Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TYA ARIFFIN-FAUZIAH NAWI 'PERANG' BESAR? APA KES?



SUDAH
jatuh ditimpa tangga, itulah perumpaan yang tepat digambarkan ke atas apa yang sedang dialami isteri usahawan terkenal Asyraf Khalid, Tya Arifin.

Mana tidaknya, selepas habis mengalami kecaman netizen kerana memaparkan gambar anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza, timbul pula ‘insiden’ baharu.


Tanpa diduga kecoh kisah di sebalik tabir penggambaran drama pendek 'Sesudu Kebahagiaan' bagi kempen raya jenama 'Jus Kesihatan Mutyara' yang dijalankan selama sehari pada 29 Mac lalu di Hulu Langat.


Drama pendek itu menampilkan pemilik rangkaian jus kesihatan berkenaan, Tya  dan  penampilan istimewa pelakon senior berbakat besar, Fauziah Nawi di mana mereka menjadi pasangan anak beranak.


Semuanya terjadi selepas video amatur yang dirakamkan staf jenama produk itu tersebar di media sosial memperlihatkan berlaku salah faham antara Fauziah dan pihak mereka.


Menerusi rakaman video itu, kelihatan Tya juga hadir menenangkan pelakon berkenaan. 


Difahamkan selisih faham itu terjadi kerana bayaran yang sudah dipersetujui awal tiba tiba dipersoalkan pelakon senior itu. Malah beliau juga difahamkan mahu bergegas balik kerana tak mahu meneruskan penggambaran.


Bagaimanapun, Tya menjelaskan perkara sebenar termasuk di entri Instagram miliknya.


"Terlebih dulu saya nak memohon maaf di atas kesulitan tak terduga dan salah faham ini.. Apa yang terjadi di luar kawalan saya.


"Saya sendiri sudah bertanyakan perkara sebenar kepada staf yang bertanggungjawab. Dia tidak berniat apa apa, sekadar berkongsi kepada temannya. Cuma tak sangka perkongsian video itu disebarkan pula kelompok kawannya. Saya sudah bersemuka dengannya dan kami akan ambil tindakan sewajar kepadanya.


"Sebab itu juga saya menjelaskan apa yang terjadi ketika penggambaran sekali gus memohon maaf terutama kepada ibu Fauziah Nawi," tambah Tya.


Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin secara peribadi cukup mengkagumi dan menyenangi bakat lakonan pelakon veteran itu.


"Apa yang boleh saya jelaskan memang berlaku kelemahan komunikasi. Pada asalnya saya diberitahu  pengurusan memang pihaknya (pengurus Fauziah Nawi) sudah bersetuju  dengan bayaran ditetapkan.


"Cuma apabila sampai di lokasi penggambaran drama pendek itu, saya dimaklumkan yang ibu Fauziah menyangkakan ia hanya projek membabitkan pelajar Universiti.


"Tapi selepas tahu ia membabitkan jenama produk, ibu Fauziah mula minta harga yang sewajarnya. Malah memang dia sampai tahap nak balik rumah," katanya yang mengakui cuak apabila pelakon itu memutuskan untuk balik saja daripada meneruskan penggambaran.


Namun kata ibu kepada dua cahaya mata itu, akhirnya kata sepakat diraih apabila bayaran dinaikkan dan penggambaran pun diteruskan.


"Ibu Fauziah pun meminta maaf kerana datang lewat hampir jam 10 pagi atas masalah tak terduga. Plan asal 'call time' jam 7 pagi. Memang nak siapkan cepat kerana saya ada urusan mesyuarat pada sebelah petang.


"Mujur juga ibu Fauziah sangat profesional dan tidak menuntut banyak kali 'take'. Jadi ia mempercepatkan proses penggambaran," tambah Tya bersyukur.



Dalam pada itu, Tya memaklumkan dalam drama pendek berdurasi lima minit arahan ElHelmiKhir ini mengisahkan mengenai hubungan ibu dan anak yang sangat rapat sejak dari kecil.


Ia boleh ditonton 8 malam ini di Instagram TV @mutyarabeauty.



"Saya memegang watak Tiara gadis kampung yang berhijrah ke bandar mencari rezeki. ibu Fauziah pula bekerja sebagai tukang jahit di kampung.


"Ia boleh dikatakan inspirasi daripada kisah saya sendiri. Ibu saya sendiri juga pernah bekerja sebagai tukang jahit. Dalam drama pendek itu, turut memaparkan amalan penggunaan jus herba yang diamalkan secara tradisi.


"Drama pendek ini  bertemakan 'Sesudu Kebahagiaan' menerusi pemakanan jus kesihatan," akhiri Tya.



#TyaAriffin #FauziahNawi #JusMutyara #SesuduKebahagiaan #MutyaraBeauty 

 

Tiada ulasan: