Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

4 FILEM PELBAGAI GENRE SAMBUT RAYA DI RTM


Sepanjang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,  Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan menjanjikan tayangan empat filem yang dipilih khas untuk tontonan peminat setia salurannya. Menariknya pelbagai genre filem yang diketengahkan ini memberikan peluang kepada penonton memilih sendiri sama ada filem berbentuk persahabatan, percintaan dan kekeluargaan.

Menerusi TV1 penonton berpeluang menyaksikan  tayangan filem “Gila-Gila Remaja 2” pada 11 Julai  pukul 11.05 pagi manakala saluran TV2 pula menayangkan filem “Mencari Cinta” pada 10 Julai  pukul 10.00 malam, 


Filem yang menampilkan Zizan Razak, “Bikers Kental” pula bersiaran pada 14 Julai  pukul 2.00 petang manakala filem “Ali Setan” pada 15 Julai, pukul 2.00 petang di TV2.

“Gila-Gila Remaja 2” diterbitkan produksi Megamovie Sdn Bhd, mengangkat kisah Afiq (Hairul Azreen) yang nampak lasak kerana meminati sukan permotoran ekstrem, ‘motosikal scrambler’ adalah seorang hero remaja yang menagih cinta wanita. Tidak sekeras hati Azroy, naluri seorang ‘pencinta’ dalam diri Afiq cukup tebal.

Menjalin cinta dengan Erna (Bella Dally) pada awalnya, kemunculan Lisa (Faralyna) sebagai pelajar baru di kolejnya membuat­kan Afiq berubah hati pada Erna hingga tercetus­nya konflik percintaan tiga segi dalam hubungan mereka. Selain itu, Afiq dan rakannya juga bersengketa dengan Kris (Hanis Kamal).

Kris yang cukup cemburukan Afiq kerana berjaya memiliki cinta Erna membuatkan wujud permusuhan dan dendam di antara mereka. Justeru, apakah percintaan yang wujud di antara Afiq dan Lisa akan membantu memperbaiki hubungannya dengan Kris? Bagaimana pula, penerimaan Erna yang cintanya ditolak?



Seterusnya filem “Mencari Cinta”, kisah Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya bakal melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain. Dibintangi pelakon Nora Danish, Rusdi Ramli, Riezman Khuzaini dan Fauziah Gous.

Ikuti juga tayangan filem “Bikers Kental”, aksi komedi ala ‘road trip’ yang menyingkap perjalanan kehidupan seorang pekerja kedai motor, Bidin Al Zaifa yang memiliki minat mendalam terhadap motor berkuasa besar dan bercita-cita memiliki ‘superbike’ sendiri. Bersama  Zizan Razak ialah Awie, Zul Ariffin dan Harun Salim Bachik.

Imbas kembali filem cinta yang pernah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri menggandingkan pelakon utama Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud dalam filem “Ali Setan”. Kisah kenakalan seorang pelajar universiti bernama Ali. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain dan kerap menjadikan Asmidar sebagai mangsanya. Pada mulanya Asmidar bencikan Ali namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. 




Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.