Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

Al-IKHSAN SPORTS LANCAR JERSI TERENGGANU FC BAGI MUSIM 2021



LEBIH
kurang 150  peminat kelab bola sepak Terengganu FC berkongsi meraikan majlis pelancaran kit jersi ‘Home’ dan ‘Away’ untuk aksi kancah Liga Super musim 2021 
yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial facebook Al-Ikhsan Sports kira-kira jam 10 malam semalam (27 Februari 2021).

Majlis pelancaran diacarakan oleh pelakon Danny X-Factor (kanan) atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 40, bersama rakan seperjuangannya, Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah, 31,  atau lebih popular dikenali sebagai ‘Mat Dan’ (kiri).


Kedua-dua selebriti ini memperkenalkan dua kit jersi Kelab Bolasepak Terangganu (Terengganu FC) iaitu ‘Home’ berwarna hitam putih serta jersi ‘Away’ berwarna ‘merah burgendy’ pada harga RM99 termasuk jersi yang dipakai sewaktu latihan berharga RM79.




Berlangsung kira-kira sejam, acara turut dimeriahkan dengan sesi kuiz di mana lima pemenang berjaya memenangi baucer daripada pihak penganjur Al-Ikhsan Sports.


Apa istimewanya jersi terbaharu Terengganu FC 2021 keluaran Al-Ikhsan Sports ini?


Diperbuat daripada kain polyster mikrofiber berpresti tinggi, jersi direka berkonsepkan unsur ‘vintage’ mengambil inspirasi zaman 80-an dengan sentuhan minimilas menerapkan teknologi SmartDry yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari badan si pemakai, kira resap peluh lah.


Menurut pakar produknya, rekaan bagi tahun 2021 ini sengaja diinspirasikan era 80-an bagi mengenang kembali desain lama dengan nafas baharu malah mempunyai unsur jalur klasik pada permukaan (texture) kain dan bukannya menggunakan teknologi cetakan sublimition.


Rona keramat hitam putih dikekalkan selari dengan slogan Terengganu 'We Bleed Black and White' manakala dari segi perinciannya pula, jenama AL meletakkan sentuhan premium pada keperincian lencana kelab dan jenama. Dan lebih penting AL tetap menghasilkan jersi dengan teras DNA mereka iaitu kualiti premium pada harga mampu milik.


"Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai kedai sukan tempatan terbesar di Malaysia. Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua, dan mari kita bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan ini. Bersama kita bangkit semula,” akhiri Mr.Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd

Bagi mereka yang ingin mendapatkan jersi secara online boleh melayari laman rasmi https://www.al-ikhsan.com atau KLIK SINI


Malah yang mahu membelinya di kedai pun boleh dengan berkunjung ke mana-mana 130 cawangan Al-Ikhsan yang berada berdekatan anda di seluruh negara serta di Football Republic.


Untuk rekod, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993 dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia.

Kit rasmi Terengganu FC untuk musim 2021 ini ditaja oleh jenama AL, iaitu jenama yang ditubuhkan oleh Al-Ikhsan Sports dan dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd. 



Ini jersi untuk penjaga gol.. biru dan merah.


#AlIkhsanSports #TerengganuFC2021 #JersiHome #JersiAway #LigaSuper2021



Tiada ulasan: