Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

''NOSTALGIA DESA' GAMIT PENGUNJUNG BERBUKA PUASA ALA KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM....

Dah bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadan? 


Atau anda masih sebuk dengan tugas harian sehingga tiada masa untuk ke pasar raya bagi membeli-belah stok buat persediaan berbuka puasa nanti.


Namun jika anda  merancang untuk berbuka puasa hari pertama bersama keluarga atau pun teman-teman waima bersendirian sekali pun sebab tak sempat nak balik berbuka apa kata cuba masakan tradisional yang ditawarkan ‘The Venue’ Shah Alam.



Malah jika anda warga Shah Alam tetapi bekerja di Kuala Lumpur atau pun Klang, tentu lebih mudah sebab dekat dengan kediaman ya tak?


Lain lah Kak Fas, kita duk KL je tetapi sebenarnya dah dua kali singgah di The Venue Shah Alam ini. 


Dua tahun sudah Kak Fas sempat berbuka dengan keluarga menikmati pakej buffet Ramadan yang disediakan dan lebih menarik sambil menikmati juadah berbuka halwa telinga terhibur dengan telatah pengacaranya dan pelawak popular,  menerusi sitkom ‘Jangan Ketawa’, tidak lain dan tidak bukan ‘Dee’ atau nama sebenarnya, Syed Muradzi Syed Shamsul.



Jika tahun lalu disebabkan negara diserang pandemik COVID-19 hingga memaksa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tiada satu pun ruang niaga dibuka yang membolehkan umat Islam berbuka puasa di kedai, hotel mahu pun ruang khas seperti The Venue.


Tetapi tahun ini dengan sedikit kelonggaran diberikan apatah lagi vaksin COVID-19 pun dah mampu mengurangkan bilangan jangkitan, rakyat diberi peluang untuk berbuka puasa di luar rumah masing-masing dengan syarat mematahui SOP.


Sehubungan itulah, Kak Fas rasa terharu apabila sekali lagi dapat menikmati kembali kenangan masa lalu apabila mendapat jemputan merasai terlebih dahulu pakej Buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Desa’.



Memang nostalgia sungguhlah sebab sekembalinya Kak Fas di bangunan tiga tingkat The Venue ini ia menggamit memori dua tahun lepas malah bersesuaian dengan situasi yang dihadapi sekarang dimana larangan rentas negeri masih tidak dibenarkan untuk berpuasa di kampung halaman.


Sebelum Kak Fas berceloteh lanjut, Kak Fas nak pesan dahulu, jika ada yang dah pernah makan di The Venue dan ingin kembali sebaiknya buat tempahan awal terlebih dahulu kerana tempahan ‘early bird’ dapat menikmati diskaun antara RM5 hingga RM10 daripada harga asalnya RM75/seorang (Dewasa) RM40 (Kanak-kanak 7-12 tahun) serta RM50 bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.


Bukan sikit tau diskaun RM5-RM10 tu, kalau ramai banyak gak ‘save’ tu kan? 


Malah bagi kumpulan 8 orang dewasa harganya RM500 berbanding harga asal RM580 semeja.


TETAPI ingat promosi ini sah sehingga 12 April 2021 sahaja tau, SELEPAS itu harga asal seperti yang Kak Fas sebut tadi kembali. 


Bukan lagi RM65 dewasa, RM35 kanak kanak dan RM45  bagi warga emas untuk ‘early bird’ mahu pun RM500 untuk 8 orang semeja.



Dengan harga sebanyak itu, anda boleh makan sepuas-puasnya dan memilih aneka jenis lauk pauk pada 13  ‘stall’ yang disediakan termasuk lima gerai ‘dapur panas’  yang antaranya menyediakan Apam Balik Abang Zam,  Kambing Golek Menangis, Ikan Bakar Pantai Remis serta aneka jenis sup Mamu Penang iaitu Sup Tulang (Isnin-Khamis) dan Sup Gear Box Kambing pada setiap hari Jumaat hingga Ahad mahu pun Aneka Mee Kak Mas.



Lain-lainnya seperti Nasi Arab Morocco (Kambing & Ayam), Shell Out Seafood, Cucuk Cucuk Steamboat, Ulam-ulaman Kampung berserta pelbagai sambal dan tidak ketinggalan pencuci mulut & buah-buahan serta aneka jeruk-jeruk dan keropok.


Selalunya kalau Kak Fas, suka berbuka dengan manisan dan yang paling Kak Fas suka adalah Seri Muka serta Apam Balik yang ada di situ. Memang sedap.

Pastu baharulah Kak Fas makan berat sikit dengan menjamah serba sikit seperti sambal udang petai, daging bakar cicah air assam jawa, salad mangga, ikan pari bakar dan tentu sekali sup gear box yang ada waktu itu.


Iya lah nak try semua mana lah larat perut ni nak masukkan semua kan? 




Jadi kenalah pilih-pilih ikut selera masing-masing tetapi yang pasti Kak Fas percaya semua juadah yang ada di The Venue Shah Alam ini memenuhi citarasa pelbagai termasuk golongan bukan Islam yang nak makan juga meraikan rakan-rakan Islam mereka seperti Steamed Dim Sum dan sebagainya.





Yang pasti menu-menu ini akan berubah setiap minggu jadi anda yang datang selalu bolehlah rasa pula lauk pauk lain yang tak sempat nak rasa terdahulu.


Sambil makan itu, halwa telinga boleh menikmati muzik daripada ‘live band’ dianggotai tiga jejaka yang menamakan diri mereka sebagai ‘OJkustik @ The V Band’  malah  pengacara Dee turut akan menghiburkan anda dengan celotehnya sambil berkongsi resepi kegemaran.




Dan lebih istimewa ada cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000 dengan hadiah utamanya penginapan percuma 2 hari 1 malam di Avani Gold Coast Sepang gitu.


Di Grand Ballroom The Venue ini boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa mengikut SOP yang telah ditetapkan malah ia nya luas bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung.


Dan jangan risau, ada surau untuk solat bagi lelaki dan perempuan di Tingkat 1, tempat khas untuk yang merokok malah terdapat lif untuk memudahkan urusan  pelanggan, warga emas dan OKU jika perlu naik ke atas.


“Tahun ini The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup,” ujar Pengurusnya, Farlisa Yaafar.



Menurut Farlisa, apabila diadakan secara tertutup, mereka boleh menganjurkan aktiviti sendirian tanpa bercampur dengan tetamu lain.


“Pakej ini bermula daripada RM95 seorang dengan tempahan minima 80 orang,” tambah Farlisa.


Jika anda masih belum tahu, The Venue juga menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan atau sebarang majlis yang diinginkan waima menyambut hari jadi sekali pun.



Bangunan komersial 3 tingkat ini  mempunyai dua (2) dewan utama ala ballroom hotel yang mana tingkat pertama mampu memuatkan sehingga 1,500 orang untuk majlis buffet dan 350 orang untuk majlis ‘seated’.


Manakala ‘event hall’ yang terletak di tingkat 2 boleh memuatkan sehingga 500 orang untuk majlis buffet dan 150 orang untuk majlis seated ( mengikut SOP).


Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue pula serendah RM12,999 untuk 250 orang dan RM27,999 orang untuk 1,000 orang. 


Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tunang, nikah, seminar dan sebagainya sementara kesemua dewan dilengkapi dengan sistem PA ‘in-house’, jadi tak perlu tempah lagi.


Bagi tahun ini, bersempena dengan ulangtahun Ke-6 The Venue Shah Alam, menawarkan promosi Rebat RM1,000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minima pakej 500 orang. 



Wow! Menarik tu. Banyak jimat...


Jika ada yang sedang mencari-cari ruang nak buat majlis... apa lagi tempah cepat  sebab tempahan bagi tahun  2022 pun dah dibuka.


Malah jika ada yang sedang merancang nak anjur Bufet Hari Raya pun boleh membuat tempahan pada harga RM75 seorang untuk minima 100 orang, al- maklumlah pada tempoh negara masih berdepan dengan PKP ini jika buat open house di rumah tentu agak sukar sebab sempit kan?


SOP kena jaga u alls….


Apa pun untuk info lanjut boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam bagi melihat lagi gambar-gambar  dan video majlis yang pernah dianjurkan di situ.


Dan untuk tempahan, boleh terus lawati laman web rasminya di SINI atau menghubungi terus talian 018- 3884845 / 018-386 4845 (Whatsapp). 



#TheVenueShahAlam #BuffetRamaan #NostalgiaDesa #EarlyBird #BukaPuasa


1 ulasan:

Unknown berkata...

Banyaknya menu best2. semuanya menyelerakan. berbaloi kalau pergi ni...