Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ANWAR, THE UNTOLD STORY' APA KEBENARANNYA? SAKSIKAN DI PAWAGAM BERMULA 18 MEI 2023!


FILEM ini mengisahkan mengenai jatuh bangun perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutama melawan rasuah. Filem yang diusahakan sejak Ogos 2011 ini telah siap dan sedia untuk ditayangkan. Set masanya ialah dari tahun 1993 sehingga September tahun 1998. Diolah dari kisah sebenar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu. Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk membelot syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit. Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari. Dari seorang menteri kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya meringkuk di dalam penjara
.”


Begitu secara ringkas sinopsis filem biografi ‘‘Anwar, The Untold Story’ yang dicatatkan dalam Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Senarionya… selapas 12 tahun baharu dapat ditayangkan di Malaysia pada ketika tokoh yang dibicarakan sudah memegang tampuk Kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Bertempat di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, seawal jam 6 petang sebelum tayangan perdana bermula pukul 9 malam, perkarangan pawagam sudah dipenuhi ratusan penonton. 


Lebih kurang  1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa hadir bagi mengisi 13  dewan pagawam yang dibuka khas untuk tayangan perdana, ‘Anwar, The Untold Story’.


Dan dengan kesudian Dato Seri Anwar Ibrahim hadir, bertambahlah kesesakan sekeliling  perkarangan sinema apatah lagi kawalan keselamatan pun ketat sehingga pihak media pun perlu menunjukkan pas media jika melalui laluan khas, Yang tiada pas seperti portal dan bloggers perlulah mencari arah lain untuk masuk menuju meja pendaftaran.



Pendek kata, filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan DMY Creation selaku pengedar rasmi ini meripakam sebuah filem yang sudah tentu mahu ditonton untuk menyaksikan perjuangan Anwar Ibrahim ketika memegang tampuk Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Benar atau tidak itu subjektif. 


Seperti kata Anwar Ibrahim pada sidang akhbar yang berlangsung selepas tayangan, “ini pertama kali saya menonton filem ini. Peristiwa puluhan tahun tidak mungkin dapat disingkatkan dalam masa lebih sejam. Apa pun isu yang dibangkitkan iaitu mengenai rasuah adalah benar.”


Sambungnya, pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang dipaparkan dalam filem tersebut juga adalah benar di mana beliau diarah meletakkan jawatan.



Kisah selanjutnya… apa kata anda menonton dan saksikan sendiri  perjuangannya apabila ‘Anwar The Untold Story’  ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Mei 2023 ini.


Yang pasti Anwar terharu dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.


“Lakonan Farid Kamil saya puji, ada…lah sedikit gaya saya cuma dia lebih handsome dari saya,” gurau Anwar pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Pada awalnya kesemua media yang hadir merasa hampa apabila diumumkan PM tidak dapat hadir tetapi lebih kurang 10 minit kemudian diumumkan semula Anwar akan bersama ke sidang media sekali gus menggembirakan semua.


“Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi perdana menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh," ujar Anwar sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.



Filem tersebut, berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998 mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sambil menonjolkan perjuangannya yang secara konsisten menentang amalan rasuah tetapi berakhir di penjara.


Pelakon tempatan Malaysia Farid Kamil Zahari memegang watak utama sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa memainkan watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail



Acara  yang  dianjurkan oleh DMY Creation, syarikat yang juga merupakan pengedar rasmi untuk filem ‘Anwar, The Untold Story’ turut dihadiri Dr. Wan Azizah, Farid Kamil,  pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff, Pengarah Urusan Yusrych Global, Yusry Makmor, Datuk Yusof Haslam, David Teo dan ramai lagi.


Untuk rekod, DMY Creation adalah sebuah syarikat yang mengedar filem antarabangsa dan tempatan serta penganjur rancangan hiburan langsung utama.


Sementara itu, Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai untuk menonton filem tersebut bagi merasai perjuangan yang dilalui perdana menteri dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.


"Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar perdana menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini," katanya.


Anwar menonton filem itu bersama beberapa ahli keluarga terdekat termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.


Antara kenamaan dan rakan selebriti yang turut memeriahkan majlis tayangan perdana terdiri dari Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil; Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim, Pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir; pelakon/penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud; Penyanyi Dato Seri Siti Nurhaliza dan penulis skrip prolifik, Dato Habsah Hassan.


Sekali lagi bagi mereka yang ingin menonton perjuangan ‘Reformasi’ yang dilaungkan sebilangan rakyat setia Anwar Ibrahim, boleh membuat tempahan awal apabial ia mula ditayangkan mulai 18 Mei 2023, tidak lama lagi.


Mampukah ia mencapai kutipan pecah panggung setanding ‘Mat Kilau: Kebangitan Pahlawan’, kita tunggu dan lihat ya…


Kak Fas: Rasa-rasanya boleh ‘boom’ filem ini….?



#AnwarTheUntoldStoryByDMY #AnwarIbrahim #TunDrMahathir #FilemBiopik #fyp

Tiada ulasan: