Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

VOLVO SELEKT PENUHI IMPIAN MILIKI KERETA TERPAKAI BERKUALITI TINGGI


SEJAK penubuhan  Volvo Car Manufacturing Malaysia pada tahun 1968 yang menjadi perintis kilang pemasangan kereta antara yang tertua dan paling lama beroperasi di Malaysia, Volvo muncul sebagai satu-satunya kenderaan yang mempunyai nilai jualan semula yang tinggi dalam pasaran berbanding kereta berjenama yang lain.


Bahkan, sehingga Februari 2021, Volvo Car Malaysia menjadi jenama automotif pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian lengkap PHEV untuk semua modelnya. 


Selaras dengan visi globalnya untuk mencapai ketelusan iklim menjelang tahun 2040, Volvo Car Malaysia komited untuk meningkatkan kesedaran terhadap cabaran iklim semasa di kalangan rakyat Malaysia dan bertujuan menjadi pemimpin dalam kelestarian dalam industri automotif melalui tawaran produk, operasi perniagaan, dan inisiatif tempatan.


“Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia. Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan, dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT,” ujar Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman ketika ditemui pada majlis pelancaran pusat pameran baharu Volvo Selekt di Mutiara Damansara baru-baru ini.


Pelancaran disempurnakan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ingress Corporation Berhad, Datuk Dr. Hj Rameli Musa dan Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.



Turut hadir  Penyelia Pengedar Utama Ingress Swede Automobile, Mohd Azeman Akram.


Rabian seterusnya memaklumkan program tersebut bukan sahaja merupakan tambahan mantap kepada portfolio  sedia ada, tetapi juga seiring dengan visi jangka panjang syarikat.


“Pelancaran program ini merupakan langkah strategik yang membolehkan kami memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang pesat, sekaligus turut mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia, menyokong matlamat kelestarian kami, serta memperkukuhkan reputasi kami sebagai pembekal utama kenderaan premium dan mewah di Malaysia. Kami juga berasa teruja dengan potensi peluang yang akan dibawa oleh program ini, dan sudah tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami seperti yang sudah dijangka dari Ingress Swede Automobile Sdn Bhd,” tambah beliau yakin.



Dengan kewujudan pusat pameran Volvo Selekt terbaharu ini ia memberi peluang pelanggan menikmati pengalaman mewah gaya Scandinavia waima ia menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh sekali gus menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia.


Malah, Ingress Swede Automobile akan memenuhi keperluan kumpulan pelanggan automotif yang mencari gaya dan kualiti ikonik Scandinavia yang sering dikaitkan dengan kereta Volvo. 


Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian. 


Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi. 


Di samping itu, setiap kenderaan turut dilengkapi dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza. 


"Di Ingress Swede Automobile, kami menyediakan perkhidmatan dan produk yang luar biasa kepada pelanggan kami,” ulas  Azeman Akram.



Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile: 


Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan di bawah program Volvo SELEKT diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan 

peningkatan perisian terkini, memastikan mereka berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk dinikmati oleh pemilik baru. 

Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan di bawah program SELEKT akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan untuk memastikan kualiti terbaik kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan. 

Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baru. Kenderaan Volvo SELEKT juga dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya 1 tahun. 

Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKTS yang terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci, demi memastikan pelanggan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang kenderaan mereka. 

Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan


"Selain itu, pelancaran program Volvo SELEKT ini juga merupakan langkah penting dalam memperkasa matlamat kelestarian mampan jangka panjang syarikat kami. Kami juga komited dalam mengekalkan standard kualiti dan perkhidmatan yang tertinggi, di samping turut memberi sepenuh perhatian kepada impak terhadap alam sekitar,” jelas Azeman.



 

Tambahnya, dengan menawarkan kenderaan Volvo terpakai yang telah melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh, kami menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Ini sejajar dengan objektif tanggungjawab sosial korporat, dan kami percaya bahawa langkah ini amat dihargai oleh pelanggan kami yang semakin peka terhadap isu alam sekitar lestari." Kata Azeman. 


Untuk maklumat lanjut, boleh  laman rasmi Ingress Swede Automobile seperti yang berikut: 


Website: volvo.ingress-swede.com.my | FB: volvo.ingress.swede | IG: @volvo.ingress.swede | TikTok: @volvo.ingree.swede 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan