Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIAPA NAK RASA AISKRIM TART MIRA FILZAH? JOM PILIH 'INSIDE SCOOP'


LABEL ais krim ini berjenama ‘Inside Scoop’.


Walaupun sudah berada di pasaran pada tahun 2013 dengan pembukaan kedai pertama di Bangsar namun sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas mendengarnya.


Lagi pun bila bab ais krim ni Kak Fas selalu beli brand yang popular tu. Tak yah lah kak sebut ya hihi... itu pesaingnya.


Apa pun perkataan ‘scoop’ itu selain membawa makna satu ‘senduk’ tetapi bagi Kak Fas yang berada dalam medium kewartawanan, perkataan itu mengingatkan kepada Kak Fas mengenai ‘story’ yang eksklusif di mana dalam dunia penerbitan akhbar sesiapa yang mendapat berita ‘scoop’ dianggap berjaya melaporkan berita itu terlebih dahulu dari  pesaingnya.


Faham kan? huhu.


Itulah ‘scoop’ pada ingatan Kak Fas.


Dan baru-baru ini ketika menghadiri majlis pelancaran bilik pameran HABIB di KL East Mall, Kak Fas menerima sekeping pelekat ‘Inside Scoop’ untuk ‘redeem’ daripada kiosknya yang berada di Mall berkenaan.


Mula-mula terfikir juga apa ‘inside scooop’ tu dan kemudiannya dimaklumkan ia adalah jenama ais krim.



Sebenarnya, Kak Fas hampir terlupa nak dapatkan ais krim berkenaan sebelum pulang. 


Itulah namanya rezeki tidak akan ke mana apabila teringat kembali. Sanggup Kak Fas patah balik sementara rakan sedang membeli-belah hanya untuk mendapatkan ais krim ‘Inside Scoop’. 


Iya lah Kak Fas ni memang suka ais krim… jadi dah ada kupon kenapa nak membazirkanya ya tak?


Setibanya di kiosk tersebut, Kak Fas dihampiri seorang staf wanita yang memperkenalkan Kak Fas pada beberapa perisa baharu. Namanya Maleen. Mesra dan peramah orangnya, memang sesuailah sebagai seorang ‘PR’.


Maleen memperkenalkan Kak Fas pada ais krim perisa terbaharu khas untuk Hari Raya sambil memperlihatkan iklan yang tertera wajah pelakon terkenal, Mira Filzah sebagai dutanya.



Wah! Hebat tu, Mira Filzah lagi dutanya…


Apa pun sedang Kak Fas  memerhatikan perisa yang mana berkenan  tiba-tiba tergerak hati nak bertanya ‘bole take away ke?’.


“Boleh, apa kata saya berikan Kak rasa perisa-perisa baharu ini, saya campurkan serba sedikit dalam cup,” Malene mengesyorkan.

Terus Kak Fas bersetuju dan lebih menarik lagi apabila diberikan bag tahan sejuk yang comel agar ais krim tidak cair sebelum sampai rumah. Memang cantiklah!


Pendekkan cerita dalam dua tiga hari kemudian Kak Fas menerima mesej dari Maleen menawarkan beberapa lagi perisa ais krim  untuk dicuba.


“Kak mahu tak jika saya hantar ais krim serta kek tart nanas kegemaran Mira Filzah,” tanya Maleen.


Tentulah Kak Fas tidak menolak rezeki kan. 


Keesokan harinya tiga bag tahan sejuk tiba ke kediaman Kak Fas… satu berisi Kek aiskrim Tart Nanas dan dua lagi mendangundi beberapa perisa terbaharu yang juga kegemaran pelakon itu.



Cantik keknya bulat bagaikan ‘matahari’… nak makan pun sayang sehinggalah di simpan dalam seminggu dalam peti sejuk dan dibawa ke rumah anak untuk berbuka puasa.


Dan memandangkan bulan April ini anak dan cucu akan menyambut Hari Jadi pada 28 dan 29 April, Kak Fas pun ambil kesempatan menjadikan ia kek hari jadi terlebih awal apatah lagi Inside Scoop turut membekalkan lilin dan stick ‘Happy Birthday’ dan khabarnya jika belum dipotong, kek aiskrim itu boleh tahan dalam freezer selama dua minggu.


Kalau ikutkan tarikh, dua dua anak dan ayah sambut hari sama iaitu 29 April sebab apabila anaknya Iris di lahirkan di Texas, Amerika Syarikat ia jatuh pada 28hb tetapi jika di Malaysia ia dah 29 April.


Bila dirasa boleh tahan sedapnya bagaikan makan biskut jam tart apa tah lagi di dalamnya memang ada ‘jam nenas’.


Menurut Maleen, Mira Filzah merealisasikan pilihan perisa aiskrim baharu itu diinspirasikan daripada kuih Raya kegemarannya untuk meraikan Hari Raya tahun ini.



“Mira tak pernah membayangkan Mira dapat menghasilkan perisa aiskrim Mira sendiri. Mira teruja sangat apabila Inside Scoop mengajak Mira untuk mencipta perisa aiskrim eksklusif Mira untuk dikongsi sempena Raya!,” lapor Mira. yang berasa amat kagum dan gembira apabila Inside Scoop berjaya merealisasikan ideanya untuk menjadikan aiskrim dan kek aiskrim Tart Nanas yang comel itu.


Bagi Inside Scoop pula, ini merupakan kolaborasi pertama bersama personaliti terkemuka itu untuk menghasilkan koleksi aiskrim sekali gus memberi nafas baharu terhadap proses penyeldikan dan kreativiti pembuatannya.


Kerjasama Inside Scoop dan Mira membawakan 2 perisa aiskrim baru, iaitu aiskrim Tart Nanas dan Banoffee Pie, dan juga Kek Tart Nanas gergasi!


Bermula dengan hanya 16 perisa, kini Inside Scoop mempunyai lebih daripada 80 perisa aiskrim serta kek aiskrim yang menarik di 27 cawangan mereka


Koleksi istimewa Raya Inside Scoop boleh didapati  di semua cawangan Inside Scoop atau membelinya dalam talian melalui  www.insidescoop.com.my  GrabFood di  https://bit.ly/myinsidescoop serta keesemua 27 cawangan Inside Scoop berdekatan anda! 

Cari lokasi  menerusi pautan: https://insidescoop.com.my/pages/our-locations

Dan istimewa sempena Raya, d
apatkan baucar beserta tawaran menarik untuk kunjungan anda yang seterusnya dengan semua pembelian koleksi Raya Inside Scoop sementara stok masih ada.


Maklumat ebih lanjut: 


Laman sosial (Facebook/ Instagram/ Twitter/ TikTok): @myinsidescoop atau hubungi talian  +6016 970 8382 (May) .



#InsideScoop #AisKrim #MiraFilzah #KekAisKrimJamTart #HappinessLiesWithin

Tiada ulasan: