Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JENAMA AL SEKALI LAGI TAJA JERSI MELAKA UNITED FC 2021


JIKA pada Sabtu lalu. Kak Fas cerita kisah Kelab Bolasepak Terengganu  atau Terengganu FC dah ada kit jersi baharu untuk musim 2021, kali ini Kak Fas nak beralih pula ke negeri  pahlawan Melayu kita, ’Hang Tuah’.


Bila sebut ‘Hang Tuah’ korang mesti dah boleh teka kan, negeri mana lagi jika bukan Melaka Bandaraya Bersejarah.


Iya, seperti Terengganu FC, Kelab Bolasepak Melaka United atau ringkasnya MUFC tidak mahu mengalah apabila mereka juga mendapat tajaan dari jenama AL, iaitu jenama yang ditubuhkan oleh Al-Ikhsan Sports.


Majlis pelancarannya yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Sulaiman Md Ali (gambar bawah, kiri) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, secara atas talian, berlangsung sederhana meriah pada hujung minggu lalu (Ahad).


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Sdn Bhd, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri (kanan).


Foto kredit: MUFC.


Sungguh pun jersi pada musim ini diberikan nafas yang baru oleh AL, namun  warna  hijau fluoresen daripada hijau matang kekal menjadi pilihan untuk jersi  tuan rumah atau “Home”.


Kenapa hijau?


Tona hijau matang dilihat sebagai simbolik kepada revolusi pasukan MUFC yang berubah daripada Persatuan (Football Association) ke Kelab (Football Club) selain merujuk kepada keharmonian rakyat Melaka yang hidup berbilang bangsa dan budaya.


Dari segi rekaan, unsur “pixel” digunakan untuk menyerlahkan konsep yang moden manakala perincian pada lencana kelab dan jenama diberi sentuhan premium.


Menggunakan fabrik polyster mikrofiber berprestasi tinggi dengan penerapan teknologi Smart Dry yang berfungsi meresap peluh agar memberikan keselesaan pada pemain apabila peluh cepat keluar.

 

Selain itu, jersi terbaharu daripada jenama AL ini tetap mengekalan teras DNA iaitu kualiti premium pada harga mampu milik iaitu cuma RM99 sahaja.


Murah tak? 


Dah tentu mampu milik kan, lagi pun apa lah sangat RM99 bagi peminat tegar bolasepak ya tak berbanding jersi ori luar negara yang dijual pada harga melebihi RM200.



Bagi jersi ‘Away’ atau di tempat lawan, MUFC memilih rona kelabu manakala untuk pemain gol berwarna hitam dan merah.


Jadi jika ada yang dah berangan dan tak sabar nak bergaya sakan dengan jersi MUFC ini baik cepat-cepat ke mana-mana cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic terdekat atau pun tempah dalam talian sahaja jika malas nak keluar rumah, al maklumlah sedang PKP kan.


Untuk rekod, MUFC yang dikenali dengan panggilan Hang Tuah, merupakan salah satu kelab yang memberikan saingan sengit pada setiap perlawanan mereka. 

Sejak penjenamaan semula yang dilakukan pada 2014, Melaka United semakin konsisten dan mempunyai pengikut tegar mereka yang tersendiri. 


Sesungguhnya Melaka United dijangka akan memberikan saingan yang kuat pada semua pasukan lain di Liga Super pada musim akan datang. 



#MUFC #MelakaBandarayaBersejarah #HangTuah #AlIkhsanSports #AL #MUSA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan