itu, ibu tunggal beranak dua ini turut berkongsi kisah sebenar insiden pergaduhan bersama Lisdawati dan menafikan bahawa lelaki sebagai punca salah faham tersebut.



Berlainan pula kisah yang ditampilkan pelakon Norman Hakim yang bercerita  bagaimana isterinya, Memey Suhaiza mula berbaik dengan bekas isterinya, Abby Abadi selepas perhubungan mereka berdepan dengan pelbagai kemelut.


Menarik tak? 


Bagi peminat yang suka membawang atau pun yang gemar nak tahu kisah ‘tepi kain’ para artis tentunya berminat menonton program begini apatah lagi selama 13 episod ia akan memaparkan lagi kisah-kisah peribadi 13 artis popular tanah air.


Selain Rita Rudaini dan Norman Hakim, artis-arti lain yang terlibat terdiri daripada Dato AC Mizal (episod pertama),  Dato Awie, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Akim & Stacy, Didie Alias, Linda Onn, Faizal Hussein, Ifa Raziah, Shira & Ijoy dan Marsha Milan.


“Pelbagai kisah-kisah lama, ragam suka dan duka para artis terbabit akan diceritakan semula yang diperoleh daripada arkib majalah Media Hiburan selama lebih 35 tahun lalu,” ujar Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh.

Menurut beliau, sebelum wujudnya penggunaan laman media sosial yang cukup meluas hari ini, media cetak seperti majalah dan surat khabar merupakan platform perantara paling utama untuk para peminat mendekati artis pujaan mereka bagi mengetahui pelbagai perkongsian peribadi dan eksklusif.


“Walaupun zaman kini sudah berubah dan mula beralih kepada media sosial, namun kualiti perkongsian tersebut masih relevan sehingga hari ini dan mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk divisualkan dalam format kandungan tv,” tambah Norzeha yang yakin ramai lagi penonton yang tidak mengetahui kisah-kisah itu.


Untuk rekod, segmen ‘MHThrowback’ mula diterbitkan pada awal tahun lalu versi digital dan disiarkan menerusi platform media sosial Media Hiburan sehingga menerima jutaan jumlah tontonan secara keseluruhan. 


“Masih mengekalkan konsep asal, segmen tersebut kini ditambah baik serta diangkat dalam versi program televisyen,” jelas Norzeha.



Bagi program seumpama yang pertama kali diteribitkan ini,  pengacara televisyen yang juga merupakan personaliti ERA, Radin Amir Affendy  diberi mandat untuk bertemu ramah para artis  di mana mereka akan dikejutkan dengan keratan artikel berserta koleksi gambar lama masing-masing.


Mesti ada artis yang  terkejut kan apatah lagi gambar yang ditunjukkan tidak ada dalam simpanan mereka.


Pendekata, pelbagai reaksi yang disulami dengan 1001 kisah yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini bakal dibawakan seperti antaranya bagaimana Erra Fazira berkongsi perjalanan hidupnya sejak mula mendapat gelaran Miss Universe hingga digelar Primadona Malaysia dan ‘Hero Malaya’ Datuk Rosyam Nor dikatakan amat mementingkan pasangan heroinnya dalam penggambaran beliau.



Selain itu, dalam episod bersama Marsha Milan, beliau mengaku pernah dilabel sebagai artis lupa daratan oleh peminat selain turut mengimbas kembali perjalannannya sewaktu menyertai program realiti pertama yang mencetus fenomena di Malaysia iaitu Akademi Fantasia.


Ifa Raziah pula berkongsi pelbagai cerita menarik yang mungkin ramai tidak tahu dan sempat mengimbau kembali kenangan persahabatan dengan rakan artis seperti Amelina dan Mas Idayu manakala  rakannya, pengacara, Sharifah Shahirah atau Shira rupa-rupanya tidak pernah memasang cita-cita untuk bergelar hos, sebaliknya teringin untuk membuat rakaman lagu dan bergelar penyanyi profesional.


Bagi peminat pelakon lama, Faizal Hussein tentu mahu juga mengetahui apa kisah yang mahu dikongsikan.



Rupanya, selepas kehilangan bapa yang tercinta, pelakon veteran Hussein Abu Hassan, Faizal  mendedahkan  beliau terpaksa mengambil waktu seketika untuk bersendirian kerana sukar untuk menerima kenyataan tersebut. 


Faizal juga pernah ‘mengganggu’ penggambaran filem ‘Laksamana Do Re Mi’ yang mana ia merupakan kali pertama beliau dapat berjumpa dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 


Bermula dengan platform Dewi Remaja, Didie Alias atau lebih dikenali sebagai Lady Gaga Malaysia turut berkongsi pengalaman getir membesarkan 5 cahaya mata.


Kisah di sebalik bermulanya bibit percintaan dua bintang kelahiran Akademi Fantasia, Akim & Stacy termasuk bagaimana salah seorang daripada mereka pernah mengalami pengalaman pahit ditipu oleh pengurus sendiri turut dipaparkan dalam program yang boleh ditonton juga menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’.



Linda Onn tidak ketinggalan berkongsi pengalaman  pernah rasa tertekan kerana sering dilanda pelbagai gosip liar namun pengalaman tersebut menjadikannya lebih cekal hari ini. 


Sementara itu, penyanyi rock, Dato Awie pula menceritakan kisah hidupnya yang mungkin tidak ramai tahu bahawa dia pernah terkena buatan orang sehingga terlantar di hospital sewaktu bergelar anak seni.



Macam-macam kan rupanya kisah peribadi artis yang tentu sekali merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan atau dihapuskan terus daripada ingatan samada baik mahu pun buruk.


Jika anda termiss episod pertama pada 24 Mac lalu yang menampilkan kisah  pengacara Dato AC Mizal berkongsi pengalaman jatuh bangunnya dalam industri hiburan, bermula dengan karier di awal usia muda dan bagaimana beliau masih kekal relevan hingga kini, apa kata tandakan kalendar anda cepat-cepat dan nantikan siapa pula artis pada episod kedua pada Rabu depan, 31 Mac 2021?



#MediaHiburanThrowback #AstroPrima #AstroPrimaHD #RadenAmirAffendy

i.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan