Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

REBUT PEMBELIAN TV & LAP TOP PADA RM1 MELALUI KEDAI ASTRO TERBESAR DI IOI MALL, PUTRAJAYA



CUKUP
 ‘happening’…. begitulah yang dapat Kak Fas simpulkan apabila berada dalam kesesakan orang ramai berkerumun di pentas utama bagi menyaksikan penampilan maskot-maskot kesayangan seperti antaranya Mechamato bersempena pembukaan perdana Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall pada Sabtu, 28 Januari 2023 lalu.


Di samping kanak-kanak teruja dengan maskot kesayangan masing-masing ibu bapa pula terhibur dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Syafinaz Selamat dan Jaclyn Victor termasuk sesi bertemu peminat bersama barisan pelakon Projek: High Council.



Tidak cukup dengan itu, sebahagian daripada mereka yang hadir tidak melepaskan peluang untuk sanggup beratur panjang demi membeli TV 4K atau komputer riba Levona pada harga RM1 yang boleh diperoleh apabila mereka mendaftar atau menaik taraf untuk beberapa perkhidmatan Astro waima ia hanya tersedia untuk 50 pelanggan pertama sahaja.


“Kami amat bergembira dengan pembukaan Astro Experience Store yang kedua di Kuala Lumpur setelah mempunyai kedai pertama  di Pulau Pinang yang berjaya menarik minat di kalangan ramai pelanggan. 


“Kami berhasrat untuk menguatkan lagi pengalaman Astro di kalangan para pelanggan kami dan menunjukkan pelbagai tawaran terkini dan terbaik daripada Astro. Para pelanggan boleh menguji kesemua ciri Ultra Box termasuk keupayaan 4K UHD, menanyakan nilai hebat pek-pek TV kami, mengetahui dengan lebih lanjut tentang aplikasi Astro Fibre atau cara-cara untuk berhibur dengan aplikasi Astro GO secara ‘on the go’,” ujar  Euan Smith, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro selepas upacara memotong riben tanda  pembukaan Experience Store berkenaan bersama Syafinaz dan jaclyn Victor.


Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman kandungan yang mengasyikkan menerusi tawaran-tawaran program yang menyeluruh dan produk terkini termasuk Ultra Box serta Astro GO, di mana anda boleh strim siri drama terkini Projek: High Council, siri animasi televisyen Transformers: EarthSpark dan acara bersiaran secara langsung seperti Liga Perdana Inggeris tanpa gangguan cuaca. 


Tambahan pula, anda tidak perlu risau mengenai siaran rancangan yang berulang kerana anda boleh mengakses pelbagai kandungan seperti adaptasi permainan video The Last of Us di HBO GO; drama polis tempatan Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar; thriller sains fiksyen Jung E menerusi Netflix; Ligue 1, La Liga dan Australia Open Tennis di beIN SPORTS CONNECT; drama TVB Treasure of Destiny melalui TVBAnywhere+; C-drama Unchained Love di iQIYI serta The Great British Bake Off di BBC Player. 


Astro Experience Store berada di tingkat tiga, IOI City Mall dan menyediakan ruang yang hebat untuk para pembeli mencuba kesemua produk dan perkhidmatan Astro untuk rumah mereka serta secara ‘on the go’. 


Tambahan pula, para pelanggan boleh bertanya mengenai promosi terkini, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box mereka dan banyak lagi. 



Antara kempen-kempen yang giat dijalankan adalah:

  • Kempen WiFi Kencang + Pek Movies* yang menawarkan para pelanggan penjimatan RM29 apabila mereka melanggan WiFi Kencang 50Mbps dengan Pek Movies.
  • Tawaran eksklusif* untuk para pelanggan menikmati diskaun sehingga 6 bulan untuk pembelian pek terpilih di Astro Experience Store.
  • Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.astro.com.my. atau KLIK SINI.

*Tertakluk kepada terma & syarat.




#ASTRO #AstroExperienceStore #IOIMallPutrajaya #Penang #AstroOnTheGO


Tiada ulasan: