Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WOOLALA STORE MAHU BANTU PENIAGA TERKESAN COVID-19



KAK FAS
bukanlah orang bisnes, memang tiada darah daging berniaga yang mengalir dalam jiwa ini  al maklumlah profesion sebagai wartawan berkongsi laporan baik mahu pun buruk kepada masyarakat.

Itulah kerja hakiki Kak Fas selama lebih kurang 30 tahun dalam bidang kewartawanan.

Pun begitu bukan bermakna Kak Fas tidak berminat dalam perniagaan cuma macam tiada besi berani dalam diri untuk menarik Kak Fas menjadi peniaga kecuali menemuramah  ahli-ahli perniagaan.


Itu tugasan Kak Fas.


Dan Kak Fas rasa ‘happy’ apabila dapat membantu usahawan berkongsi harapan masing-masing. 


Terbaharu, Kak Fas ditemukan dengan seorang usahawan yang Kak Fas perhatikan jiwanya memang kental dengan ciri-ciri seorang wanita bersemangat tinggi dalam mencapai hasratnya untuk membuka sebuah platform ala-ala 'kedai online' yang popular sekarang ini.


Tak perlu lah Kak Fas sebut nama-nama platform tu ya sebab rasanya satu Malaya pun dah maklum. Tetapi yang paling menarik platform e-dagang yang Kak Fas nak kongsikan ini terletak pada bunyi namanya, ‘Woolala Store’.


Bukan apa teringat pula frasa bahasa Perancis, ‘Ooh La La’ yang sering disebutkan kalangan rakyat di negara terbabit apabila berdepan dengan sesuatu kejutan atau pun teruja dengan kejadian apa sekali pun.


Selain itu, ungkapan itu turut membawa Kak Fas mengingati kembali lagu kumpulan KRU ‘Ooh La! La! yang popular pada tahun 1996….. membuatkan melodinya bermain-main di halwa telinga haha….


Tetapi bukan kisah lagu ‘Ooh La! La! tersebut yang Kak Fas nak kongsikan tetapi satu platform yang dicetus dan diasaskan oleh Dato Hazreena Hamdan yang visi dan misinya mahu membantu rakyat Malaysia yang terkesan COVID-19 untuk bangkit semula dan memperoleh pendapatan.


Mesti korang tertanya-tanya bagaimana caranya kan?


Pertemuan bersama Hazreena berlangsung santai di ruang lobi pejabatnya di G Tower, Jalan Tun Razak dengan kehadiran lima orang pengamal media khususnya 'bloggers' namun tetap mematuhi SOP penjarakan sosial serta masing-masing tdiak lekang dengan pemakaian pelitup muka.


Memulakan penerangannya terhadap 'Woolala Store' yang namanya dipilih untuk kedengaran 'catchy' waima kanak-kanak pun pasti mudah menyebutnya, Hazreena berkata:


"Woolala Store adalah platform e-commerce diasaskan oleh saya  dengan tujuan untuk membantu pengusaha, vendor dalam talian dan mereka yang memerlukan pendapatan kewangan tambahan, lebih-lebih lagi apabila ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini'.


Dan istimewanya berbanding saingan lain yang popular, 'Woolala Store' jelas Hazreena selaku Ketua Pegawai Eksekutif Woolala Store Sdn Bhd, merupakan yang pertama memperkenalkan program 'Woo Saving' (simpanan) dan 'Bayar Per Klik, yang memberi kelebihan dan  manfaat kepada kedua belah pihak.


Dengan 15 tahun pengalaman melalui jatuh bangun dalam dunia perniagaan, Hazreena memberitahu tercetusnya idea untuk mereka cipta platform e-dagang  apabila setiap hari berdampingan dengan telefon bimbit.


"Bila selalu sangat layan telefon timbul idea kenapa tidak saya labur dalam perniagaan secara dalam talian tetapi yang memberikan manfaat dan faedah kepada dua belah pihak iaitu pengusaha dan pembeli," cerita Hazreena lancar dan bersemangat.


Kebetulan pada hari pertemuan yang berlangsung lewat petang, Hazreena mengajak semua yang hadir untuk bersamanya menyaksian pra pelancaran 'Woo Saving' secara dalam talian yang dilancarkan pada malam hari sama (5 Mac 2021).


Katanya, melalui 'Woo Saving' sesiapa yang berminat menyimpan wang bermula dari RM250 sebagai ahli 'dropship', mereka akan menikmati faedah 3 hingga 5 peratus setiap bulan dan terus layak menjadi rakan kongsi pada laman e-dagang 'Woolala Store' yang akan dilancarkan pada bulan April depan.


Dato Hazreena memaklumkan, penyimpanan duit ke dalam 'Woo Saving' mengikut peringkat keahlian antara RM250 hingga RM50,000 iaitu 'dropship', agen, stokis, perkhidmatan (servis) dan sebagai pedagang (trading).


"Pakej keahlian ditetapkan mengikut dolar Amerika iaitu bermula dari USD50 hingga USD10,000 memandangkan Woolala turut boleh diakses rakyat luar negara di mana mereka boleh mendaftar sebagai ahli secara pembayaran dengan bitcoin, ethereum dan USDT," ujar Hazreena panjang lebar.


HAZREENA bersama dua orang kakitangan kanannya ketika ditemui di G Tower.


Tambahnya lagi, sebagai penyimpan, banyak faedah yang boleh diterima memandangkan Woolala Store yang melabur dalam beberapa organisasi lain seperti perbankan, insurans, haji/umrah, emas dan sebagainya, setiap pelaburan yang dibuat ahli akan menerima pendapatan.


"Pendekata, penyimpan tidak perlu pening kepala, segalanya diuruskan oleh Woolala bahkan mereka boleh mengeluarkan simpanan setiap bulan jika mahu," tambah Hazreena sambil memberitahu segala dokumen dan perjanjian dibuat telus dengan penglibatan peguam sebelum keahlian diterima dan dipersetujui kedua belah pihak.


Bercerita mengenai platform 'Woolala Store' selanjutnya, Hazreena menambahkata, setiap ahli akan menjadi rakan kongsi platform e-dagang ini di mana beberapa faedah sampingan diberikan seperti peluang pengiklanan dan sebagainya.


Kak Fas nak cerita secara terperinci pun panjang betul, jadi jika korang berminat menjadi ahli dan pemegang saham kepada Woolala Store boleh sahaja membuat pertanyaan melalui telefon ke talian 017 6911686 atau 016 9191877.


Cuma yang menariknya apabila Hazreena memberitahu melalui sistem 'Bayar Per Klik' atau 'Pay Per Click' itu, setiap ahli akan mendapat bayaran pada setiap klik yang dikongsikan kepada rakan-rakan.


"Walau pun mereka tidak membeli tetapi sekadar klik sahaja pada link yang anda kongsikan, anda akan dibayar 50 sen setiap klik sehingga jumlah yang diberikan tamat," ujar Hazreena.


Wah! Menarik gak tu, share je dah dapat duit. Tak apa lah sikit sikit pun lama lama jadi bukti ya tak?


Apa pun jika korang nak tahu lanjut bab teknikelnya, faedahnya dan kebaikan menjadi rakan kongsi platform terbaharu ini apa kata terus ke laman web rasminya di woolalastore.com ya atau call je hotline customer service yang Kak Fas dah catatkan di atas tadi.




Samada nak jadi rakan kongsi ke atau nak berniaga sebagai vendor mahu pun sebagai pemegang saham atau apa sahaja niat di hati boleh terus buat pertanyaan kepada team Dato Hasreena yang mempunyai 8 kakitangan bagi menguruskan perniagaan baharunya ini.


Terdahulu wanita yang bercakap bagaikan bertih dan penuh yakin ini pernah mengendalikan beberapa bisnes dalam industri fesyen mahu pun pemakanan antaranya pengasas Superstar Pet Studio Cafe.


Kini dengan memberanikan diri memperkenalkan platform 'Woolala', Hazreen mempunyai pelan pembangunan apabila berhajat untuk syarikatnya masuk ke papan bursa saham.


"Untuk menjadi Berhad, kami memerlukan 30 syarikat di mana setekat ini baharu ada 4 syarikat pemegang saham," tambah Hazreena yang mensasarkan penjualan RM2j hingga RM3j sebagai hasil permulaan untuk mengukuhkan platform sebaik sahaja keahlian dalam 'Woo Saving' bergerak lancar.


"Mari sertai ahli Woolala untuk mengembangkan perniagaan dalam talian anda dan mencapai kebebasan kewangan," akhiri Hazreena sambil mengalu-alukan para peniaga untuk berkongsi rezeki bersamanya di mana untuk masa sebulan beliau memberikan ruang percuma untuk ahli membuat iklan perniagaan masing-masing samada video atau sebagainya sebelum dikenakan bayaran berpatutan.


Dengan tagline 'The Best Among The Rest', Hazreena yakin 'Woolala Store' mampu menjadi platform e-dagang yang lain dari yang lain.



#WoolalaStore #WooSaving #PayPerClick #TheBestAmongTheRest #e-dagang







Tiada ulasan: