Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NANTIKAN VIDEO MUZIK RASMI 'ANAKANDA' TOK TI MALAM INI





KETIKA
hamil anak sulongnya, Aafiyah  pada tahun 2018,  penyanyi terkenal, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, mencipta lagu ‘Comel Pipi Merah’, kini “Anakanda’ pula menyusul sebagai lagu diabadikan untuk cahaya mata keduanya yang baharu 8 hari dilahirkan pada 19 April 2021 lalu.

Memilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, ‘Legasi’ yang sudah pun dilancarkan pada 1 April 2021 lalu, Siti memberitahu, beliau mencipta lagu ‘Anakanda’  ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.


''Lagu 'Anakanda' ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu 'Comel Pipi Merah' ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir,'' jelas Siti ketika itu.


Album Legasi diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan edaran digital oleh Universal Music Malaysia.


Tambah Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti, lagu ‘Anakanda’ menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.


'' Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak. ‘Anakanda’ bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata,'' kata Siti.


Diterbitkan oleh Pown Hasril dengan lirik karya  Rozisangdewi, video muzik ‘Anakanda’ yang mendapat kerjasama serta tajaan daripada syarikat Cuckoo sudah boleh ditonton  di saluran Youtube Siti Nurhaliza hari ini (26 April 202`) pada jam 9 malam.


Turut diumumkan nanti pemenang peraduan khas sempena single terbaharu ‘Anakanda’ yang dianjurkan sebelum ini.


Nak tahu apakah anda pemenangnya tunggu jam 9 malam ini ya… tetapi sebelum tu jom tonton teasernya dulu…



#Anakanda #SitiNurhaliza #TokTi #Aafiyah #ComelPipiMerah #SNProduction

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan