Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'FOLIO CINTA' HASIL TUGASAN FIENA BUAT APLIKASI 'TEAM TALK'


SETIAP yang dianugerahkan Allah SWT waima hilang penglihatan sekali pun ada hikmahnya.


Begitulah yang dapat dilihat pada insan bernama Nur Zafiena Anissa Zaini atau lebih mesra disapa Fiena, seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cacat penglihatan, menyentuh hati penonton ketika muncul sebagai peserta 'Mentor Milenia 2017'.


Bakatnya yang luar biasa membuka mata ramai pihak  sehingga dilamar syarikat rakaman Nova Music untuk menguruskan kerjaya seninya.


Mempersembahkan lagu ciptaan sendiri, “Tuhan Jaga Dia Untukku”, Fiena berjaya mencipta populariti malah lagu singlenya itu berjaya menembusi hampir semua carta stesen-stesen radio utama negara manakala video muzik rasmi lagu tersebut berjaya mencapai tontonan lebih daripada 4 juta di YouTube!




Satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi penyanyi dan  penulis lagu baru ini. 

  

Selepas empat tahun lagu itu dilancarkan, Fiena kembali dengan sebuah lagi karya terbaharu ciptaannya sendiri, “Folio Cinta” yang sekali gus menjadi penamat kepada jalan cerita lagu terdahulu.


Berkongsi mengenai lagu “Folio Cinta”, Fiena memberitahu,  “Folio Cinta” adalah hasil tugasan bagi projek aplikasi orang buta seluruh dunia iaitu ‘TeamTalk’.


"Lagu Folio Cinta dihasilkan dua tahun lalu yang mana ia adalah tugasan yang diberikan dalam aplikasi TeamTalk. Aplikasi ini membabitkan orang buta di seluruh dunia.


"Bagi melihat sejauh mana perkembangan kami dalam aplikasi ini, jadi setiap orang diberikan tugasan. Saya memilih untuk menghasilkan lagu. Ketika sedang bersantai dalam bilik, idea datang dan saya terus buat lagu dan lirik.



"Walaupun tempoh seminggu diberikan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya dapat hasilkan dalam masa sehari saja," katanya.


Fiena berkata, dia juga tidak menjangka apabila lagu “Folio Cinta” menjadi pilihan pihak Nova Music untuk diterbitkan sebagai single terbaharu.


"Kebetulan pihak Nova Music minta lagu baharu. Jadi, saya pun beri dua lagu. Tapi, mereka memilih lagu 'Folio Cinta' ini. Sebab diberikan, lagu ini seperti kesinambungan lagu pertama saya dulu.


"Alhamdulillah, lagu ini sudah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019 dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Sudah pasti saya berharap lagu ini akan diterima baik pendengar dan peminat seperti single terdahulu," katanya.



Fiena yang mempunyai bakat menyanyi sejak berusia dua tahun berkata, lirik lagu “Folio Cinta” tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.


"Lagu Folio Cinta ini bersifat keseluruhan. Walaupun ia mengenai kisah pasangan kekasih yang curang dan kemudian ingin kembali kepada teman wanitanya, tapi ia tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.


"Ini idea saya sendiri. Saya hanya buat berdasarkan apa yang terlintas di fikiran," katanya.


Bercerita lanjut, Fiena yang turut mahir bermain alat muzik keyboard berkata, dia berharap lagu terbaru akan pergi jauh seperti tercalon dalam ‘Muzik Muzik 36’.


"Sama macam penyanyi lain, saya juga berharap lagu 'Folio Cinta' boleh pergi jauh. Kalau pihak Nova Music mahu mencalonkan lagu ini, saya sentiasa bersedia. Saya juga tidak sabar mahu mendengar maklumbalas daripada peminat," katanya.


Menariknya, lagu “Folio Cinta” terpilih sebagai lagu runut bunyi drama rantaian ‘Aku Bukan Malaikat’ terbitan Zamriez Golden Pictures yang bakal disiarkan di RTM tidak lama lagi.



#FolioCinta #Fiena #MentorMilenia2017 #TuhanJagaDiaUntukKu #NovaMusic

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan