Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELIA DIPELAWA SERTAI REALITI TV 'MASTER AUTO - THE MECHANIC'


SEJAJAR dengan namanya, program realiti tv ‘Master Auto - The Mechanic’ yang dijangka bersiaran pada September depan bakal menobatkan seorang mekanik sebagai ikon industri automatif sekali gus menggalakkan para belia yang kurang berjaya dalam akademik beralih ke program  Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional atau TVET.


Itulah harapan penganjurnya Merpati World Holdings Berhad ketika melontarkan idea bagi merealisasikan program realiti berkenaan yang dijangka melibatkan kos sekitar RM10 juta.


“Saya yakin program realiti tv ini akan menjadi perintis bagi anak-anak muda menceburi kerjaya mekanik yang mempunyai masa hadapan yang cerah,” ujar Dato Sri Zainal Abidin, Pengerusi Merpati World Holdings Berhad pada ucapan aluannya di majlis pelancaran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBTN) Dusun Tua sebagai lokasi penggambaran rasmi program realiti TV ‘Master Auto – The Mechanic’, baru-baru ini.


Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Mohd Iqbal Mohd Noor bersama Pengarah IKBTN Dusun Tua, Dalila Sharingat.


Selain kerjasama dan sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan, program realiti cetusan idea usahawan automatif, Mohd Asri dari TAG Auto ini turut melibatkan beberapa rakan strategik lain seperti Telentive International Sdn Bhd., Civicas Sdn Bhd, AMZ Studio dan Merpati Event Solution Sdn Bhd.




Menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta, hanya seorang sahaja daripada 50 calon yang bakal bersaing dalam 10 kumpulan dinobatkan sebagai ‘Master of Auto' dengan dihadiahkan  sebuah pusat pembaikan sehenti untuk diselenggarakannya.


“Proses pencarian 100 calon yang layak akan dijalankan di empat zon pilihan di mana letaknya IKBTN namun hanya 50 calon akan disenaraipendekkan untuk diserapkan ke dalam 10 kumpulan yang mengandungi 5 orang peserta setiap satu,” jelas pengarah program, Remy Rusdi Rudi (gambar bawah, dua dari kanan).



Menurutnya, program yang dijadualkan untuk 20 episod selama sejam setiap episod akan dimulakan dengan dua episod pengenalan memperkenalkan peserta-peserta terlibat dengan 90% penggambaran akan dilakukan di IKBTN Dusun Tua selama 60 hari.


“Buat masa ini kami belum dapat umumkan stesen mana yang bakal menyiarkan program tersebut kerana masih dalam perbincangan namun yang pasti apabila sudah dikenal pasti kami akan melakukan pelancaran secara rasmi,’ tambah Remy sambil memberitahu calon yang layak memohon terdiri daripada pelbagai kaum dengan had umur tidak melebihi 45 tahun.


Mereka yang terlibat dalam produksi program hasil cetusn idea Mohd Asri (kiri depan) yang bakal dihoskan oleh Ikhwan Rosli (baju oren).


Tidak mengehadkan sebarang syarat,  mereka yang memohon boleh terdiri daripada seorang mekanik profesional, amatur atau masih menuntut di bidang berkaitan.


Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd Iqbal berpendapat selain bertujuan mempromosikan latihan TVET khususnya bidang automatif serta menarik minat belia menceburinya, program berkenaan diharap mampu meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap kerjaya mekanik kenderaan.

“Program ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang automotif dan menyediakan peluang untuk mengembangkan potensi kemahiran belia,” tambah  Mohd Iqbal.


Majlis turut menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama IKTBN Dusun Tua dengan Lan Automative & Engineering Sdn Bhd yang dimeterai oleh Dalila Sharingat serta Pengarah Lan  Automative, Mohd Rajes Muhamad Hanipah sambil disaksikan oleh Mohd Iqbal dan Datuk Hassan Saad (kiri) selaku penasihat projek.



Turut diperkenalkan kad keahlian dan aplikasi 'The Mechanic Malaysia' serta penyerahan mock up kad keahlian kepada Mohd Iqbal oleh Zainal Abidin.


Apa pun kepada yang berminat menyertai program realiti tv yang julung kalinya diadakan ini boleh hadir di lokasi IKBTN yang ditetapkan.


Audition pertama dijangka berlangsung di IKBTN Dusun Tua pada 19-20hb Jun ini dan ia terbuka kepada semua, khususnya para belia berbilang kaum.


Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pengarah Komuniikasi Korporat, Dayana di talian +6019 770 1304.


Dalam pada itu, sepanjang tempoh penggambaran pihak produk dan peserta akan dibekalkan dengan makanan burger sumbangan Royale Burger.




#IKBTNDusunTua  #MasterAutoTheMekanik #MerpatiWorldHoldingsBhd 



Tiada ulasan: