Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KINOHIMITSU RAI KEJAYAAN MINUMAN KOLAGEN NO.1, TAWAR DISKAUN SEHINGGA 40%


JENAMA
minuman kolagen terkemuka di Asia Tenggara, Kinohimitsu menganjurkan Makan Malam Penghargaan  sempena meraikan kejayaannya menerima anugerah sebagai Minuman Kolagen Terlaris No. 1 di Singapura dan Malaysia untuk tahun 2022.


Anugerah yang diiktiraf oleh laporan Nielson IQ itu berlangsung penuh meriah pada majlis makan malam yang berlangsung di hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya sekali gus menyambut ulang tahun ke-25 Kinohimitsu di Malaysia, baru-baru ini.


“Sementara kami menyambut ulang tahun ke-25 Kinohimitsu di Malaysia, kami tetap teguh dalam komitmen untuk memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai. Misi Kinohimitsu adalah sentiasa bersedia untuk membantu semua orang supaya berasa lebih bahagia, sihat dan lebih yakin setiap hari. Kami rasa berbangga kerana dapat mencapainya melalui produk kami yang inovatif dan berkesan,” ujar Ting Yen Hock, Pengerusi Eksekutif Kino Biotech Group pada ucapannya di majlis Makan Malam Penghargaan Kinohimitsu berkenaan.


Turut hadir memeriahkan suasana terdiri daripada bekas duta jenama Kinohimitsu Hong Kong iaitu pasangan artis Tavia Yeung dan Him Law, artis TVB Hong Kong yang merupakan penerbit, Lai Lok Yi, selebriti tempatan, influencer, rakan perniagaan, dan media dari seluruh negara.


Melahirkan rasa gembiranya atas pencapaian Kinohimitsu mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kolagen nombor satu dan terlaris di Malaysia dan SIngapura, Ting Yen Hock (gambar kanan) berkata,”Ini merupakan bukti komitmen dan kepimpinan kami dalam kategori kolagen, minuman yang berkhasiat dan makanan berkhasiat di Asia”.


Selain menampilkan minuman kolagen tanpa had, majlis turut menganjurkan  pertunjukan fesyen mempersonakan oleh finalis pertandingan ratu cantik Dewi Malaysia, lagu dan muzik band live. 


Dan momen paling penting dalam majlis makan malam ialah penyampaian cenderahati, trofi penghargaan khas kepada rakan niaga, selebriti dan rakan media kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan Kinohimitsu. 


Selari dengan tema Hari Kolagen iaitu ‘Sayangi Diri Anda’ yang menekankan kepentingan mengutamakan penjagaan diri dan menekankan keperluan individu untuk menjaga diri mereka dari dalaman dan luaran, Kinohimitsu  menyediakan produk dan sumber terbaik untuk menyokong gaya hidup sihat dan menikmati kebebasan untuk hidup. 


Makan malam Penghargaan juga merupakan peluang untuk memaparkan komitmen Kinohimitsu dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan melalui rangkaian suplemen kolagen, minuman kecantikan, dan formula berfungsi. 


Produk Kinohimitsu diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan disokong oleh kajian saintifik untuk membantu kesejahteraan keseluruhan dan penuaan yang sihat. 



“Bagi langkah seterusnya, kami akan terus mencuba untuk menolak sempadan serta mencuba yang terbaik bagi memberikan solusi yang natural, baharu serta yang terbukti dari segi saintifik. Kami percaya bahawa setiap orang layak menerima yang terbaik dan kami kekal memegang kuat terhadap misi sosial kami iaitu untuk memastikan realiti tersebut terjadi terhadap semua orang,” tambah Yen Hock.


Selain meraikan statusnya sebagai Kolagen Terlaris No.1 di Singapura dan Malaysia, Kinohimitsu juga mengumumkan bahawa Kinohimitsu Collagen Diamond telah dianugerahkan Emas dalam Anugerah Kualiti Dunia Monde Selection 2023


Kinohimitsu Collagen Diamond telah dianugerahkan dengan anugerah emas selama 3 tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2023. Ini adalah anugerah antarabangsa yang menjamin produk berkualiti. 



Di samping itu, untuk rekod juga, Kinohimitsu telah diiktiraf oleh Euro Monitor sebagai Minuman Kolagen Terlaris No. 1 di Singapura dan Malaysia pada tahun 2012. 


Ini menunjukkan bahawa jenama Kinohimitsu telah menjadi sinonim dengan kualiti dan kepercayaan dalam pasaran minuman kolagen. 


Sebagai mengiktiraf kepentingan kolagen semasa kempen selama sebulan ini, beberapa produk utama kolagen mendapat diskaun istimewa sehingga 40% dari 1 April hingga 31 Mei 2023


Edisi Collagen Day khas Kinohimitsu Collagen Diamond 16's percuma Collagen Green Caviar 2's dan Kinohimitsu Collagen Men 16's dijual pada harga RM129 sahaja. 



Produk kolagen Kinohimitsu yang lain termasuk Kinohimitsu Collagen Beauty, Kinohimitsu Collagen Green Caviar, Kinohimitsu Collagen Nite, Kinohimitsu Stem Gold+ 180g, Kinohimitsu Marine Gem 180g, Kinohimitsu Stem Cell Snow Lotus 10's, Kinohimitsu Collagen Activ 15’ Beauty Activ 15’s dan Kinohimitsu Collagen Activ 15’s Beauty


Tawaran istimewa Hari Kolagen Kinohimitsu boleh didapati di farmasi terkemuka, Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness dan Sasa


Pembeli dalam talian juga boleh menikmati tawaran ini di e-store Kinohimitsu di my.kinohimitsu.com atau e-marketplace seperti Lazada dan Shopee


Kak Fas: Hampir kesemua perisa yang dirasai sedap belaka antaranya Green Cavier mahu pun Kinohimitsu Diamond.



#Kinohimitsu #MinumanKolagenNo1 #NielsonIQ #KinoBiotech #Lazada #Shopee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan