Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GARA-GARA TULAR DI TWITTER, NORLIA GHANI JADI 'COVER GIRL'



WAJAH
yang anda tatap ini boleh dikategorikan sebagai satu dalam seribu. Namun bukan itu yang menjadi persoalannya tetapi inilah satu-satunya wajah yang jarang mendapat tempat sebagai muka depan majalah tempatan namun Norlia Ghani memecah tradisi itu apabila terpilih sebagai ‘cover girl’ bagi sisipan ‘Panca Indera’ yang dimuat naik oleh utusan.com.my. baru-baru ini.

Barangkali inilah hikmah disebalik pandemiki COVID-19 yang bukan sahaja mengubah kehidupan kita ke norma baharu bahkan turut mempengaruhi gaya hidup sekeliling.


Jika dahulu memang jauh panggang dari api untuk melihat  penerbitan majalah menjadikan artis veteran sebagai wajah muka hadapan melainkan artis  jelita atau model cantik dan muda sahaja.


Sejajar dengan topik ‘cover story’ yang diberi tajuk ‘Awas! Jaga Adab’ memang kenalah gaya serius yang diperlihatkan Norlia Ghani yang nampak masih bergaya pada usia 72 tahun.



Lebih menarik apabila pelakon versatil, Que Haidar melahirkan rasa bangganya apabila artis veteran seperti Norlia Ghani diberikan peluang menjadi wajah kulit hadapan.


Melalui coretan dalam laman instagramnya, pemilik nama sebenar Tengku Ishkan Shah bin Tengku Haidar, 41, ini berharap lebih banyak peluang diberikan kepada artis-artis veteran sebagai wajah muka hadapan.


“Saya suka tengok cover  pancaindera  minggu ni, saya rasa perlu diperbanyakkan lagi mengangkat lagenda2 dalam industri kita... peranan kita besar dalam memastikan industri kita terus hebat dan mereka2 yang hebat terus dihormati dan dihargai.. bukan diperlekehkan bila sudah berusia.. bukan direndah-rendahkan bayaran mereka kerana mereka sudah berumur,” tulis Que.


Dalam pada mengucapkan tahniah kepada Norlia Ghani yang dipanggil 'mama', sempat pula Que melahirkan harapan agar dapat digandingkan berlakon bersama seniwati veteran itu.


Sejak akhir-akhir nama Norlia Ghani kembali popular berikutan ciapan dari sebuah pemilik akaun twitter yang membandingkan kecantikan Kavitha Sindhu pada usia 49 tahun dengan dirinya pada usia 30 tahun.


Akibat itu, dilaporkan Norlia sendiri akui dirinya tiba-tiba jadi popular. ‘Ingatkan orang dah tak ingat lagi, “ komennya.


Malah kerana isu itu juga netizen kembali mengenang drama-drama lakonan ibu kepada pengarah dan pelakon Rusdi Ramli ini malah beliau tidak kurang menjadi buruan media.


Jadi mungkin itu hikmah yang diperoleh Norlia sehingga menjadi artis veteran pertama pada usia 72 tahun yang berjaya menjadi ‘cover lady’. 



Kak Fas: Barangkali selepas ini jika ada isu yang menarik berhubung artis veteran adalah lagi peluang agaknya menjadi 'cover girl' ya tak apatah lagi gaya hidup pun dah berubah gara-gara COVID-19 ini.


#NorliaRamli #QueHaidar #ArtisVeteran #CoverGirl #Majalah #Opah #Lagenda

Tiada ulasan: