Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUNJUNGI FESTIVAL JUALAN RAYA AL-IKHSAN, HARGA MURAH GILER


SIAPA tak suka ‘shopping’?


Baik lelaki mahu pun wanita, semua suka ‘shopping’ kan walau pun tempoh dan gaya membeli-belah antara lelaki dan wanita berbeza.


Lazimnya, jika lelaki ‘shopping’, mereka sudah kenal pasti apa yang mahu dibeli lalu terus sahaja ke bahagian produk yang diinginkan, berbanding kaum wanita yang lebih suka membelek-belek serta membezakan harga terlebih dahulu sebelum membeli ya tak?


Jika korang tergolong dalam kumpulan ‘kaki shopping’ barangkali singgah ke Festival Jualan Hari Raya AL-IKHSAN 2021 anjuran Al-Ikhsan Sports yang kini sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sejak 29 April lalu hingga 9 Mei ini, boleh  melalaikan.


Betapa tidaknya, seperti kebiasaan festival jualan Al-Ikhsan Sports menyediakan pelbagai produk sukan dengan diskaun sehingga 80%.


Bayangkan, siapa tak nak beli kasut sukan berjenama dengan harga RM19 kan? 


Tak percaya? 


Memang benar, rakan blogger Kak Fas pun dah buktikan dapat membeli sepasang kasut sukan berjenama pada harga RM19 walau pun kasut tersebut nampak agak kotor sikit pada bahagian tepian putihnya namun masih boleh dicuci. Barangkali dah lama simpan jadi berhabuk lah tetapi apa ada hal kan, bila pakai di kaki nanti kotor gak ya tak, janji masih baharu.


Apa pun, Kak Fas antara yang bertuah dapat 'cuci mata' sekali gus membeli pada hari pertama pembukaan Festival Jualan Hari Raya Al-Ikhsan Sports yang dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif WTC, Dato Sri Irrmohizam Ibrahim bersama dua selebriti terkenal, Asmawi Ani atau lebih popular disapa Mawi serta pelakon, Dato Fizz Fairuz.



“Salam kak, saya kenal kak walau pun pakai pelitup mulut tetapi mata kak saya cam,” ujar Mawi ketika Kak Fas menghampirinya.


Menurut Mawi yang kini sebuk di konti radio Zayan, beliau berpeluang hadir disebabkan  cuti umum Nuzul Quran.


“Kerana itu saya dapat hadir bersama memeriahkan majlis pelancaran Festival Jualan Hari Raya Al-Ikhsan Sports ini yang rata-rata produk yang ditawarkan memang rendah harganya berbanding biasa,” ujar Mawi sambil mengajak orang ramai yang mahu bergaya dengan produk berjenama sukan pada Hari Raya ini boleh hadir ke WTC.



“Harganya memang sukar dipercayai, memang berbaloi berbelanja di sini,” akui Mawi mahu pun Fizz Fairuz yang kelihatan teruja dengan jualan murah anjuran Al-Ikhsan.


“Memang menjimatkan berbelanja di sini, pilih sahaja apa berkenan di hati samada baju t, kasut dan sebagainya, memang original dan bukan tiruan,” sambung Fizz Fairuz.


Seperti Mawi dan Fizz Fairuz, Kak Fas akui memang pening juga hendak memilih yang berkenan. Jika rajin membelek dari satu rel ke rel lain, anda mampu mendapatkan baju t berjenama Puma pada harga RM9 gitu.



Pendekata, eloklah segera ke WTC sebelum ia berakhir pada 9 Mei ini, memang banyak barang yang murah murah namun anda tidak perlu gusar kerana semuanya tetap asli  bukan tiruan tau.


Mana bole jual barang tiruan, rosaklah nama Al-Ikhsan tak gitu? 


Jom ke Dewan Tun Abdul Razak, Aras 3 di WTC yng dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam (hari bekerja) dan sehingga 12 malam pada hari minggu.



Kak Fas: Sentiasa sokong produk hasil keluaran atau pun edaran Al-Ikhsan Sports apabila mendapat jemputan dari PRnya yang mesra dan segak, Ismail. Terima kasih daun keladi!



#AlIkhsanSports #FestivalJualanRayaAl-Ikhsan #Shopping #Mawi #FizzFairuz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan