Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHAHEIZY SAM IMBAU ZAMAN TENGAH 'SYOK'' MAKAN COKLAT


 

SIAPA
tidak kenal dengan 'Pelakon dan Bintang Paling Popular ABPBH25', Shaheizy Sam, 38, yang kini sudah pun bergelar suami kepada model dan juga pelakon Syatila Melvin, 30.


Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2016, kedua pasangan artis yang sudah pun dikurniakan dua cahaya mata ini nampak gayanya ligat sebagai usahawan dengan melahirkan beberapa produk kesihatan mahu pun kecantikan.


Terbaharu, Shaheizy atau lebih mesra disapa Sam kembali megukuhkan lagi penguasaannya dalam bidang perniagaan dengan menceburikan dirinya pula ke dalam industri pemakanan.


Iyalah walau pun dah ada produk cantik, sihat mahu pun kurus kita tetap perlukan makanan untuk terus hidup ya tak cuma perlu ada pengawalan kepada apa yang kita makan. 


Bak sunnah Rasullullah SAW yang menasihati umatnya agar 'makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang'.


Mesti ramai yang ingin tahu pemakanan jenis apa yang mula diceburi Sam setelah terkenal dengan beberapa produk terdahulu.


Sam memilih untuk berniaga coklat yang dinamakan 'Syoklat! SyokoTube'.

Itulah bisnes terbaharunya yang diterokai apabila melihat potensi yang cukup besar dalam perniagaan coklat.


Menariknya coklat yang dihasilkan ini berada di dalam tube tau, jadi senang dibawa ke mana-mana... picit je dan sapu di atas roti.


"Terus terang saya katakan, melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini kerana ia tidak hanya tertumpu kepada sesetengah golongan seperti produk kecantikan," ujar Sam pada majlis pelancarannya baru-baru ini. (Foto kredit: Nesramzi).

 

Apatah lagi sebagai seorang penggemar coklat dan kini mempunyai anak yang juga menikmati coklat, Sam melihat ini adalah masa yang baik untuk membawa jenama SyokoTube by Syoklat! lebih besar sehingga mampu mencapai sasaran pembeli yang betul.

 

"Saya sendiri membesar dengan adanya coklat di rumah untuk sarapan dengan roti, sebagai pencuci mulut bersama ais krim atau buah buahan, campuran coklat ke dalam air susu panas atau sejuk, malah coklat sering digunakan untuk pelbagai jenis makanan. 

 

"Pada ketika ini saya sedang membesarkan dua orang anak yang sentiasa mahukan coklat tidak kira di mana sahaja kami berada," tambah Sam.


Foto: IG @Shaheizy_sam.


Menurutnya, beliau pernah ke luar negara dan mendapati coklat yang sama dimakannya ketika membesar ada terjual di sana.


"Jadi, saya berpendapat coklat ini sangat tinggi permintaannya walaupun dimana sahaja dan digunakan oleh pelbagai peringkat usia," ujar Sam mengenai pembabitannya dalam bisnes Syoklat. 

 

Sehubungan itu, jenama Syoklat! yang sudah menapak sejak bulan Oktober 2020 lalu akan menjadi fokus baharu buat Sam selepas memperlahankan rentak kerja dalam bidang seni sejak tahun 2015.



"Saya ingin fokus terhadap bisnes ini dan dalam masa yang sama  menjadi lebih selektif apabila memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai," katanya.

 

Menurut Sam lagi, salah satu impian yang disimpul menerusi perniagaan ini adalah untuk sama sama membantu usahawan di luar sekali gus menjana ekonomi mereka.

 

"Besar harapan saya, bukan setakat membantu menjana pendapatan atau ekonomi, tetapi memberi manfaat yang besar dari setiap sudut buat mereka," kata Sam yang sudah tentu ingn memastikan pembabitannya dalam bidang perniagaan akan juga meninggalkan sejak 'sukses' yang sama sebagaimana penglibatannya dalam dunia hiburan.

 

Syoklat yang mempunyai misi untuk mempersembahkan kualiti produk premium kini boleh didapati dalam beberapa perisa meliputi buah strawberi, mangga dan pisang.


Ketiga tiga perisa ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan penggemarnya. 

 

Sebelumnya, jenama ini juga berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn menerusi perisa 'Hazelnut' dan 'Butterscotch'.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, singgah ke Instagram @syoklatofficial dan jangan lupa gunakan hashtag #justpicIT.



#Syokolat #justpicIT #Coklat #ShaheizySam #SyatilaMelvin #SyokoTube

Tiada ulasan: