Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA JELAS ISU ACARA TAKLIK ANAK DIDAKWA LANGGAR SOP


APABILA berada di tangga nombor satu negara, apa sahaja yang membabitkan penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi perhatian dan bualan ramai.


Selepas berita kelahiran anak keduanya, Muhammad Afwa pada 19 April 2021 lalu, kecoh pula netizen mempersoalkan mengenai majlis tahnik anak lelakinya itu yang diadakan baru-baru ini.


Beberapa keping gambar memaparkan foto seorang menteri dan beberapa pendakwah bebas terkenal yang hadir ke majlis berkenaan menimbulkan persoalan bagaimana kah salah seorang pendakwah yang dipercayai menetap di Terengganu, iaitu Ustaz Azhar Idrus boleh merentas negeri sedangkan larangan merentas dilarang sama sekali.



Rata-rata netizen berpendapat pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini tidak sensitif dengan isu rentas negeri ketika negara masih berdepan perang COVID-19.


Pada majlis taklik tersebut, turut disempurnakan acara aqiqah serta sambutan maulid nabi di mana antara tetamu yang hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.


Difahamkan acara aqiqah sempena kelahiran bayi serta sambutan maulid nabi yang turut diadakan itu, disempurnakan dengan kehadiran  para ilmuan agama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.


Foto kredit Instagram @ctdk.


Berikutan itu, satu kenyataan media menjelaskan kekeliruan yang timbul dikeluarkan melalui laman Instagram Siti Nurhaliza yang turut dihantarkan kepada semua media.


‘Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,’ antara kenyataan yang ditulis.



Menurut kenyataan itu lagi, penjelasan yang dikeluarkan bukan lah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.



“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepda mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” tambah kenyantaan itu yang turut menuyatakan ia merupakan kenyataan terakhir mengenai isu ini dan berhadap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik.


Terdahulu, pasangan selebriti, Neelofa dan suami, pencetus ummah PU Muhammad Haris Ismail serta keluarga mereka dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 atas dua kesalahan iaitu kegagalan mematuhi SOP pada majlis akad nikah mereka serta melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.



#Viral #SitiNurhaliza #UstazAzharIdrus #SOP #RentasNegeri #PuRizIsmaiil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan