Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NANTIKAN 'ISTANA IMPIAN SITI' DI GO SHOP 7 MAC!

WALAU PUN sudah memasuki trimester ketiga, penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin tetap aktif melayari laman sosial medianya dengan memuat naik pelbagai aktiviti samada mempromosikan produk keluarannya sendiri mahu pun  rutin hariannya bersama keluarga khususnya kisah anaknya Aafiyah.


Boleh dikatakan hampir saban hari ada sahaja yang dikongsikan plantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini. 


Dan terbaharu, Siti kembali ke alam maya pada sidang media memperkenalkan produk eksklusif ‘Vantange Siti Series 2021’ menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’.


Kesemua produk tersebut beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia (Siti Smart Pro) bakal diperkenalkan melalui siaran ‘Istana Impian Siti’ pada 7 Mac 2021 depan bermula pukul 9 pagi di saluran Go Shop (Ruuma 118 dan Astro Ria HD (104).


“Kesemua produk dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan tandatangan saya pada permukaan luar dan mana-mana pelanggan yang membuat pembelian akan menerima hadiah percuma dari Go Shop,” ujar SIti Nurhaliza yang lebih mesra disapa Tok Ti  secara ‘virtual’ kepada para media yang mengikuti sidang media tersebut pada pagi tadi (3 Mac 2021).


Kemunculan Sitii lebih awal ke alam maya menjadikan siaran yag berlangsung menepati waktu malah tidaklah para media ternanti-nanti waktu siaran yang lazimnya berlangsung lewat daripada jadual asal. Turut mengendalikan sidang media pengacara Akma.


Tahniah dan terbaik Tok Ti!


Melalui paparan visual, Tok Ti nampak sihat walau pun katanya, trimester ketiga ini membuatkannya mudah rasa penat dan kerana itu jarang sangat ke dapur untuk memasak kecuali sekali sekala jika  Aafiyah dan suaminya, Datuk K berkehendakkan sesuatu masakan daripada air tangannya.


“Saya tidak boleh bau minyak, bawang goreng atau pun menjamah makanan yang pedas walau pun saya memang suka makan pedas. Entah lah mungkin pembawakan budak kut tetapi memasuki trimester ketiga ini saya dah berani mencuba makan pelbagai variasi terutamanya masakan kampung berbanding ketika pada tempoh awal kehamilan, saya cuma makan sup tiap hari,” cerita Siti sambil berharap diberikan kekuatan untuk bersama penonton sepanjang tiga jam bersiaran di Go Shop pada 7 Mac kelak.




Bercerita lanjut mengenai produk  Vantage, Siti bersyukur produk yang diperbuat khas 2 dalam 1 itu dapat menyelesaikan banyak perkara malaH akan menjadikan akticiti mamasak lebih mudah manakala masakan pula lebih sihat memandangkan ia boleh dimasak tanpa minyak.


 “Di samping itu, sambil memasak mereka boleh menikmati hiburan apabila ada lagu ‘jingle’ dari saya yang disertakan,” ujar Siti yang telah  berkongsi pengalaman memasak ‘ayam bakar’ menggunakan peralatan Vantage.


Jadi jika korang nak cuba memasak menggunakan produk dapur Vantage elok lah membuat pembelian pada 7 Mac nanti memandangkan hanya 3,000 unit sahaha disedikan.



Kira siapa cepat dia dapat dan empunya diri adalah antara 3,000 pemilik pertama daripada 33 juta rakyat Malaysia yang bertuah memperoleh produk berharga RM899 ini . Hebat tak?


Selain itu Siti memberitahu,Vantage juga memperkenalkan set pinggan mangkuk Vantage yang direka indah.





Wow! Boleh lah menghidangkan makanan untuk tetamu pada bulan Ramadan atau Hari Raya nanti kan  seperti kata Siti, “Ia membuat pengalaman makan saya pada bila-bila masa lebih seronok. Dengan Vantage, Barulah Ada Gaya!”.



Jadi bagi yang berminat dengan produk Vantange agar mudah memasak sebelum tibanya bulan Ramadan dan Syawal kelak boleh lah fikir-fikir dah untuk memperolehnya kerana sehingga 14 Mac 2021 ini anda berpeluang menikmati potongan RM38 dengan pembelian minima RM380 apabila menggunakan kod STRONG38. 


jom layari Go Shop melalui www.goshop.com.my atau lebih mudah  KLIK SINI atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.


Dan seperti janji Siti. mereka yang membeli pada 7 Mac ini nanti akan mendapat hadiah sampingan secara percuma. - Kak Fas online.


Kak Fas: Tak sabar menunggu 7 Mac 2021 ini untuk melihat produk 'Vantage Siti Series 2021' khususnya periuk 2 dalam 1 itu bagi mengetahui apa fungsi-fungsi yang dapat memudahkan kita memasak serta apa agaknya resepi yang akan dimasak oleh Chef dan Tok Ti?




#VantageSitiSeries2021 #SitiNurhaliza #GoShop #DenganVantageBarulahAdaGaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan