Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO LANCAR ULTI BOX BERI PENGALAMAN HD BAHARU



TIDAK
dapat dinafikan stesyen berbayar popular ASTRO sentiasa mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Terbaharu, untuk tahun 2021 ini walau pun negara berdepan dengan ancaman COVID-19, ASTRO tetap tidak mahu ketinggalan dalam merangka pelan pembangunannya dengan memperkenalkan Ulti Box, iaitu tambahan terbaru dalam siri kotak berhubungnya. 


Berikutan kejayaan pelancaran 4K UHD Ultra Box Astro di mana lebih 200,000 unit telah diedarkan kepada pelanggan baharu dan sedia ada, Ulti Box bakal melengkapkan dan memperkukuhkan lagi visi Astro dalam memberikan pengalaman perkhidmatan kotak berhubung yang lancar, kepada semua segmen pelanggan.


Ulti Box merupakan set-top box kompak yang dilengkapi dengan siaran HD serta hubungan Wi-Fi dan alat kawalan jauh baharu yang memudahkan navigasi dengan sifat intuitifnya.


Dengan Ulti Box, pelanggan akan disajikan dengan kemudahan inovatif sedia ada di Ultra Box ketika dihubungkan dengan Wi-Fi, seperti menonton program yang dilanggan secara on demand, untuk mengurangkan isu gangguan siaran ketika hujan, memastikan pelanggan tidak terlepas peluang menonton program kegemaran masing-masing dengan cloud recording, memainkan semula program dari titik mula, serta menikmati kandungan dalam versi HD. 




Perbezaan utama antara dua set-top box terkini Astro adalah Ultra Box menawarkan pengalaman 4K UHD untuk pelanggan yang mempunyai televisyen 4K UHD sahaja.


Buat pelanggan sedia ada, naik taraf pengalaman menonton Astro di rumah dengan tawaran swap atau menukarkan perkhidmatan pelanggan yang tidak memiliki Ultra Box terus kepada Ulti Box pada caj pemasangan lebih rendah dengan hanya RM49 berbanding RM99 untuk pelanggan baharu.


Oleh kerana pengalaman perkhidmatan box Astro lebih hebat apabila disambungkan dengan Wi-Fi supaya kelengkapan komprehensifnya boleh digunakan, pelanggan juga dapat menikmati penjimatan yang lebih banyak bersama bundle Astro & Broadband yang digabungkan ke dalam satu bil sahaja. 


Semua pelanggan Astro boleh mendapatkan Astro & Broadband dari serendah RM6/hari untuk 100Mbps dan hingga 102 saluran.



Setelah mendapat sambungan ke internet, pelanggan boleh strim program kegemaran terkenal seperti siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, drama Korea Mr Queen (TVN), Chicago PD S8 (AXN), The Rook Musim 1 (HBO), The Good Doctor S4 (FOX Life), Reaction Armed 2021 (AOD), Marry Me Senorita (Astro Ria), Upin & Ipin dan Ejen Ali (Astro Ceria) serta filem eksklusif di on demand seperti Roald Dahl's The Witches dan Mother To Be.


Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:



Pelanggan Sedia Ada

Pelanggan Baharu

Fi Langganan Pek Bulanan <RM100

RM49 fi pemasangan

RM99 fi pemasangan


*Tertakluk kepada Terma & Syarat tambahan, dan pelanggan dengan fi langganan pek bulanan ≥RM100 digalakkan untuk menaik taraf kepada Ultra Box untuk akses kepada kandungan 4K UHD


Untuk keterangan lebih lanjut dan melanggan kepada Astro, boleh hubungi 03 7490 8000 atau layari laman sesawang rasmi di http://astro.com.my/getstarted/ulti.


#ASTRO #UltiBox #UltraBox #OnDemand #4KUHD #AstroBroadband #COVID-19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan