Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DEKORASI TAHUN ARNAB DI SURIA KLCC DIIKTIRAF MBR, PELBAGAI AKTIVITI & INSENTIF DISEDIAKAN


KUMPULAN
pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia, Suria KLCC Sdn Bhd., sekali lagi diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records 2023’ (MBR) di atas paparan replika Arnab Terbesar yang tersergam indah di kawasan luar Esplanade Suria KLCC.


Sempena Tahun Arnah yang akan disambut pada Tahun Baharu Cina tidak lama lagi Suria KLCC mengambil kesempatan untuk memaparkan Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas sehingga diiktiraf oleh MBR. 

 


Dan jika di luarnya sudah cukup cantik bagi menarik pengunjung merakamkan gambar berlatarkan bangunan berkembar Petronas, apatah lagi dekorasi yang digubah di ruang Centre Court.



Bermula dari 2 Januari sehingga 5 Februari, Suria KLCC diserikan dengan hiasan mega berkonsepkan zaman lalu dengan membawakan hiasan menara pintu gerbang tradisi masyarakat cina sebagai hiasan tengah yang dikelilingi oleh struktur replika bangunan kayu bagi menonjolkan lambang seni-bina yang lazim dalam masyarakat Cina. 



Budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi dan kemakmuran adalah konsep yang mendefinasikan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC. bertujuan membawa para pengunjung untuk merasai pengalaman berada di kawasan bersejarah negara China untuk kempen sambutan Tahun Baharu Cina. 



“Dengan dekorasi yang diinspirasikan dari kawasan bersejarah seperti “Pingle”, “Dali” dan juga “Lijian”, “Centre Court” Suria KLCC akan berubah menjadi seperti bandar purba di Negara China,” ucap Andrew Brien, Ketua Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. pada majlis pelancarannya baru-baru ini.



Menurut beliau, pengunjung yang sedang bersiap siaga untuk menyambut sambutan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai keperluan sambutan yang mana, dekorasi bandar bersejarah itu juga digandingkan dengan bazar yang menyediakan pelbagai barangan. 


“Mereka juga berpeluang untuk bergambar bersama elemen tradisi masyarakat cina seperti beca dan juga tanglung merah yang bakal menghiasi seluruh kawasan dekorasi bagi mencetuskan suasana yang meriah,” tambah Brien.


Dekorasi prop gambar yang membawa tema sambutan juga akan dihiasi di “Ramlee Mall”. 


KAK Fas rakamkan gambar kenangan di photobooth...


Para pengunjung boleh merakam detik indah bersama yang tersayang dengan bergambar di ruang “photobooth” yang akan mengedarkan cetakan foto fizikal dan foto dalam talian secara percuma. 


Selain dari hiasan bandar bersejarah masyarakat China, pengunjung juga berpeluang untuk berkongsi aspirasi dan azam tahun baharu mereka di “Wishing Tree”. 


Bagi mengimarahkan musim perayaan ini, sumbangan kewangan yang dilakukan di “Wishing Tree” akan didermakan kepada rakan NGO Suria KLCC untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental



Dekorasi sungai interaktif yang  dipenuhi dengan ikan koi maya mampu memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyampaikan hajat. 


Jelas Brien, di sini, para pengunjung akan melalui pengalaman untuk membalingkan syiling maya melalui skrin tablet ke dalam sungai tersebut. 


Bukan sahaja dekorasi zaman silam yang menjadi lambang kemeriahan sambutan di Suria KLCC, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan Tarian Singa di “Centre Court” pada 7, 14, 21, 22 dan 23 Januari pada jam 2 petang sementara persembahan Akrobatik Tarian Singa akan diadakan di “Esplanade” pada 8, 10, 15, 22 dan 23 Januari pada jam 5 petang. 



Jadi tandakan kalendar anda jika berminat menyaksikan persembahan Tarian Singa dan Akrobatik Tarian Singa pada tarikh berkenaan.


Lebih menarik, sempen Kempen Tahun Baharu Cina, Suria KLCC akan melancarkan e-Baucar Beli Belah Suria KLCC (Suria KLCC e-Vouchers). 


Selaras dengan rancangan untuk memperkenalkan “e-Voucher” dan juga pelancaran ganjaran perayaan, para pembeli yang berbebelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih bermula dari 2 sehingga 20 Januari berpeluang untuk menerima SKLCC e-Vouchers yang bernilai RM100 dan juga set ekslusif sampul merah Suria KLCC. 



Selain daripada itu, 200 pembeli utama yang membuat pembelian bernilai RM1,000 nilaian SKLCC e-Vouchers semasa kempen perayaan berlangsung, bakal menerima e-Vouchers tambahan bernilai RM100


“Bagi memeriahkan lagi pengalaman beli-balah untuk sambutan tahun baru anda di Suria KLCC, pihak kami menjemput para pelanggan untuk rebut promosi pengenalan ini,” sambung Brien


Seperti kebiasaaannya, kempen sqambutan Tahun Baharu Cina turut diraikan di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra Mall di Kemaman, Terengganu.



PUSAT BELI BELAH ALAMANDA 


Dari 1 hingga 24 Januari.  Pusat Beli-Belah Alamanda akan memaparkan dekorasi serupa yang membawa tema “Bandar Bersejarah Masyarakat China” bagi menyemai perasaan nostalgia. 


Sepanjang tempoh kempen, para pembeli berpeluang untuk merebut pelbagai ganjaran beli- belah. 


Bermula dari nilai perbelanjaan RM600 dan keatas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih, pembeli akan menerima sekeping baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. 


Bagi mereka yang berbelanja RM1,500 dan keatas melalui dua resit dari kedai terpilih, akan menerima sekeping baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM80. 


Persembahan yang bertemakan perayaan  seperti Tarian Singa Arkobatik yang bertenaga akan turut diadakan malah  pada malam pertama Tahun Baharu Cina, para pembeli berkesempatan untuk menyaksikan Tarian Naga Bersama lampu LED. 


Para pembeli juga bakal dipersembahkan dengan satu persembahan luar biasa yang mana penghibur bakal mengenakan kostum dan topeng tradisi opera cina yang lengkap. 



Tidak kurang dari itu, para pembeli juga bakal dipersembahkan dengan tarian kebudayaan masyarakat cina oleh penari profesional. 


Selain dari peluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan, para pembeli juga boleh menyertai pertandingan untuk menguji tahap kreativiti mereka dengan membuat “tanglung” menggunakan sampul merah Tahun Baharu Cina. 


Pembeli terpantas yang dapat menyiapkan tanglung tersebut berdasarkan contoh replika akan memenangi pertandingan tersebut dan tiga pemenang lain akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30. 


Tidak ketinggalan, pengunjung kanak-kanak juga boleh menyertai bengkel tersedia seperti bengkel wayang kulit masyarakat cina, tanglung cina dan juga bengkel kraftangan yang akan dianjurkan oleh VIKids. 


Setiap ahli VIKids berpeluang untuk menyertai bengkel yang disediakan. 



MESRA MALL 


Sementara itu di Pusat Beli Belah Mesra yang berlokasi di Kemaman, dekorasi yang bertemakan “Tahun Arnab” akan menghiasi “Centre Court”. 


Kempen yang  berlangsung bermula dari 2 hingga 22 Januari membuka ruang untuk para pelanggan yang berbelanja RM350 atau lebih melalui 2 resit dari pelbgai kedai terpilih untuk menerima set hadiah premium Tahun Baharu Cina yang merupakan set mangkuk bersama “chopsticks”. 


Pada 21 dan 22 Januari, persembahan istimewa Tahun Baharu Cina akan dipersembahkan kepada pengunjung untuk memeriahkan lagi suasan perayaan. 


Para pembeli berpeluang menikmati Tarian Singa Akrobatik yang akan diiringi oleh persembahan gendang selain dari persembahan “Face-Changing”. Persembahan ini bakal di adakan di “Centre Court”. 



Bengkel kraf arnab juga akan disediakan untuk ahli VIKids sertai yang akan berlangsung bermula dari 13 hingga 14 Januari. 


Bengkel ini diadakan khusus untuk penyertaan ahli VIKids sahaja namun bagi kanak-kanak yang belum menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran sebelum aktiviti berlangsung dengan perbelanjaan yang bernilai RM50. 


Untuk maklumat lanjut dan terkini, boleh  layari : 


Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall 

Alamanda - www.alamanda.com.my /www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre\ Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 



#SuriaKLCC #Alamanda #MesraMall #TahunBaharuCina #MBR #TahunArnab #2023

Tiada ulasan: