Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'RIDERS' DISARAN CARUM BERSAMA PERKESO LINDUNGI DIRI



DALAM
kita menjalankan tugas seharian, kecuali ALLAH SWT yang MAHA mengetahui apa yang berlaku di hadapan, kita tidak ketinggalan berdepan dengan pelbagai risiko.

Baik dan buruknya, DIA sahaja yang aturkan kita hanya mampu berusaha, berhati-hati dan meneruskan kehidupan dan rutin harian.


Pun begitu, yang penting ada perlindungan buat diri dan selain mempunyai insurans, setiap daripada kita sebenarnya perlu berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial atau lebih dikenali ramai sebagai PERKESO.


Dan dalam situasi negara berhadapan dengan tempoh PKP, tidak syak lagi antara petugas yang sering berada di jalan raya tentulah para riders bermotosikal di mana mereka juga boleh dianggap sebagai antara kumpulan frontliners.


Mereka bukan sahaja berdepan pelbagai risiko waima malang tidak berbau dan tentu sekali jika tiada perlindungan diri akan menyukarkan kehidupan pada masa depan.


Sehubungan itu, PERKESO  menyeru semua rakyat Malaysia yang bekerja sendiri untuk segera mendaftar dan mencarum dengan SKSPS PERKESO bagi perlindungan mereka dan keluarga jika ditimpa musibah ketika menjalankan tugasan masing-masing.



Kenapa perlu mencarum? 


Apa kata anda baca dulu apa yang diterima dua mangsa 'riders' yang  merupakan Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) ditimpa kemalangan jalan raya ketika bekerja dan mendapat bantuan PERKESO ini.


Kes pertama melibatkan seorang penghantar barangan bagi perniagaan dalam talian Lazada, Nasrullah Bin Nadri (gambar atas), 35 tahun. 


Dalam kejadian jam 1.45 petang pada 1 Mac 2021, beliau yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar bungkusan barangan ke rumah pelanggan di Puncak Alam, Selangor telah dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangan. 


Kemalangan tersebut menyebabkan Nasrullah mengalami patah tulang di kaki kanan, luka di tangan kanan dan sakit pada dada serta belakang badannya. 

Susulan kejadian tersebut, Nasrullah telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan diberikan cuti sakit selama 58 hari, bermula 2 Mac hingga 28 April 2021. 



Syarikat tempat OBBS bekerja telah melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO bagi tujuan tuntutan faedah.



Hasil semakan mendapati Nasrullah merupakan pencarum aktif yang menerima inisiatif Kerajaan di bawah SPS Lindung iaitu perlindungan Skim Bencana Pekerjaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) selama setahun, sejak 12 Februari 2021. 



Sehubungan itu, Nasrullah layak menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berjumlah RM2,397.14 bagi tempoh cuti sakit tersebut.

 

   WAKIL SAFADILA menerima bayaran dari  YB.

Bagi seorang lagi Delivery Rider, Safadila Binti Hussain, 37 tahun, tindakan bijaknya mendaftar dalam Program PenjanaGig atau Program Dana 

Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform akhirnya memanfaatkan dirinya apabila beliau layak menerima bantuan FHUS. 


Safadila telah mengalami patah kaki kanan setelah dilanggar sebuah motosikal secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan mengambil pesanan makanan. 


Susulan itu, Safadila yang menerima rawatan di Hospital KPJ Tawakal telah diberikan cuti sakit selama 119 hari dari 4 Disember 2020 hingga 1 April 2021, dan dibayar FHUS oleh PERKESO sebanyak RM4,918.27 bagi tempoh tersebut.


Penyerahan cek faedah telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Tuan Muhammad Hilman Bin Idham baru- baru ini.


Hadir sama ialah Ketua Bahagian Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri, Tuan Haji Azhar Bin Md Nadzri. 


Selain penyerahan cek, turut diadakan sesi agihan hamper kepada Delivery Riders secara pandu lalu (drive thru) yang turut melibatkan riders dari kumpulan ANITA BIKERS.



Program PenjanaGig, yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), merupakan bantuan Kerajaan berbentuk sumbangan sebahagian caruman SKSPS PERKESO. 


Di bawah PenjanaGig, Kerajaan membiayai 70% daripada RM232.80 caruman setahun Pelan Kedua SKSPS, manakala baki 30% adalah daripada platform penyedia perkhidmatan atau pun pekerja gig sendiri. 


SPS Lindung pula adalah pakej penambahbaikan inisiatif PenjanaGig yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan menerusi Belanjawan 2021 pada 6 November 2020. 



Bantuan Kerajaan di bawah SPS Lindung berbentuk pembiayaan penuh 100% caruman SKSPS yang disasarkan kepada golongan Delivery Riders, juga melibatkan caruman setahun Pelan Kedua, iaitu sebanyak RM232.80. 


Kedua-dua inisiatif ini menyediakan perlindungan kepada OBBS daripada kemalangan atau penyakit pekerjaan yang terbit daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan mereka. Perlindungan yang disediakan meliputi faedah tunai di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional. 



Antaranya adalah Faedah Perubatan, FHUS, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pendidikan serta Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program Return to Work (RTW). 


PERKESO berharap bantuan faedah ini dapat meringankan beban kedua-dua OBBS dalam meneruskan kehidupan. 


Jadi, bukan kah elok jika korang berdaftar dengan PERKESO ya tak? 


Para riders apalagi, Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) yang ditawarkan PERKESO ini memberi perlindungan PERCUMA selama 1 tahun tau!.


Kak Fas: Sejak bertugas hingga bersara terus bayar kepada PERKESO. Tapi kan lebih baik jika sesiapa yang tidak pernah membuat tuntutan dari PERKESO, ahli dapat balik sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada wang yang dibayar ala ala simpanan dalam KWSP gitu. Ok ke tak cadangan tu huhu?




#PERKESO #PENJANA #SkimPekerjaanSendiri #Riders #Muhammad Hilman 

Tiada ulasan: