Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO SIAR 119 PROGRAM BAHARU RAYA MULAI 3 JULAI


Kata orang 'Masa itu emas' tetapi bagi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato Khairul Anwar Salleh melalui menifestonya melanjutkan frasa itu dengan berkata, "Tapi sebenarnya masa itu anugerah paling bermakna....."

"Sekaranglah masanya, berikan masa,kita kosong-kosong dengan semua..." secebis daripada rangkap akhir manifesto yang disampaikan oleh orang kuat di belakang tabir Astro itu kala sidang akhbar pengumuman rancangan-rancangan program Raya Astro seraya melancarkan dua iklan istemewa menerusi kempen 'Berikan Masa' yang menjadi tema untuk menerajui kempen Ramadan dan Syawal tahun ini.




“Setiap tahun kita tampil dengan konsep yang berbeza namun begitu tujuannya masih sama. Jika tahun lalu konsep keinsafan dengan Kosong Kosong menjadi tema, tahun ini Kosong Kosong masih ada apabila kita tampil dengan Berikan Masa menuju ke Kosong Kosong," tambah Khairul.

Kak Fas sudah pun menonton salah sebuah daripada cereka pendek iklan tersebut yang dilakonkan semula berdasarkan pengalaman sebenar seorang gadis bernama Zika.

Cerita tersebut amat menyentuh kalbu dan Kak Fas percaya sesiapa sahaja yang menontonnya akan selepas itu pasti 'berkan masa' kepada yang tersayang khususnya ibu bapa dan keluarga.




Mesej yang terkandung di dalam iklan tersebut  berjaya menterjemahkan pengertian 'Berikan Masa' kepada para penonton.sekali gus mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan sempena bulan yang mulia ini.

Malah bagi mencetuskan kesinambungan tersebut, Astro menyediakan program-program istimewa yang ditayangkan sepanjang bulan  Ramadan & Syawal dengan lebih 200 buah program termasuk 119  buah program baharu melalui 16 buah saluran Astro yang terpilih.iaitu Astro Ria  (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Ceria (611), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Bella (133). Astro Ria HD (123). Maya HD (135), Mustika HD (134), Bintang (141), Pelangi (142), E! Entertainment (712), Lifetime (709), Food Network (727), HGTV (731) dan HISTORY (555).


Antara koleksi filem box-office yang bakal menghiburkan para penonton termasuklah Polis Evo, The Journey, Suamiku Encik Perfect 10, Bajrangi Bhaijaan, Cinta Paling Agung dan banyak lagi.

Para penonton juga bakal dihidangkan dengan sajian program muzikal tanpa henti seperti Ola Raya,Gegar Vaganza Raya, Meletop Raya, Meletop Kebaboom Raya, Juara Parodi, Nyanyi Bersama, Musika Radja & Hyperact, Kilauan Emas Otai Di Aidilfitri dan sebagainya.

Bagi peminat program berbentuk drama dan telefilem Melayu, nantikan barisan rancangan terhebat yang menampilkan pelakon popular tanah air seperti Rumi dan Jawi, Mark & Ana,Bocey Mencecey, Sepahtu Cinta Plastik, Tragedi Duit Raya, Bila Artis Balik Kampung dan banyak lagi.

Astro juga membawakan kembali drama popular bersama hero dan heroin kegemaran ramai khas sempena raya seperti Akadku Yang Terakhir Syawal, Dia Semanis Honey Raya, Cinta 11 Syarat Raya, Tuan Anas Mikael: 5 Hari Beraya, Sha, Shah & Syawal, #Assalamualaikum Cinta Raya dan Tersuka Tanpa Sengaja Ray.

Bagi memberi lebih pilihan kepada para penonton, barisan program bercorak hiburan untuk tontonan sesi keluarga juga akan dihidangkan seperti Aku Raya, Kau Raya, Barulah Raya!,Kembara Hadith Open Mic @ Jakarta, Alif & Geng Lumba Balik Kampung, Oops! Raya Pening Lalat, Eat Clean With Anis (Istimewa Raya),Akak-Akak Sangat Raya dan Bonda Bonding Raya.

Manakala barisan program lawak dan komedi yang menggelikan hati juga telah disusun termasuk Ini MLM Raya, Sembang Teh Tarik Kaw: Johan, Bocey & Friends serta koleksi filem-filem P. Ramlee.





Program kanak-kanak yang menceriakan juga bakal menghiburkan para penonton seperti Projek Ceria Popstar Raya 2016, Stawberi Karipap Sesat Kat Paris, Strawberi Karipap Hello Gold Coast dan Super Game Boy Geng Fixie.

Bagi pendengar radio pula Astro Radio menerusi ERA fm, Sinar FM, THG Gegar dan hitz.fm juga tidak ketinggalan mengudarakan program-program menarik khusus buat pendengar setia sepanjang musim perayaan.

Program-program Raya Astro akan mula ditayangkan bermula 3 Julai ini.