Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RATU BIBIR SEKSI KILAFAIRY DIPINANG UFORA COSMETICS



SEBUT
empunya nama uniknya, Kilafairy, siapa tidak mengenali anak kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil ini.

Terkenal bukan sahaja kerana bibirnya yang seksi, pemilik nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, ini bukanlah seorang yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama yang berkaitan dengan kosmetik seperti gincu bibir dan blusher.


Tidak hairanlah penampilan Kilafairy yang mempunyai wajah licin berseri ditambah pula memiliki bibir yang menggiurkan kelihatan sentiasa menawan waima pentingkan setiap produk yang diguna pakai.


Baru-baru ini apabila Kilafairy diperkenalkan dengan lipmatte berjenama UFORA, sudah tentu beliau mahu mencubanya terlebih dahulu untuk melihat keberkesanannya kepada bibirnya sebelum bersetuju untuk bekerjasama.


“Bukan soal bayaran menjadi keutamaan tetapi saya tidak boleh semudah itu untuk berkata ya pada produk yang saya belum cuba.  Tetapi setelah mencubanya, saya amat menyukainya, ia amat menarik buat saya,” akui Kilafairy.


Menurutnya, produk lipstik antarabangsa lain yang pernah diguna pun  teksturnya tidak seperti lipmatte UFORA yang mempunyai tekstur lembut dan jarang didapati dalam mana-mana produk tempatan lain.


“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipmatte dari UFORA menerusi kerjasama UFORA X KILAFAIRY memang rasa seperti tidak pakai lipstik," katanya.



Dengan kerjasama itu, tercatat satu lagi sejarah yang terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon ini apabila bersetuju menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA.


"Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik," tambah Kilafairy sambil mengajak peminat mahu pun orang ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19 berkongsi rezeki bersamanya melalui Skim Dropship Tanpa Modal yang diperkenalkan.


Untuk rekod, dua tahun lalu Kilafairy tampil dengan jualan produk makanan tambahannya iaitu KilaFit yang merupakan produk kesihatan dan pelangsing badan dengan formulasi bahan semula jadi oleh doktor bertauliah.

Produk hasil cetusan ideanya sendiri itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna dan kini dengan UFORA  diyakini Kilafairy mampu mencipta fenomena tersendiri apatah lagi sebagai seorang figura terkenal, namanya sendiri bagaikan besi berani yang mampu menarik perhatian umum. 


Bercerita lanjut mengenai Skim Dropship Tanpa Modal yang diperkenalkan bersama pengasas UFORA, Supia Saupi (gambar bawah), 28, Kilafairy memberitahu, pihaknya membuka peluang kepada semua tidak kira jantina untuk bersama-sama berniaga tanpa modal.



“Mereka tak perlu keluar duit. Sesiapa sahaja yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian masing-masing,” jelas Kilafairy.

Sambungnya lagi, UFORA amat menggalakkan penyertaan mereka yang berminat memperoleh pendapatan tambahan apa tah lagi yang terkesan dengan wabak COVID-19.


“Saya sendiri begitu simpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji. Jadi apa kata cuba dahulu, produk ini memang meletup dan sangat bagus dan senang nak dijual,” yakini Kilafairy.


Menurutnya, untuk permulaan skim dropship dijalankan  dalam tempoh dua bulan sebagai ‘test market’ terlebih dahulu.


”Namun saya difahamkan ada kalangan profesional melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin sehingga berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu,” tambah Kilafairy sambil menyatakan kesediaannya untuk membantu para peniaga yang berminat dengan menganjurkan promosi berterusan supaya orang boleh cuba seterusnya suka dan beli.


"Jadi yang berniaga dengan UFORA akan dapat jual produk dengan mudah dan mendatangkan keuntungan," sambungnya.


Pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY di buat secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ pada jam 9 malam Sabtu lalu (13 Februari 2021).



Sementara itu, mengulas secara ringkas perkembangan seninya, Kilafairy bakal  tampil dengan single terbaru berjudul ‘Ratu’ yang berkonsepkan pop.


"Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records. Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” ujarnya.


Adakah ini 'kekasih' Kilafairy?


Diajukan persoalan peribadi tentang jodoh, Kilafairy mengakui sudah mempunyai kekasih yang sejiwa dengannya.


"Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus," akhiri Kilafairy yang sudah 10 tahun mengenali pemuda yang dimaksudkan itu.

Semoga ada jodohnya! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan