Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DARI PEMUZIK JALANAN, BOB SENTUHAN JADI ARTIS RAKAMAN POPULARKAN 'BUKIT BINTANG'


SEBAIK-BAIK rezeki adalah yang secukupnya.” 

Itulah kata-kata keramat dipegang Bob Sentuhan Busker atau nama sebenarnya Muhammad Aizad Azman yang mencari sumber pendapatan dengan menjadi pemuzik jalanan. 


Menjadi seorang pemuzik jalanan atau pun buskers, bukan soal mengejar rezeki semata-mata tetapi dapat menghiburkan masyarakat satu kepuasan baginya.


Dan terkini setelah lelbih 20 tahun menghambakan diri di kaki lima menghiburkan orang ramai khususnya di hadapan kompleks membeli-belah SOGO mahu pun di Bukit Bintang, Bob Sentuhan melangkah ke persada muzik tempatan dengan bergelar artis rakaman.


Dan sesuai dengan popularitinya yang dikenali di Bukit Bintang, Bob Sentuhan ditawarkan lagu ciptaan Maman Teacher’s Pet berjudul ‘Bukit Bintang’.


"Bukit Bintang" adalah lagu yang sangat istimewa untuk saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi. Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher's Pet untuk merakamkan lagu Bukit Bintang,” ujar Bob ketika ditemui pada majlis pelancaran singlenya itu bertempat di Gatsby Mansion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri Pengarah Uusan Meta Music Extreme (MMX), Syahrul Nizar Yahya dan komposer serta vokalis kumpulan rock lagenda ‘Teacher’s Pet’, Rosman Lamri  atau lebih popular dengan gelaaran Maman Teacher’s Pet.


DARI kiri: Bob Sentuhan, Shahrul dan Maman. Foto kredit: @mmx.rocks.

MEMPERSEMBAHKAN lagu 'Bukit Bintang' secara live di Gatsby Mansion, KL.


Walau pun sudah berada dalam arus perdana muzik tempatan, Bob berpegang pada pendiriannya yang tidak sekali-kali akan meninggalkan dunia busking.


“Bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan," tegas Bob yakin.


Biar pun judulnya mempromosikan kawasan Bukit Bintang yang dahulunya adalah salah satu sisi gelap Kuala Lumpur yang kini sudah menjadi sebuah kawasan segi tiga emas dan tumpuan pelancong serata dunia, lagu Bob mengisahkan tentang cinta yang berputik dan mekar di Bukit Bintang, sebuah kota berwarna-warni yang penuh dengan pelbagai kisah kehidupan, perniagaan dan peluang.


Ia diinspirasikan oleh Maman berikutan di Bukit Bintang jugalah penyanyi berasal Singapura ini  menemui cinta hatinya.


"Bukit Bintang juga adalah lagu yang dibuat khas untuk Bob kerana di sinilah dia mula menyanyi dan di sinilah dia mencurahkan semua semangat dan dedikasinya untuk menghiburkan orang ramai dengan nyanyiannya,” ujar Maman yang yakin dengan potensi dan bakat Bob.



Menurut Maman yang telah menyepi dari radar muzik tempatan selama dua dekad dan kini kembali menyumbangkan suaranya dalam lagu ‘Bukit Bintang’, Bob mampu pergi jauh dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik apatah lagi Bob bukan sekadar popular di Bukit Bintang malah terkenal di Singapura, Brunei dan Indonesia.


Tambah Maman, "Bukit Bintang" juga merupakan lagu yang dihasilkan khas sebagai penghormatan kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga berkembang pesat seperti sekarang.


“Orang yang paling sedih berjalan di Bukit Bintang, tidak akan kekal bersedih kerana suasana di Bukit Bintang mampu merubah kesedihan dan memberikan kegembiraan.


Pelancong dari pelbagai negara dan rakyat tempatan berkumpul di Bukit Bintang untuk bergembira dan bersuka ria," akhiri Maman mengenai beberapa sebab mengapa Bukit Bintang ditulis.


Sementara itu sebagai usaha mempromosikan single ‘Bukit Bintang’,  Syahrul, memberitahu, rangka promosi lagu tersebut akan diadakan di  pelbagai platform media selama tiga bulan mendatang. 


“Pada bulan April, Bob Sentuhan akan masuk ke studio untuk merakamkan album penuh pula,” ujar Shahrul sambil memaklumkan perancangan untuk bekerjasama dengan 5 kumpulan busker Malaysia di beberapa negeri untuk mereka menyanyikan lagu ‘Bukit Bintang’ sedang diatur di mana mereka akan membuat persembahan istimewa di Bukit Bintang bagi menepati judul lagu nyanyian Bob Sentuhan feat Maman Teacher's Pet.


#BukitBintang #MetaMusicExtreme #MMX #MamanTeacher'sPet #BuskersJalanan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan