Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NESTLE LACTOGROW AKTIF BAKAL GANTIKAN NESTLE LACTOKID


ANDA masih ingat tak zaman kanak-kanak dahulu atau mendengar ibu bapa kita suruh bergayut di palang gayut lah, bermain bola keranjang lah... semuanya gara-gara mahu anak cepat tinggi.


Bila kenang kembali memang lucu juga tetapi itulah jasa setiap yang bergelar ibu dan ayah membesarkan kita kerana segala yang dilakukan adalah usaha untuk memastikan anak-anak mereka berada di landasan yang betul dalam mencapai perkembangan yang sejajar dengan umurnya.


Itu kisah dulu dan mungkin sekarang pun masih ada ibu ibu yang mempercayai mitos orang tua-tua dahulu kala namun lambakan maklumat yang boleh didapati hari ini mungkin membuatkan ibu bapa berasa buntu juga dalam memilih kaedah yang terbaik untuk membantu anak-anak mereka membesar.


Untuk membantu ibu bapa menangani isu berkenaan, pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia, NESTLE tampil menjemput  Professor Dr. Norimah binti A. Karim, Professor Nutrisi, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa untuk berkongsi pandangan beliau mengenai “Membongkar Mitos Tumbesaran Dalam Kalangan Kanak-kanak”. 


“Apabila membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu faham bahawa pemakanan seimbang adalah penting untuk potensi mereka berkembang sepenuhnya., Masalah utama kepada isu bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah disebabkan malnutrisi, iaitu kekurangan nutrisi dalam pemakanan seharian mereka - terutamanya kalsium. Kalsium merupakan salah satu nutrien penting yang tidak diambil secara mencukupi oleh kanak-kanak di Malaysia bagi membantu perkembangan mereka secara menyeluruh.” kata Professor Dr. Norimah yang turut berkongsi kaedah dan cara yang betul serta bagaimana nutrisi yang cukup boleh membantu anak-anak mencapai tumbesaran yang optimum.


Perbincangan yang membongkarkan isu mitos yang tular dalam kalangan masyarakat tentang cara untuk meningkatkan tumbesaran kanak-kanak itu dilangsungkan sempena sidang media secara virtual yang dianjurkan Nestle ketika memperkenalkan NESTLÉ LACTOGROW® Aktif baru-baru ini.


Dr. Norimah menjelaskan ibu bapa perlu memahami kepentingan kalsium, vitamin D dan lain-lain nutrien penting untuk tumbesaran si manja mereka dan bukan percaya bulat-bulat kepada mitos-mitos yang disebarkan dari mulut ke mulut.



NESTLÉ LACTOGROW® Aktif akan menggantikan NESTLÉ LACTOKID® dalam beberapa bulan akan datang.


Sebagai susu tepung rumusan untuk klanak-kanak yang dirumus khas, ia memberikan ibu bapa di Malaysia pilihan nutrisi yang khusus untuk membantu anak-anak mereka mencapai tumbesaran optimum pada setiap peringkat. 


NESTLÉ LACTOKID® pertama kali dilancarkan pada November 2014, merupakan susu tepung rumusan yang tinggi kalsium untuk kanak-kanak bagi membantu menyokong tumbesaran sepanjang tempoh perkembangan mereka. 



Kini, ditampilkan dengan wajah baru di bawah NESTLÉ LACTOGROW® Aktif, susu tepung rumusan ini memberikan kebaikan nilai nutrisi yang sama seperti yang sebelumnya. 


NESTLÉ LACTOGROW® Aktif dirumus untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan mengandungi lebih banyak kalsium berbanding jenama utama lain di pasaran, selain DHA dan 18 vitamin serta mineral penting bagi menyokong tumbesaran optimum kanak-kanak.


“Kami mahu membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan seterusnya menangani isu tumbesaran bantut, kerana kajian menunjukkan 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat nutrisi yang cukup untuk  tumbesaran  fizikal dan perkembangan intelektual mereka. 


"Oleh itu, kami mahu berkongsi ilmu mengenai kepentingan nutrisi dan peranan nutrien seperti kalsium dalam perkembangan kanak-kanak, selain bagaimana NESTLÉ LACTOGROW® Aktif boleh membantu menyokong tumbesaran optimum seseorang kanak-kanak,” ujar Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad pada sidang media virtual sama.


Hujah beliau mendapat reaksi dan sokongan Jasmin Estacio selaku Pengurus Perniagaan NESTLÉ Nutrition Malaysia yang turut berkata:


“Perkembangan yang sihat pada awal zaman kanak-kanak membawa kepada kesihatan fizikal yang lebih baik dan kesejahteraan yang positif dalam kehidupan kanak-kanak untuk beberapa tahun akan datang serta tahun-tahun yang seterusnya.


"NESTLÉ LACTOGROW® Aktif ingin menyokong ibu bapa dengan produk yang melengkapkan usaha harian mereka untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak semasa peringkat kehidupan yang penting ini. Kami berharap dapat terus menyokong ibu bapa untuk belajar lebih banyak mengenai kepentingan nutrisi, terutamanya kalsium, bagi menyokong tumbesaran anak mereka.”


Sementara itu, berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 9 hingga 22 Jun 2020, yang melibatkan 186 ibu yang sebelum ini menggunakan NESTLÉ LACTOKID®, 98% akan mengesyorkan jenama susu itu kepada kawan-kawan dan keluarga mereka. 


Selain dirumus dengan kandungan kalsium yang tinggi, vitamin D, protein dan DHA untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan, NESTLÉ LACTOGROW® Aktif juga tidak mengandungi sukrosa tambahan, menjadikan ia pilihan yang lebih baik bagi kanak-kanak. 



Jadi jika anda mahu anak membesar dengan sihat luaran dan dalaman bolehlah bertukar ke NESTLÉ LACTOGROW® Aktif yang hadir dalam paket 900g untuk dua kumpulan umur, yang dinamakan  NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 1-3 dan  NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 4-6.


Kedua-dua produk berkenaan boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara malah untuk keterangan lanjut boleh kunjungi LAMAN INI.




#NestleMalaysia #NestleLactogrowAktif1-3 #NestleLactogrowAktif4-6 #Lactokid








Tiada ulasan: