Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DEWI AJAK USAHAWAN WANITA ISLAM LABUR EMAS DIGITAL




NO. 1 Jalan Lima,  Off Jalan Chan Sow Lin… begitulah alamat yang Kak Fas terima pada satu jemputan yang dilayangkan oleh teman seperjuangan, Wasif berkaitan majlis iftar bersama media anjuran Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia atau ringkasnya DEWI.


Apabila meneliti alamat itu, teringat macam lokasi itu pernah ku dengar…. 


Memang benar sebaik sahaja tiba di situ, terkejut jadinya apabila melihat bangunan yang suatu ketika dahulu  menjadi ruang pejabat Kak Fas ketika bersama Majalah WANITA keluaran Utusan Melayu (M) Bhd, tersergam indah berwajah baharu.


Selama lebih kurang 10 tahun di bangunan itulah Kak Fas bertugas saban hari. Kini segalanya tinggal kenangan.

Siapa sangka sebuah bangunan  dua tingkat yang suatu ketika dahulu menjadi kilang penerbitan majalah dan pejabat 'Utusan Printcorp' kini tersergam indah sebagai ‘Wisma Trax’ 14 tingkat.


Sudah beroperai sejak  tahun 2017 rupanya. Ini bermakna Kak Fas terlepas pandang pembangunan yang berlaku sekitar itu apa tah lagi setelah tamat perkhidmatan di Utusan Melayu beberapa tahun sebelum.


Kehadiran Kak Fas kembali ke bangunan yang mengimbau nostalgia itu membawa Kak Fas ke tingkat 10 untuk sesi pertemuan bersama barisan kepimpinan DEWI iaitu Pengerusi Kehormatnya sendiri, Datin Raskidah Ali (dua dari kanan) merangkap Pengarah Perhubungan Korporat, iFintech Solutions Sdn Bhd dan Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (dua dari kiri), Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan Lestari Malaysia atau ringkasnya SustNET.



Kehadiran kedua wanita hebat ini diiringi bersama dua lelaki yang cukup popular wajah mereka di kalangan penggiat seni, Azrul Zaidi (kiri) atau lebih dikenali sebagai Azrul Raja Lawak serta seroang pendakwah selebriti muda yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Dai Syed (kanan).



Apa hubungan Dai Syed dalam kegiatan DEWI fikir hati?


“DEWI melamar Syed sebagai jurucakap atau Duta IGoldMax yang kami mahu perkenalkan kepada ahli serta orang perseroangan yang berminat melabur dalam industri perkhidmatan kewangan digital,” ujar Datin Raskidah ketika memperkenalkan tetamunya, Syed Shah sekali gus menjawab pertanyaan dalam hati Kak Fas.


Oh gitu rupanya, tetapi kenapa Dai Syed yang masih berhadapan kes pertuduhan seks?


“DEWI berpendapat Syed mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri dan mampu melonjakkan hasrat DEWI untuk menyedarkan ahli-ahli yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan wanita Islam untuk berubah ke norma baharu dalam perniagaan,” jawab Raskidah yang lebih mesra disapa Datin Ras.



“Saya. berbesar hati menerima lamaran ini dan akan melakukan tugasan seperti yang ditetapkan DEWI,’ ucap Dai Syed ringkas sebagaimana peranan sama yang bakal digalas oleh Azrul Raja Lawak.





Menurut Datin Ras,  melalui program wanita digital (Wadi Tijara dan Wadi Afiyah), DEWI berharap dapat melatih usahawan wanita Islam untuk mempelopori industri emas digital sebagai pelaburan masa hadapan yang lebih terjamin melalui penyimpanan iMasGold atau iGoldax.


Sehubungan itu, katanya, DEWI turut menubuhkan Biro DEWI Remaja  di mana ahli yang berusia dari 15 hingga 18 tahun berpeluang mendapat pendedahan awal berkenaan emas digital.


Menurut beliau, dengan mendaftar sebagai pengguna Akaun Emas iMas, ahli mampu beroleh keuntungan apabila pelaburan mereka didagangkan melalui program pelaburan yang menguntungkan selain ciri emas fizikal boleh ditebus untuk tunai.


Pendekata, Akaun Gold iMas bertindak sebagai akaun ‘asas’ di mana pengguna boleh membeli, menjual, menebus, menukar, membuat pembayaran dan sumbangan menggunakan iMas Gold (iMG), istilah unit untuk emas Fintech yang boleh dibeli dari harga serendah RM10.



Ia juga merupakan akaun digital yang disokong 100% oleh emas fizikal.


Kak Fas percaya dengan kehidupan norma baharu sekarang ni, melabur secara norma baharu juga perlu dititikberatkan dan tidak syak lagi apa yang dibayangkan oleh Datin Ras dan teamnya mampu memberikan pulangan jangka panjang yang menguntungkan.


Apatah lagi, khabarnya, industri kewangan digital  di Asia Tenggara dijangka berkembang pesat sehingga mampu mencecah AS$1 trilion pada tempoh 2025.


Diperkuat oleh ekonomi internat rantau ini dengan 400 juta pengguna internet, permintaan digital yang kuat ini telah mempromosikan satu saingan sihat dalam sektor kewangan digital sekali gus menjadikan wilayah ini inkubator untuk kewangan digital dan inovasi.


Pendekata, dengan perkembangan e-dagang dan pertumbuhan pembayaran digital di Malaysia, penggunaan emas digital dan pelaburan yang berkaitan pasti akan mengambiil bahagian pasaran yang besar dalam waktu terdekat.


“Dengan iMas Gold anda selangkah lebih dekat untuk mempelopori ekosistem emas digital di rantau Asia Tenggara waima  mempersiapkan Malaysia ke era transformasi digital yang baharu,” akhiri Datin Ras.


Jika anda masih ragu-ragu atau kabur mengenainya boleh layari https://imasgold.com/pages/


Namun seperkara lagi yang Kak Fas kagum dengan perubahan bangunan Wisma Trax apabila wujudnya ruang membeli-belah barangan kemas termasuk jam tangan dan pelbagai aksesori yang mampu mencuri pandangan dan hati wanita di bawah satu bumbung - IGoldax.


Daripada lebih kurang 40 vendor yang wujud mempamerkan produk jualan masing-masing Kak Fas bertemu dengan seorang wanita muda yang dahulu ibunya dikenali memiliki butik ‘Catherine Jade’ tetapi kali ini anaknya, Gina pula yang meneruskan empire jualan barang kemas.



#iMas #iGoldax #iFintech #WiamaTraxx #DEWI #EmasDigital #DaiSyed #Azrul

Tiada ulasan: