Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BLOG 404: APA SIGNIFIKAN 'HIDUP SAMPAI MATI' '?



Kira-kira 16 tahun lalu, Blok 404 mencetuskan fenomena apabila menjadi telefilem pertama dalam bentuk cakera padat video (VCD), sekali gus mencatat kutipan yang cukup memberangsangkan.

Meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, ada berpandangan telefilem tersebut membawa pengaruh besar dan masih mempunyai peminat sehingga ke hari ini.

Barisan pelakon utama yang membintangi telefilem berkenaan ketika itu terdiri daripada Nabila Huda, Zamarul Hisham, Boy Iman dan Raja Azrey.

Pun begitu Kak Fas ni bukanlah seorang penggemar filem psycho thriller atau yang melibatkan pembunuhan sebagai jadi sejujurnya Kak Fas tidak menonton vcd Blok 404.

Tengok trelernya pun Kak Fas dah ngeri... namun kejayaan ceritanya di kalangan generasi muda kala itu memang hebat. Blok 404  di bawah syarikat penerbitan  Cine Art Production House Sdn Bhd milik  penerbit Chew Kia Suan meletop.

Kini, selepas 16 tahun berhasrat mengulangi kejayaan tersebut, salah seorang daripada pelakonnya, Boy Iman yang sekarang sudah memiliki syarikat penerbitan filemnya sendiri, DBI Entertainment  malah sudah bergelar Datuk pula mahu meneruskan  kejayaan Blok 404.

Penerbit nama penuh Datuk Norul Iman Abd. Rahman atau lebih mesra disapa Boy Iman, 36, mahu mencetuskan kembali genre filem thriller berkenaan tetapi bukanlah kesinambungannya waima sebahagian besar daripada watak di dalam Blok 404 sudah mati.

Boy mahu pembikinannya" ditayangkan di layar perak  dengan menawarkan lakonan kepada pelakon yang sama 16 tahun lalu. Tetapi malangnya salah seorang daripadanya iaitu Nabila Huda tidak dapat menerima tawaran yang diberikan. Yang ada cuma Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Boy Iman sendiri.


Nabila sudah pun menjawab kenapa dia tidak dapat bersama atas sebab komitmen pada drama bersiri DENDAM AURORA.

Tidak apa lah Boy... kita boleh merancang tetapi segalanya ketentuan Allah jua ya tak...

Namun Kak Fas percaya sesebuah kejayaan filem bukan terletak kepada seseorang pelakon sahaja tetapi pada team yang sempurna dan Kak Fas yakin dengan barisan artis baharu serta popular  seperti antaranya Fasha Sandha, Kamal Adli, Nadia Brian dan Amar Asyraf, ia mampu mengulangi kejayaan. Apa tah lagi generasi Y sekarang ini pun memang meminati filem genre berkenaan.

Malah lebih menarik lagi apabila sentuhan pengarahan ditugaskan ke bahu anak muda seperti pengarah Isma Aizal Yusof yang kreatif dan berkualiti.




"Judul filem 'Blok 404" itu sendiri diyakini mampu menarik peminat ke pawagam dan saya sasarkan ia mampu meraih pulangan sebanyak RM8 juta atau sekurang-kurangnya RM5 juta," harapan Boy yang ditemui pada majlis pelancaran filem 'Blok 404' di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Turut hadir produser dan pengarah Ahmad Idham yang bertindak sebagai penasihat teknikel filem berkenaan malah turut diraikan dengan kek hari jadinya.




Filem yang menelan belanja kira-kira RM700,000 ini sudah pun menjalani penggambaran sejak 8 Jun lalu di lokasi sekitar Ampang dan Hulu Langat.

Walau pun kosnya rendah dan dibawah jutaan ringgit yang sering menjadi m.odal untuk filem-filem dewasa ini, namun  Blok 404 mampu menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti red-cam bagi menghasilkan sinematografi yang berkualiti selain menggunakan teknik CGI.



Seperti yang dinyatakan, filem Blok 404 bukanlah sekuel  kepada telefilem 16 tahun lalu tetapi merupakan satu penceritaan lain mengikut sentuhan Aizal.


“Tidak logik jika filem ini dijadikan sekuel memandangkan hampir semua watak mati malah dua daripada pelakon asal telah meniuggal dunia iaitu Faizal Yusof dan Ahmad B," ujar Boy yang turut berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah menerusi projek perumahan alaf baharu  menggunakan sistem IBS (Sistem BInaan Berindustri) iaitu DBI Homes yang diusahakan dibawah syarikat miliknya, DBI Technology Sdn Bhd.


Jadi kepada mereka yang sukakan filem suspen dan seram boleh lah nantikan filem Blok 404 yang dijangka berada di pawagam akhir tahun ini.

Ia berkisar pada tiga sekawan yang pulang dari sebuah pesta. Mereka melalui detik mencemaskan serta misteri pembunuhan ketika menginap di sebuah rumah penginapan.yang dinamakan 'Guesthouse 404".Jika dalam telefilem 'Blok 404' 

Jika dalam telemovie 'Blok 404' membawa tag line ' Jangan Cuba Bernafas" kini di layar filem kelak anda akan dikejutkan dengan slogan "Hidup Sampai Mati". 


Dan khabarnya runut lagu OST filem ini bakal dinyanyikan oleh duta DBI, Datuk Nassier Wahab bersama Syamsul Yusof... 

Wah... hebat tu tak sabar nak dengan orang lama dan orang baharu berduet....

Sempena majlis pelancaran filem itu juga, turut diperkenalkan produk Porra dan Duurro  bersama dutanya Amar Asyraf dan Izreen Azminda.

Durro adalah pencuci lelaki diformulasikan secara tradisional untuk menjaga kesihatan alat sulit lelaki manakala Poora pula adalah pencuci wanita untuk membantu mengurangkan keputihan, antiseptik, bau, pembiakan fungus di samping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah sama seperti Durro.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan