Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BiP BERI ALTERNATIF GANTI WATS APP, PERKENAL CHAT BERKUMPULAN



APLIKASI
komunikasi global ‘BiP’ dari Turki yang kini menjangkau 80 juta pengguna di seluruh dunia memperkenalkan ciri terbaharunya yang membolehkan pengguna menghubungkan chat berkumpulan mereka dengan mudah daripada aplikasi pemesejan lain.

Ini bermaksud pengguna tidak diwajibkan untuk menambah setiap pengguna satu persatu secara manual seperti aplikasi lain, kerana BiP akan mengendalikan import secara langsung dengan menambah semua peserta ke dalamnya.


Foto kredit: SuperHaber
“Dalam era di mana kita berada di bawah ancaman jenayah siber yang berterusan sebagai perniagaan dan individu, perlindungan dan persetujuan pengguna adalah amat penting. Etika dan keselamatan data adalah keutamaan bagi kami,” ujar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burak Akıncı mengenai ciri terbaharu BiP. 


Mengulas lanjut, Akinci, memberitahu, aplikasi pemesejan kini bukan lagi sekadar aplikasi pemesejan tetapi lebih kepada ekosistem kehidupan di mana melaluinya kita berkomunikasi, bekerja dan berurus niaga dengan  selamat dan terjamin.


Menggariskan kepentingan pasaran Malaysia, Akıncı berkata "Hubungan luar biasa antara kedua negara telah menjadi motivasi besar bagi kami sejak dari mula lagi. Dalam hanya beberapa bulan, kami telah mencapai lebih daripada 1 juta muat turun dengan kadar yang sangat tinggi seperti skor di pelbagai platform. 


“Kami juga meneruskan kerjasama yang produktif dengan pengendali dan penyedia kandungan tempatan di pasaran Malaysia dan kami akan terus melabur dalam penyelesaian inovatif dan setempat untuk menjadikan kehidupan seharian rakyat Malaysia dan interaksi digital lebih mudah dan selamat." 


Menurutnya, pemesejan dan panggilan video berkumpulan sehingga 10 orang dengan kualiti HD adalah ciri yang paling popular bagi pengguna di Malaysia. 

Malah, trafik pemesejan bagi setiap pengguna pada bulan Mac menjadi 3 kali ganda daripada nilai pada bulan Januari.



BIP menyediakan terjemahan segera dan pemesejan rahsia yang merupakan sebahagian daripada ciri-ciri penting lain yang menjadi keutamaan pengguna di Malaysia. 


BiP segera menterjemahkan perkataan dan frasa bertulis dalam 106 bahasa, termasuk Bahasa Melayu.


Tidak hairanlah, BiP menerima anugerah ‘Most Innovative Mobile App’ pada 2020 Global Mobile Awards di bawah ‘Connected Consumer Category’ dengan ciri terjemahan masa nyata terbina dalamnya.


“Di BiP, tiada data dikongsi dengan pihak ketiga, dan semua data disimpan di bawah pusat data berteknologi tinggi di Turki. Tiada caj yang dikenakan kepada pengguna, dan semuanya dikendalikan dengan persetujuan mereka sahaja,” tambah Akinci.

Beroperasi di 192 negara, platform BiP  ini menawarkan panggilan video kumpulan berkualiti HD sehingga 10 orang peserta dengan ciri pemesejan segera dan panggilan suara. 


Membolehkan sehingga 1,000 pengguna dalam chat berkumpulan, BiP juga membolehkan pintasan untuk pengguna atau kumpulan yang kerap berhubung di skrin utama. 


Jadi jika korang nak cari alternatif daripada Wats App bolehlah cuba Bip ni kan?

Untuk mengakses versi terbaru BiP di GooglePlay AppStore, GooglePlay dan Huawei AppGallery boleh  layari  http://onelink.to/bip-my 



#Bip #Turki #BurakAkinci #Alternatif #AplikasiKomunikasi #WatsApp #Mesej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan