Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERSATUAN KARYAWAN BANTU PENGGIAT SENI BANGKIT


TIDAK
dinafikan Persatuan KARYAWAN antara yang sering menghulurkan bantuan apabila mendapati ahli-ahlinya berada dalam kesusahan terutama ketika melalui tempoh negara dilanda pandemik COVIS-19 ini.

Jika pada bulan Mac lalu, Karyawan bekerjasama dengan Yayasan AEON yang menghulurkan  pek bekalan dapur kepada kira-kira 500 ahli yang memerlukan, bulan April turut menyaksikan satu lagi usaha dilaksanakan Presidennya, Datuk Freddie Fernandez.


Iyalah, semua pun maklumkan bahawa penularan COVID-19 telah membantutkan rezeki sebahagian besar ahli khususnya yang terlibat dalam industri hiburan seperti penyanyi.


Kini setelah melalui fasa percutian panjang dari melaksanakan rutin kerja, Karyawan tampil sekali lagi dengan program bertemakan 'Re(Start)  yang membawa definasi 'Mula Semula' dengan kerjasama pusat membeli-belah, Tropicana Gardens Mall.


Melalui kerjasama Tropicana Gardens Mall sebagai penaja sumbangan dan lokasi, para penggiat seni yang terkesan antaranya seperti penyanyi, pelakon, pemuzik dan pelukis  kini boleh benafas lega apabila mereka diberikan ruang untuk berniaga, mengadakan pertunjukan atau demonstrasi apa sahaja sekali pun.


"Tawaran yang diberikan oleh pihak Tropicana Gardens Mall memang menjadi rahmat buat kami. Mereka telah menaja siri pertama Re(Start) dan bakal memberi peluang kepada para pemuzik dan artis beraksi kembali, meneruskan survival seni mereka," ujar Freddie Fernandez di majlis memperkenalkan  'Restart' Karyawan-Tropicana Gardens Mall baru-baru ini.



Menurut beliau, segala persembahan bagaimana pun dibenarkan di premis tertutup sahaja sebagai mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara dengan berpandukan SOP ditetapkan. 



Turut hadir Pengarah Urusan Tropicana Gardens Mall, Andrew Ashvin yang menyerahkan cek sumbangan RM25.000 kepada Karyawan, serta barisan artis seperti Rozita Rohaizad, Jaafar Onn, Salwa Abdul Rahman, Oja dan ramai lagi.


Malah antara artis-artis lain yang dijangka mengambil ruang niaga meliputi artis lama dan baharu seperti Radhi Khalid, Datin Paduka Julie Sudiro, Asheed Def Gab C Baba Andy dan lain-lain serta penglibatan ramai pemuzik profesional tanah air yang bakal beraksi secara akustik pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 23 April sehingga 16 May 2021, jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam. 


Ashwin (kiri) dan Freddie turut menyokong penyanyi Oja (tengah) yang menjual usb lagu-lagu rayanya di Tropicana Garden Mall.


Pendekata, banyak aktiviti telah disusun bersesuaian dengan temanya 'Sekampung Beraya'  seperti sesi jamming akustik yang dibarisi oleh para pemuzik professional tanah air dengan penampilan para selebriti, aktiviti demonstrasi jualan lukisan dan pelbagai lagi yang bakal dimaklumkan dari masa ke semasa. 


"Diharapkan para pencinta seni sudi meluangkan masa ke sini sambil menikmati suasana moden dan ceria di pusat membeli belah Tropicana Gardens Mall, yang terletak di lokasi strategik Kota Damansara,' ujar Freddie sambil melahirkan ucapan terima kasihnhya  terhadap Tropicana Gardens Malls yang merealisasikan harapan penggiat seni untuk terus berkarya.


Sementara itu, Ashwin memaklumkan pihaknya bersedia memberi sokongan terhadap produk tempatan apatah lagi jika diusahakan oleh artis-artis tempatan yang periuk nasi mereka terjejas sejak PKP.


"Saya berharap ini akan menjadi satu kerjasama yang berterusan setiap tahun." tambah Ashvin.



Antara aktiviti yang boleh dikunjungi ramai meliputi"


Gerai-Gerai Sekampung - Di ruang ini korang berpeluang bertemu artis kesayangan masing-masing apabila mereka turut membuat jualan produk masing-masing.


Pemberian Bubur Labuk  - Dapatkan bubur lambuk percuma setiap hari untuk 50 pengunjung pertama, khususnya golongan barisan hadapan dan  komuniti tempatan.


Sejiwa Bersama Karyawan - Berhibur dengan persembahan muzik anjuran Persatuan Karyawan Malaysia Restart Raya Jam dan berbuka puasa bersama selebriti chef Jaafar Onn.


Penebusan Sekampung - Tebus baucer RM10 apabila anda berbelanja RM100 dengan mengggunakan aplikasi e-walet Touch N Go di kedai-kedai terpilih.sh voucher.


Kak Fas:

Baru dua kali rasanya hadir di Tropicana Gardens Mall ini. Memang cantik dekor untuk Hari Raya akan datang. 


Pendekata, ia menepati tema 'Sekampung Beraya' yang dipilih pihak pengurusan bagi membangkit nostalgia berhari raya di kampung masing-masing waima tidak dapat pulang  tahun ini.


#Karyawan #SekampungBeraya #TropicanaGardenMall #Sumbangan #HariRaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan